semoga bahagia dunia akhirat

semoga bahagia dunia akhirat
~di bawah jalinan suci ikatan perkahwinan~
Iman bukan sekadar angan-angan, tetapi adalah sesuatu yang diyakini dalam hati dan dijelmakan dalam bentuk amal, dan sekiranya ajal itu dinampakkan kepada kamu pasti akan porak porandalah semua cita-cita.. pengalaman adalah cermin kegagalan dan penilaian terhadap segala kekurangan.. -Saidina Abu Bakar R.A.

Tuesday, February 23, 2010

baby yang aktif

assalamualaikum warahmatullah..

di kesempatan ni, ana nak ceritakan kisah ringkas je pengalaman kali pertama buat check-out di Klinik Kesihatan.

Semalam, alhamdulillah segala2nya berjalan lancar, walaupun terpaksa menunggu lebih 2 jam.akhirnya darahku sebanyak 10ml diambil juga..kena inject jua akhirnya..sakitnya tak terkata coz 4 kali nurse cucuk darah x keluar2, kali ke 5 alhamdulillah jd..gitu gak waktu amik darah di hujung jari, 2 kali kena cucuk baru darah keluar...sebenarnya nurse kata cz ana terlalu takut so salur darah kecut balik..apepun alhamdulillah semua ok..

lepas selesai ujian darah, urine test, ujian tekanan darah, glukose semua, ana dipindahkah ke Klinik lain untuk ujian ultrasound yang pertama kalinya di klinik kerajaan, doktor mahu cek keadaan baby, tahap denyutan jantung, keaktifannya dan mengukur kepala, tulang belakang, jantung, etc...

dekt setengah jam gak tunggu di klinik ke2, akhirnya nama dipanggil..

ana masuk bersama2 suami..tp part ni paling best:)

dpt tengok baby..hehe..

alhamdulillah dengan izin Allah yang Maha Menciptakan, baby sempurna..tangan dan kaki alhamdulillah semua dah terbentuk dengan sempurna..malah ana gembira bila doktor cakap:
"baby awak ni aktif sangat, doktor nak ukur pun dia tak bagi..tengok tu..gerak2..tp takpe, bila dia aktif maknanya dia sihat"

hehe..waktu tu ana dan suami sangat teruja..bila doktor scan seluruh badan baby dan terangkan semua part, baby tu tak duk diam..kaki dia bergerak2, tangan gerak2,lambai2..myb lambai papa dan mama ye:)

yang paling lucu bila dia duk luruskan kakinya, nampak kakinya memanjang je..pastu dia duk biasa balik..doktor gelak dan ckp "tengok, dia luruskan kakinya..so cute.."

suami ana pulak seronok tengok anaknya bergerak2 dengan aktif..duk tendang2..

pastu siapdah semua..doktor ckp everything normal..cuma ana kna makan lg banyak..kna naikkan berat badan lg..

seronok dan teruja~alhamdulillah-

insyaallah minggu depan baby masuk 4 bulan..

Sunday, February 21, 2010

76 petua memenangi hati wanita

artikel ni ana terjumpa waktu sedang membelek2 benda2 dalam laptopnya, rasa mcm menarik je.,so let's share..artikel ni pon suami ana dpt dr sumber lain..Sifosains kalau x silap..selamat membaca klau rajin(^^)

1. Bila saja anda pulang ke rumah, carilah dia dahulu sebelum anda lakukan perkara lain dan peluklah dia.
2. Tanya kepadanya soalan-soalan yang tertentu menunjukkan anda sedar apakah yang dia rancang untuk lakukan hari ini.
3. Latihlah diri anda untuk mendengar serta bertanya soalan kepadanya.
4. Bentengi diri anda untuk menyelesaikan masalahnya, tapi tunjukkan sifat memahami anda.
5. Berikan padanya perhatian yang sebenar tanpa menunggu dia memintanya selama setengah jam setiap hari.
6. Bawakan kepadanya hadiah yang mengejutkannya pada bila-bila masa lebih-lebih lagi pada tarikh atau perayaan yang bermakna.
7. Rancanglah masa untuk bersamanya beberapa hari sebelum itu, jangan menunggu hingga malam Jumaat kemudian bertanya pula apakah yang dia hendak buat.
8. Jika pada suatu malam, dia merasa letih atau terlalu sibuk untuk memasak, tawarkan diri anda untuk memasak pula.
9. Selalulah memujinya dari segi kecantikan dan keanggunan rupa parasnya.
10. Akui perasaannya bila dia merasa marah.
11. Tawarkan bantuan kepadanya bila dia merasa letih dan penat.
12. Jadualkan mana-mana perjalanan lebih awal agar dia tidak kelam kabut
membuat persediaan.
13. Sekiranya anda terlewat, jangan lupa untuk menelefon dia dan beritahu dia tentang hal itu.
14. Bila dia mahukan sokongan anda dengan bertanya mengenai sesuatu perkara, katakan ya atau tidak. Jangan jadikan dirinya rasa bersalah kerana bertanya.
15. Semasa perasaannya tersinggung, berikan padanya rasa simpati anda dan nyatakan kepadanya 'Saya kasihan awak tersinggung'. Kemudian diamlah, biarkan dia dapat merasakan bahawa anda memahami yang dia tersinggung. Jangan cuba jelaskan pula kenapa rasa tersinggungnya itu bukan salah anda.
16. Bila anda perlukan masa untuk bersendirian akibat gusar, katakan padanya anda akan pulang dan anda perlukan sedikit masa untuk berfikir mengenai sesuatu.
17. Sekiranya perasaan anda telah reda dan anda pulang ke rumah, bercakaplah dengannya apakah dia yang menggusarkan anda dengan cara yang hormat dan tidak menyalahkan dia. Dia perlu tahu agar dia tidak menyangka yang bukan-bukan.
18. Bila cuaca sejuk, eloklah rapatkan diri anda kepadanya dan biarkan kehangatan tubuh anda dapat menghangatkan jiwanya.
19. Pada masa dia mahu berbincang dengan anda, letakkan buku, majalah atau akhbar yang sedang anda baca, dan tutup TV. Berikan perhatian sepenuhnya.
20. Sekiranya selalunya dia yang membasuh pinggan, sesekali bantu dia untuk membasuh pinggan pula, terutamanya jika dia letih. Bantulah dia menggosok bekas yang sukar atau kerja membasuh yang sukar.
21. Pastikan bila dia letih atau marah, tanya dia apa yang dia hendak buat dan tawarkan bantuan anda dengan melakukan beberapa kerja yang akan dilakukannya.
22. Bila anda hendak keluar rumah, tanya dia adakah barang yang patut dibeli, dan jangan lupa pula membelinya.
23. Beritahu padanya bila anda mahu tidur atau mahu keluar.
24. Berikan dia lima kali pelukan setiap hari. Satu waktu subuh, satu zohor, asar,
maghrib dan isya'. Jika tidak berkesempatan, himpunkan dua atau tiga pelukan pada waktu yang terluang.
25. Telefon dia semasa anda bekerja dan bertanya khabar atau kongsikan sesuatu yang menarik, atau hanya katakan 'Aku cinta padamu'.
26. Katakan 'Aku cinta padamu' sekurang-kurangnya sekali sehari.
27. Bantu dia untuk mengemaskan katil dan membersihkan bilik tidur.
28. Letakkan pakaian yang sudah patut di basuh ke bakul yang dikhaskan.
29. Selalulah periksa sama ada tong sampah sudah penuh dan tolong buang sampah. Kemudian tolong letakkan plastik sampah dalam tong itu.
30. Bila anda hendak berjalan jauh, telefon dia, biar dia tahu anda selamat sampai dan berikan nombor telefon tempat itu.
31. Basuhkan kereta yang dipakainya.
32. Bersihkan diri anda dan pakai wangi-wangian sebelum jima' jika itu yang dia suka.
33. Bila dia merasa marah kepada seseorang, eloklah anda menyebelahi isteri anda. Kalau anda tidak bersetuju dengan caranya, itu boleh diselesaikan kemudian.
34. Selalulah tawarkan diri anda untuk mengurut belakang, tengkuk dan kakinya.
35. Jadikan tabiat merangkulnya dan mengasihinya yang bukan bertujuan untuk jima'.
36. Sabarlah bila dia mahu berkongsi pendapat dengan anda. Jangan mengalihkan pandangan anda pada benda lain, atau melihat jam.
37. Tunjukkan kasih sayang anda ketika bersamanya walau di khalayak ramai.
38. Bila anda memegang tangannya, jangan pula jadikan tangan anda kaku dan lumpuh.
39. Ambil tahu apakah makanan atau minuman yang dia suka agar anda boleh suruh dia memilih apa yang dia memang gemar.
40. Sarankan beberapa restoran yang baik, jangan bebankan padanya untuk menentukan di mana hendak makan.
41. Luangkan masa anda untuk pergi bersamanya ke tempat yang dia suka pergi, selama mana tempat itu adalah tempat yang baik atau diharuskan.
42. Wujudkan masa bila mana anda boleh memakai pakaian bersama-sama.
43. Cuba memahami bila dia lewat atau tiba-tiba mahu menukar pakaiannya.
44. Berikan perhatian yang lebih kepadanya daripada orang lain ketika anda berada
di khalayak ramai.
45. Jadikan dia lebih penting dari anak-anak anda. Biarkan anak-anak anda menyaksikan bahawa isteri mendapat perhatian anda yang lebih utama dan lebih awal sebagai contoh kepada mereka.
46. Belikan dia hadiah-hadiah kecil dan comel.
47. Belikan untuknya pakaian. Pastikan anda tahu saiz tubuhnya serta warna, fesyen dan corak yang lebih digemarinya. Atau anda boleh belikan kain untuk dijahit kemudiannya.
48. Ambillah gambarya pada waktu-waktu keramaian atau di tempat-tempat yang mahu dijadikan kenangan.
49. Luangkan masa bersendirian dengannya untuk melakukan sesuatu yang romantik.
50. Biar dia tahu bahawa anda bawa gambarya dalam dompet anda dan menggantikan ia dengan gambar terbaru bila sudah sampai masanya.
51. Biarlah anda yang memandu ketika berjalan jauh. Pandulah dengan selamat, tidak terialu laju hingga mengecutkan hatinya dan tidak pula terlalu perlahan sedangkan anda boleh laju.
52. Perhatikan bagaimanakah perasaannya dan berikan komen yang menunjukkan anda ambil berat seperti 'Awak nampaknya gembira hari ini' atau 'Awak nampak letih' dan kalau boleh tanya sebabnya agar anda tahu apa yang mengembirakannya dan sebaliknya.
53. Bila anda keluar bersamanya, anda sendiri perlulah tahu arah tujuan anda agar dia tidak terasa tertekan memandu arah kepada anda.
54. Solat bersama dan berdoa bersama.
55. Kejutkan dia dengan puisi atau nota cinta.
56. Layanilah dia sebagaimana anda melayani semasa awal-awal dahulu.
57. Tawarkan diri untuk membaiki sesuatu di rumah. nyatakan anda ada masa untuk itu. Tapi jangan pula tawarkan diri melakukan perkara yang tidak mampu anda lakukan dengan baik. Tolong asah pisau. Gunakan gam yang baik untuk melekatkan sesuatu yang telah pecah. Tolong gantikan lampu yang telah terbakar.
58. Bacakan dengan kuat sesuatu ruangan akhbar yang menarik minatnya.
59. Tuliskan dengan kemas apa-apa pesanan untuknya yang anda terima melalui telefon.
60. Pastikan bilik mandi bersih dan kering bila anda sudah mandi.
61. Bukakan pintu untuknya. Tawarkan diri untuk membawa barangan yang dibawanya. Tawarkan untuk bawakan barangan yang berat. Jika hendak berjalan, letak dan barangan yang hendak dibawa di kereta.
62. Bila dia memasak, pujilah masakannya.
63. Sewaktu anda mendengar dia berkata, pandanglah ke matanya. Tunjukkan bahawa anda berminat dengan menyatakan 'Betul kata awak'. Di masa yang sesuai, pegang dia dengan tangan anda bila anda berkata kepadanya.
64. Tunjukkan minat anda pada apa yang dia buat hari ini, pada buku yang dia baca, dan pada orang lain yang dia hubungi.
65. Bersedialah untuk masuk tidur bersama dan masuklah ke kamar seiring dengannya.
66. Berikan dia ciuman dan berikan salam atau kata selamat tinggal bila anda mahu keluar rumah.
67. Ketawalah pada jenaka dan senda guraunya.
68. Katakan terima kasih bila dia buat sesuatu untuk anda.
69. Rancanglah untuk makan angin bersamanya.
70. Berbincanglah dengan cara yang menunjukkan kepadanya bahawa anda mahu dia dapat apa yang dia kehendaki dan anda juga mahu apa yang anda kehendaki. Ambil berat, tapi jangan berat sebelah.
71. Bila anda berjauhan darinya, beritahu padanya bahawa anda rindu padanya.
72. Belikan untuknya makanan yang dia gemari.
73. Minta pandangannya tentang sesuatu dan hargai pandangannya.
74. Ramai lelaki menganggap yang penting bila bersama wanita ialah melakukan perkara-perkara besar saja tetapi sebenarnya yang akan memenangi hati wanita ialah bila lelaki melakukan hal-hal kecil untu membantunya dan menunjukkan anda ambil berat padanya.
75. Dengan cara ini wanita akan merasa dirinya dicintai. Bila dia merasa dicintai, dia akan cinta pada anda tanpa berdolak-dalik.
76. Anda juga akan dapati bahawa melakukan kerja-kerja kecil untuk wanita akan mengubati hati anda. Bila dia gembira anda akan turut gembira. Anda akan merasa lebih berguna dan berjasa kerana isteri anda telah memperolehi perhatian yang dia perlukan."

Friday, February 19, 2010

stiLL in teRRIble mOOd

assalamualaikum..

18-02-2010

waktu : malam

ana sibuk mengulangkaji pelajaran Phonetics & Phonology..ulang balik ape yang diajar Miss pd minggu lepas dan buat Homework yang diberi..

sesungguhnya ana memang seronok di bilik baru ni, dapat duk sorang2 satu compactment, dan rakan sebilik yang lain merupakan akak2 senior..

tapi malam ni, dahla mood tak ok sebenarnya..coz keletihan sangat2 buat kerja yang agak banyak petang td..dan malam nak siapkan homework Phonology yang mencabar..

tambah lg cabaran apabila compartment sebelah buat bising sebising2nya..

ana yang baru sahaja siap buat homework tentang stress in phonology dan syllabification, ingin beralih pula kepada homework dr buku teks yang agak memeningkan..menganalisa Bahasa Spanish dan Korea dr aspek Phonology..

tp yg geramnya manusia2 di compartment sebelah bercakap mcm sebatu leh dengar..geram je rasanya nak bg cili..hoho..

kalau setakat berbual tu ana ok lg..tp diorang start pasang laptop kuat2, gelak bagaikan himar..sungguh kuat dan menyakitkan hati..gelak yang berpanjangan..nasib baik x sesak nafas dan masuk kubur..

so, what i do?? think that i can only be silent neglecting my own feeling?no way man.. ana pon start la baca buku kuat2..biar compartment sebelah belajar jugak Pasal Phonology ni..padan muka..sehelai demi sehelai ana baca bagai nak bg ceramah, volume suara bertambah bila diorang gelak lg..so ana lg kuat..lantas, menyedari yang ana sedang marah..diorang mula slow motion..

jd, janganlah pentingkan diri sendiri.. kalau org lain boleh fikirkan kepentingan anda, so anda bagaimana??? walhal ana kalau nak baca quran kuat2 pon ana perlahankan seperlahan mungkin suara ana coz takut mengganngu mereka yg tengah belajar atau tidur...lagu nasyid atau zikir yang ana pasang pon hanya guna earphone atau slow je volume nak jaga ketenteraman org lain..malah handphone ana memang di silentkan setiap masa coz ana tak nak org terganggu bunyi fon ana..kdg2 org kol pon ana x perasan melainkan ana betul2 depan fon tu..

...there4, also think about others while they care about u ...

Tuesday, February 16, 2010

just be sincere, don't lie...



assalamualaikum warahmatullah..

hidup memang penuh pancaroba..
ramai orang banyak ragamnya..
memang benar..

kadang2 ana terfikir..
apa untungnya buat begitu?
dapat puas hati ke?
atau ada maksud tersendiri?
apepun yang ana pasti..
semuanya kerana pentingkan diri sendiri..

ana juga manusia biasa..
akan rasa kecewa dan sedih bila dikhianati..
apatah lg ditipu hidup2..
ana bukan budak umur 3 tahun..
kalau tipu diorang pon diorang percaya..
tapi ana sudah dewasa..
pengalaman mengajar ana..
dan kisah2 yang berlaku memberi tarbiyah..

perkara yang paling sakit hati,
apabila ada orang menipu kita,
sedangkan,
apa yang akan dia dapat?
M.E.N.I.PU = L.I.E = C.H.E.A.T
Kalau nak cheat main game Starcraft tu boleh la..coz selagi x guna cheat code dia memang takkan menang sampai bila2..
tp..manusia ni..geram sungguh..
suka sangat ke menipu?
apa yang kamu dapat?

ada setengah org pula..
berlagak pandai..
cakap itu..ini..ajar buat macam itu..macam ini...
tp kerja satu pon tak sudah, hanya mengharapkan orang lain je buat..dia??tumpang bg air liur je, mengajar orang senang..muka selamba je berlagak macam pandai..hati penuh kesombongan, kalau orang bg cadangan tak terima..kononnya cadangan dia paling best tp sebenarnya dia hanya merosakkan..Bukankah Allah ada berfirman dalam surah Luqman agar kita jangan meninggi diri? Semua ni datangnya dr Allah..

Seikhlasnya, kita memang perlu memaafkan...itulah yang islam ajar..
bg diri ana, itulah kelemahan ana..ana sukar nak melupakan kesilapan yang org lakukan pd ana, kalau kecil takpe, ana takkan peduli, tp kalau besar..wallohua'lam..

ana geram sangat2 dengan orang yang menipu ni..kalau lah dia bakal jd ahli keluarga ana, ana takkan redha melainkan dia betul2 minta maaf..ana takkan terima seoarang yang macam ni nak jd ahli keluarga ana...

cuma 1 sahaja, takder untungnya MENIPU..STOP LYING !

Monday, February 15, 2010

ghurfatii jannati

this is my new room, it is not actually new..but i just moved in during this early semester because of pregnancy reason. Now, i m living alone in my rOOm, happily..i can create anything, make anything, do everything..hehe..but unfortunately, this sem is the last sem i live in hostel, next sem..insyaallah i will live off-campus with my beloved husband and baby (insyaallah biiznillah)...only 1 and half months to go..good bye my rOOm..:)






Sunday, February 14, 2010

bayi dibuang~gejala jahiliyah moden~

hari Rabu baru2 ini, ana membaca paper Berita Harian..."kes buang bayi" sekali lagi menjadi antara tajuk yang terpapar dalam akhbar. Bayi dibuang berdekatan masjid (di Perak if i m not mistaken) dalam keadaan luka di bahagian kepala (mcm ditetak atau digigit anjing) dan dipercayai baru dilahirkan. Siapakah ibunya? Inna Lillah....

dan baru td ana menjengah blog sahabat tersayang, Jannah (http:www.tengku-jannah.blogspot.com) ana melihat entrinya tentang kes pembuangan bayi.

terasa sayu dan pilunya hati ni melihat wajah2 comel bayi yang tak berdosa dibuang tanpa rasa belas kasihan..

inilah hasil dr kemodenan yang mengabaikan didikan agama..

terfikir ana seketika, apakah ibu yang membuang bayi tu tidak langsung ada ihsan pd hatinya..tidakkah dia berasa sakit dan lemah tatkala mengandungkan bayinya? bukankah dia merasai kesengsaraan peritnya melahirkan seorang bayi?

dikala itu ana teringat perbicaraan ana dengan Jannah dalam fon sewaktu ana mula2 hamil dulu..Jannah antara sahabat yang gembira mendengar berita ini..ana luahkan perasaan takut nak bersalin pd nya..dan ana masih ingat kata2nya "org baik memang bersalin susah kak, kena banyak2 doa"

waktu tu jua ana mengimbas kembali bait bicara dr Ustaz Mat Nor sewaktu kuliyah maghribnya di asrama Maahad dulu .."sakit ke-2 yang paling sakit selepas mati ialah bersalin, pertama kesakitan yang amat sangat ialah tatkala datangnya Izrail mengambil nyawa..waktu tu seluruh badan bagai ditikam2 dengan pisau..sakit kedua paling sakit ialah bersalin, sebab itulah seorang ibu yang baru lepas bersalin wajahnya suci kerana terampunnya dosa2 nya diatas kesabaran mengandung dan sakit melahirkan anak.."

benar kata2nya...

tp..bagaimana dengan ibu2 yang membuang anak, dan membunuh anak meraka sejurus dilahirkan??
tak sakitkah mereka??

dalam majalah Mastika yang pernah ana baca dulu..kebanyakan ibu yang mengandung dan melahirkan anak secara haram di sisi syarak tidak mengalami kesakitan macam ibu2 lain yang mengandung secara halal..ada antara mereka yang mudah2 shj bersalin dalam tandas, dalam bilik...tanpa perlu doktor atau bidan..sebab tu kdg2 selepas bersalin mereka terus ada tenaga untuk buang anak, dan melarikan diri ke tempat lain.Ya Allah, ampunkan dosa2 mereka..

Allah berfirman dalam surah asy-Syura ayat 49-50 bermaksud: "Dia memberikan anak perempuan kepada sesiapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak lelaki kepada sesiapa yang Dia kehendaki atau dia menganugerahkan kedua jenis lelaki dan perempuan kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Dia juga menjadikan mandul kepada sesiapa yang dia kehendaki. Sesungguhnya Dialah yang maha Mengetahui lagi Maha Berkuasa."





Sabda Rasulullah bermaksud, "Hak anak ke atas ayahnya ialah memberinya nama yang baik, mengajarnya menulis, mengahwinkannya apabila cukup umur dan mengajarnya al-Quran" (riwayat al-Hakim dan ad-Dailamy).

semoga masalah sosial di Negara ini dapat diatasi biiznillah..

Friday, February 12, 2010

****a new surprise****




harini Juma'at, 12-02-2010..ana cuti harini mcm biasa, x da kelas..dan suami pulak g mengajar.Ingat nak buat interview dengan akak bilik untuk assignment Phonetics& Phonology tp dia x dpt lak..jd semalam suami bawa ana pulang..

pagi ni, lepas solat subuh..ana tak buat ape2..memerhatikan suami bersiap nak g kerja sebagai ustaz J-Qaf di Sekolah Rendah Kebangsaan Pengkalan Tentera Darat, Sungai Besi..

menemaninya sarapan, setelah tu berbual sedikit sebanyak..dan sempat bergurau senda..hampir kul 7.15, suami ana mahu bertolak ke tempat kerja, ana bersalaman dengannya dan dia memeluk isteri tersayang..

sepeninggalannya, ana banyak duk dalam bilik..study..lepas tu sarapan, mandi dan mengemaskan bilik sikit..kemas buku2 dan file2 suami yang banyak atas meja ni..kesian dia, dek kerana kesibukan mengajar dan melayani kerenah isteri..banyak bnda tak teurus..

harini suami akan balik awal insyaallah dalam kul 2.30pm..
ana berfikir nak buat 1 kejutan pd nya..biasanya sebelum ni(sebelum pregnant) hoby ana bila bersamanya ialah buat kejutan pelik2..kdg2 sebelum dia balik ana akan msj tanya "harini abang nak isteri abang jd orang cina ke, jepun atau india?" hehe..lepas dia balas, ana akan berhias mcm pilihan jawapannya..sebelum ni dia jawab "abang x kisah asal isteri abang" tp ana tak puas hati jawapan tu..ana ckp takder dalam pilihan jawapan, kalau jawab exam gerenti kosong..hehe(^^) jd dia akan pilih mane2 satu jawapan sebagai melayan je kerenah dan kenakalan isterinya ini..

harini ana dah ada mood nak buat mcm dulu..tp ana tak nak msj dia tanya coz ana dah buat keputusan nak "surprisekan" suami ana dengan menggayakan mcm org arab..

jeng3...maka....jadilah ana konon2 ala2 arab la...

suami ana balik..
dan..
dia terkejut..hehe:)

mula2 dia ckp "assalamualaikum...eh..siapa ni??"
ana jwb salam sambil tersenyum2 malu kononnya...
suami ana ckp dia ingatkan org arab mana dalam bilik rupa2nya isteri abang yang tersayang...dia ckp comelnya...(^^)
dan ana ajak dia bergambar...itulah gambar diatas..(^^)

***p/s : x der keje lain ke..hehe..x pe, bergurau senda itu pemanis alam rumah tangga:)

Pentingnya solat sebagai penghubung diri hamba dan Tuhannya



Dari Ali R.A meriwayatkan bahawa diakhir kalam Baginda Rasulullah S.A.W berwasiat : Sembahyang ! sembahyang ! Jagalah hamba- hamba sahaya kamu dan orang- orang di bawah kamu (Hadith riwayat Abu Daud)

“Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk.” ( Surah Al-Baqarah ayat 43)

Sahabat2…
Sinar mentari masih menerangi bumi, peredaran malam dan siang masih seperti biasa berjalan di bawah aturanNya Yang Maha Kaya. Selagi masih ada nyawa, selagi masih ada masa..segeralah tunaikan solat. Mesej ni jua ana sampaikan buat diri ana sendiri yang lemah dan hina. Solat itu tiang agama, solat itu penghubung jiwa..andai suatu ketika dulu ana pernah merasakan betapa manisnya saat2 bersama Allah dalam sujud sendu mengharap redhanya, di waktu diri masih belum dikotori masalah hati..namun kini susah untuk kembali..ana rindukan saat2 itu..satu saat yang ana sendiri tidak dapat ceritakan, satu saat yang palinng bermakna dalam hidup ana..

Kepada adik2, sahabat2..yang hatinya masih terjaga dalam rahmat Allah..teruskanlah menjagai hatimu..jangan sesekali biar ia dikotori..sekali ia dinodai titik hitam..sukar sekali untuk membersihkannya.Selagi belum bernikah, jangan sesekali termakan pujuk manis kaum Adam..jangan terjebak dengan maksiat, jangan mengingkari ibu bapa..walaupun sebaik mana lelaki yang anda semua jumpa, tp selagi belum bernikah, jangan bermain dengan perasaan dan khayalan..percayalah, ia akan memusnahkan..alam remaja satu alam yang indah..jagailah hatimu..berkahwinlah setelah bertemu insan yang benar2 meyayangi agama islam, menyintai Allah dan Rasul dan mampu menyintai diri anda seadanya..percayalah…ana berbicara melalui pengalaman…

~aku sangat2 dimanjakan~

adakah ana anak yang manja? jawapannya mungkin ya dan mungkin jugak tidak..dilahirkan sebagai anak yang ke-6 dari 9 adik beradik, manja bukan menjadi istilah dalam kamus hidup ana..tp biasalah kalau air mata sesekali keluar coz kesakitan atau ape2 musibah yang melanda, coz ana sensitif orangnya...

tp setelah menjadi isteri, kini istilah manja menjelma dr hidupku..dan ana memang sangat dimanjakan oleh suami tersayang..hehe..tp mesti la ada limit bukan manja pelik2 atau mengada2..takderlah mintak barang bukan2, mengarut2..no no no..bg ana, selagi boleh dan selagi ana ada upaya, ana tak nak meminta2 dengan suami tp ana akan usaha sendiri..

dan suami pula, memang memanjakan ana..hehe..bahagia rasanya(^^)
dengan siapa lg nak bermanja kalau bukan dengan suami kan? takkan dah besar panjang pun nak bermanja dengan ibu-bapa lg..

SEgaLanya AtURan ALLAH

Alhamdulillah
Masih lagi Allah panjangkan nyawa hambaNya ini untuk terus melihat alam ini..
Alhamdulillah
Masih Allah menjagai ruhul jadid dalam rahimku sehingga kini ku mampu merasai dan melihat denyutannya
Sungguh ajaib ciptaan Allah
Sungguh Allah itu Maha Besar
Dikala ana lemah saat2 mula2 mengandung hingga kini, Dia masih member ‘inayahNya.
Mendapat result Mid Sem Exam Science of Quran semalam, membuatku terfikir Pemurahnya Allah..

Dikala ana berjuang melawan lemahnya badan akibat morning sickness, muntah2 dan pening kepala saat berhempas pulas mengulangkaji pelajaran, Allah tetap memberikan kejayaan..23/25 markah untuk Science of Quran baru2 ini, dengan 4 helai tulisan penuh untuk menjawab soalan2 essay dan short essay, berbaloi rasanya..Alhamdulillah..
Dan semalam juga ana ke pejabat Human Science Student Affairs untuk mengambil sijil Dean’s List sem lepas..Alhamdulillah..nama ana turut tersenarai ke-13 dari 20 pelajar2 Bachelor of English Literature & Linguistic yang mendapat Dean’s List sem lepas.
Semuanya di bawah pertolongan Allah..

Ana bersyukur betapa Allah telah mengaturkan segala2nya dengan begitu baik sekali..
Ana dijangka melahirkan ruhul jadid pada 6 Ogos 2010, sem 2 ini akan berakhir pada awal bulan 4 2010 seterusnya ana akan bercuti selama 3 bulan coz ana tak ambil short sem..pada hemah ana, ana ingin berada di rumah sahaja supaya ana boleh memastikan kandungan ana mendapat nutrition secukupnya dalam proses membesar..bila kat asrama UIA ana memang tak suka makan..kadang2 buah2an dan sayuran pun susah nak cari.sayur banyak tp tak kena dengan selera ana. Jadi seterusnya insyaallah pada awal bulan 7 nanti ana akan kembali ke UIA..waktu tu ana hanya menanti lagi beberapa minggu untuk bersalin.jadi pada masa yang ada itu bolehlah ana menguruskan Maternity Leave (cuti bersalin) selama 2 bulan dan bersedia mencari nota2 subjek yang akan ana hadapi.Jika diizinkan Allah, insyaallah lebih kurang 2 bulan berehat di rumah, ana akan kembali ke UIA dan mengambil ujian Mid-Sem dan Final-Sem .insyaallah sempat jika Allah mengizinkan..kerana tarikh yang diaturkanNya ini cukup sempurna untuk segalanya..Alhamdulillah..inilah aturan Allah…

Wednesday, February 3, 2010

again..diary of the day..

3/02/2010

Harini ana bangun awal..tp tidur balik cz pening..kelas akan mula jam 11.30, tp ana keluar jam 9 lebih lg cz bercadang mahu ke Klinik UIA nak buat sedikit pemeriksaan dan ambik vitamin B dan ubat alahan.alhamdulillah, ana dirawat oleh doctor perempuan yg sangat2 memahami dan baik hati.dia turut memberi ana surat pengesahan mengandung.skg, my baby is 3 bulan lebih..seronok..alhamdulillah..

Lepas tu, mcm biasa, ke kelas Intro to Sociology..dan balik bilik..disebabkan geram tengok bilik yang agak bersepah cz sebelum ni ana sangat2 tak larat nak mengemas..ana mengambil masa sejam lebih duk kemas bilik..alhamdulillah, skg ana rasa makin sihat..walaupun masih muntah2 tp dah kurang..alhamdulillah sangat2..harap2 morning sickness ni cepat berakhir..lega rasanya lihat bilik dah bersih..lepas solat zuhur dan baca quran..ana mula kepenatan dan ngantuk..insyaallah suami ana akan dtg petang nanti cz ana minta dia belikan sabun basuh kain dan bawak makanan yang ummi kirim (rendang)..terima kasih ummi di Kedah atas kiriman makanan yang sedap..ana sengaja tak makan nasik lg harini cz nak makan rendang ummi..suami ana datang dalam jam 6 lebih.rindu rasanya.tp nak buat macamana, selagi ana belajar dan tinggal di Hostel ni..jarang2 je kami leh jumpa.apepun, insyaallah pas dapat baby awal bulan 8 ni kitorang akan ada rumah.dia ajak ana dating esok atau lusa..hehe..dating ke? Ana ckp insyaallah kalau tak menyusahkan dia..sebenarnya kami dah merancang nak jumpa hujung minggu ni cz kitorang nak lawan badminton di Taman Kepong..Ainina Vs Husaini..siapa menang??hehe(^^) dah lama tak main badminton..seronoknya…

~Pesan ibu tersayang~
Ma selalu pesan, waktu2 mengandung ni selalulah bg nasihat kat baby..baca yasiin banyak2 dan minta pd Allah agar dapat bersalin normal dan mudah..banyakkan baca surah2 pilihan..Ummi jugak pesan agar ana mengkhatamkan quran selama mengandung ni, semoga Allah menjaga dan mempermudahkan segalanya..

Expected Due Date awal bulan 8 (6hb 8 2010)..skg dah 3 hb 2 2010..ada 6 bulan lg…Ya Allah..takutnya menghitung hari tp hati ana jugak tak sabar rasanya mahu melihat anak sendiri(^^) hanya pd Allah ana berserah..pd Nya ana mohon segalanya…wahai sahabat & teman..doakan kami..

~ASEAN Logics Conference 2010~Tun Mahathir masih di hati rakyat

2/02/2010

Ana, Farah, Mira, Ayu dan Kak Teh antara peserta yang terawal daftar untuk menyertai persidangan Asia ni yang bertempat di Cultural Activity Centre, CAC, Universiti Islam Antarabangsa..sebenarnya kami tertarik nak join coz ada Tun Dr Mahathir Mohammad, mantan Perdana Menteri Malaysia..

Pukul 9.00pagi, persidangan beremula dengan ucapan Rektor UIA, seterusnya Timbalan Menteri Pengajian Tinggi (ganti Khalid Nordin), Pengerusi ASEAN, dan ramai lagi org yang berucap..everything was conducted in English..
Apabila Timb Menteri Pengajian Tinggi masuk dan berjalan di atas karpet merah bersama Pengerusi ASEAN, dan menteri2 lain, pelajar2 yang menghadiri persidangan ini (termasuk pelajar dr Universiti lain dan pelajar luar Negara-wakil ASEAN)..diorang relax je tengok orang2 besar ni masuk..ada la sorang dua amik gambar..tp kebanyakan nye tengok tanpa perasaan je..mungkin tak kenal sangat menteri2 ni..ana pun tak kenal sangat diorang..suasana biasa je..begitu juga lepas ucapan2 diorang, ada slide show pasal speaker2 yang akan berucap petang nanti..1 demi 1 wajah tidak menimbulkan sebarang sorakan dr pelajar2 ni sampailah tiba pd wajah Tun Dr Mahathir Mohammad, semua menepuk tangan dengan kuat dan bersorak..ana ingatke ana sdan farah je yang menantikan kehadiran Tun tp semua org hanya nak tengok dia je.

Menjelang jam 3.30pm..diumumkan Tun Dr Mahathir bakal tiba..penyambut2 tetamu berbaris di tepi karpet merah..belum pun pintu terbuka, keadaan dah jd tak terkawal..semua pelajar yang ada bangun duk mengerumuni karpet merah..sampai berasak2..bukan shj pelajar Malaysia yang bersungguh tp jugak pelajar2 arab, dan yang lainnya..sebaik pintu terbuka, Tun Mahathir melambaikan tangannya..semua bersorak dan menjerit kegembiraan..kameraman pun ape lg..makin bertambah..sampai memerlukan ramai bodyguard untuk melindungi Tun Dr Mahathir dr budak2 ni yang sangat2 excited..terkejut jugak ana..td masa menteri2 malaysia datang semua org biasa2 je..skg keadaan sangat2 berubah..semua org berebut nak bersalaman dengan Tun dan melihatnya dr dekat..sampai bertolak2..masa Tun bg ucapan pon, sering di iringi tepukan sokongan dr pelajar2..setiap bibit bernas ucapannya menjadi inspirasi buat kami semua..begitu juga saat2 Tun Mahathir selesai member ucapan dan turun ke karpet merah..polis2 terpaksa berlari cz pelajar2 dah start menyerbu Tun Mahathir..

tahulah ana, dia menjadi idola semua..tak kira dalam dan Negara Malaysia..dialah pemimpin penuh wawasan yang melonjakkan nama Malaysia ke persada dunia..bagaikan tiada gantinya..kepimpinan yang penuh wawasan..sehingga sekarang menjadi sebutan semua orang..ana secara peribadinya pun sangat2 menghormati Tun Dr Mahathir Mohammad..pd ana, ada 2 orang yang ana kagumi..1, Tuan Guru Nik Abdul Aziz, dan yang ke 2 Tun Dr Mahathir Mohammad..2 orang pemimpin ni sangat2 ana minati, kagumi., dan hormati..tiada umpamanya lg..tiada berganti..ana harap rakyat lain masih mengambil kira pendapat Tun Dr Mahathir walaupun dia tidak lg menjadi PM..coz beliau merupakan seorang yang berpandangan jauh dan berpengalaman luas.

once it happens...

1/02/2010
Masih lg di rumah abang Zul..sebenarnya kami dah bertolak balik, coz ana ada kelas jam 11.30 pg di UIA..tp setelah separuh jalan, ana baru teringat yang ana tertinggal 3 cincin kat umah abg Zul..1 cincin risik, 1 cincin kahwin, 1 lagi cincin hadiah dr suami sempena genap sebulan bernikah..ketiga2 cincin ni wajib ana pakai kemana2 pun..rasa kehilangan sangat kalau tak pakai..jd lepas bincang dengan suami, kami nak pergi ambil balik cincin tu dan kalau tak sempat g kelas dia akan letak dulu ana kat umah bang Zul coz dia kna jd imam Asar nanti..jd ana bg cadangan nak singgah ke kedai mana2 nak cari barang dam hadiah untuk Hasnaa’..peristiwa penuh kenangan pulak berlaku..lepas siap membeli semua, ana dan suami menuju ke kereta kami (Pesona WSW 53_ _)..

lepas masuk dalam kereta, suami ana tutup pintu kereta dan start enjin tak semena2 alarm kereta berbunyi dengan kuatnya..memang kuat sangat sampai semua org tengok..mesti diorang ingat kami mencuri kereta ni..hehe..sesungguhnya tidak ye..kereta ini dibeli oleh suami tahun lepas je..alarm kereta ni rosak ke?mcm2 usaha kami buat..baca buku manual..try kunci semua pintu tp x jadi2 gak..berpeluh2 ana dan suami dalam kereta nak cari penyelesaian..tak leh nak pasanag ekon coz sebaik shj enjin start, alarm terus bunyi dengan kuat..cz dah tak tahu nak buat ape, suami ana minta ana tunggu di bawah tempat teduh sambil dia carikan pomen..nak duk lam kete mati lemas la nanti..dekat 15 minit gak dia cari pomen, last2 kami naik lah kereta yang berbunyi tu bawak ke kedai kereta yang terdekat..Kereta dipandu dalam keadaan alarm bunyi kuat tak berhenti2 dan lampu signal nyala kiri kanan(cz alarm die)..hehe..agak malu gak semua org kelih tp nak buat gano…terpaksa la..sampai kat kedai kereta, Alhamdulillah, dapat gak alarm ni dihentikan dengan bantuan kunci spare..nasib baiklah kedai kereta ni dekat je dan pomen dia baik..alhamdulillah…kata pomen, kunci utama rosak transmitter dia, jd kna guna kunci spare..

disebabkan peristiwa ni berlaku kat Kajang dan dah dekat dengan umah abg Zul, kami amik keputusan balik semula umah abg Zul..coz dah kepenatan sangat dah..x larat suami ana nak drive ke Gombak..malam tu baru kami bertolak pulang,.dan ana berpisah lg dengan zauj tersayang…isk…cedeynya….tp takpe..coz dalam seminggu dia selalu gak lawat ana selain hujung minggu…tambah2 lg bila ana x dapat makan..he sayang sangat pd suamiku kerana Allah…Dia yang menghalalkan cinta ini..mengurniakan anugerah yang sanagt berharga..alhamdulillah YA Allah..

31-01-2010 diary



31/01/2010

Keletihan sudah hilang..alhamdulillah..ana dan suami merancang nak g jalan2 rumah abg Zul dan abag Ngah di Kajang nak tengok Hasnaa’ dan Rushdan.Tambahan lg, esok zauji cuti mengajar (Hari Wilayah). Seronok tengok Hasnaa’ yang makin comel..kiut..sangat2 kiut..tp tak sempat jumpa Rushdan coz kami g agak lewat..malam tu kami bermalam di rumah abg Zul..seronok duk umah abang Zul..banyak DVD dan VCD cerita2 menarik untuk ditonton..tambahan lg ada Hasnaa’ yang menceriakan suasana..ana diberitahu oleh Kak Lah Rushdan kelihatan tidak berisi seperti dulu lagi..kata Kak Ity, pengasuh Rushdan memeberinya hisap puting dan tidur dalam buaian..hm…memang bila bg puting budak2 kurang nangis cz ada benda dia leh hisap, Cuma nanti dia akan kurang menyusu dah cz kenyang dengan hisap putting kosong..waktu ana dan Mira jaga Rushdan dulu selama seminggu duk umah abg Ngah bila kak Ity mengajar, Rushdan memang kuat menyusu..sejam sekali dia akan minum susu..pastu kalau kenyang dia akan cakap2 dengan orang dan tunjukkan muka kiut sangat.. skg badan dia kurang tembam dah..cian Rushdan..harap2 nanti pas dia dapat makan nestum atau Growell, dia akan berisi dan tembam balik..cik Ain cayang Rushdan dan Hasnaa’..gambar2 terbaru pun Nampak perbezaan Rushdan dan Hasnaa’..Hasnaa’ memang sangat tembam dah..Rushdan bila duk tepi Hasnaa’ Nampak kecik jer..

p/s: gambar hasnaa' dan rushdan di atas merupakan yg terbaru..hari kami pergi tu..31hb 1..

~peristiwa pulang ke UIA~

30/01/2010
Harini hari yang agak menyedihkan..setelah seminggu bercuti di rumah yang tercinta di Kelantan, harini ana perlu bertolak pulang ke UIA memandangkan kelas akan start lusa. Barang2 ana x banyak pun, hanya mengambil masa 10 minit nak packing semua..jam 9.30, selepas bersalaman dengan abg, mak, adik,kakak, mak cik dan mok, ayah menghantar ana dan sepupu, Mira ke stesen bas machang..dekat je..5 minit dengan kereta..sebelum ke stesen bas, ana dan Mira singgah di Kedai Runcit Hassan di hadapan stesen bas untuk memfotostat IC kami..coz insyaallah 2 tahun lagi kami layak mengundi, jd IC yang di fotostat td akan diserahkan kepada AJK kampong bertugas untuk didaftarkan sebagai pengundi..bestnya dapat mengundi untuk Malaysia nanti..:)Bas datang agak lewat, dalam pukul 10.30..sedangkan dalam tiket tulis 9.50…xpe..biasalah, mungkin jem coz hari Sabtu…selesai bersalaman dengan ayah, kami menaiki bas dengan hati yg berat..tp walaupun ana agak sedih, ana jugak terasa girang nak bertemu suami tersayanng yang dah terpisah wajah selama seminggu.walaupun suami ana dah mintak nak jemput ana pulang dr Kelantan tp ana rasa tak nak membebankan dia, lgpun ana risau jika dia drive sorang2 dr KL-Kelantan..so, ana memilih nak naik bas sahaja..senang dan mudah..

Terseksanya ana dalam bas hanya Allah shj yang tahu..sebelum ni ana jarang pilih perjalanan pagi coz ana tak suka, tp kalini ana akur dengan kehendak sepupu ana yang nak sampai awal coz dia ada kerja..kalau diikutkan hati ana lebih selesa perjalanan malam coz ana akan tidur sepanjang perjalanan..tp skg, ana x dpt lelapkan mata walaupun dah berusaha..akibatnya, ana muntah teruk…5 kali muntah sepanjang perjalanan membuatkan badan terasa begitu letih, penat, pening dan macam2 lg..inilah dugaan..ana akur..nasib baiklah bas sampai agak awal..lebih kurang jam 4.30 di Stesen Putra, suami tersayang datang menjemput ana dan kawan2 yang mahu tumpang ke UIA..

Masalah kedua timbul apabila jalan Batu Caves jem teruk..kami tersekat hampir sejam di Jalan Batu Caves menuju ke UIA..kami tertanya2 apa yg menyebabkan ia jem..biasanya memang aka nada jem di MRR2 tp jem harini teruk semacam..rupanya2 apabila melihat di sekeliling kami ramai kaum India..baru kami tahu yang harini merupakan Thaipusam..Patung Buddha dan tempat ibadat yang sangat besar di Batu Caves menjadi tumpuan penganut hindu dr seluruh dunia bukan sahaja Malaysia..setelah meredah jem, akhirnya kami sampau di UIA..suasana sunyi sepi..mungkin kerana kebanyakn pelajar akan pulang esok (ahad) coz esok masih cuti..setibanya ana di bilik, tiada seorang pun, malah di blok ana sangat sepi..suami ana kol ana sebelum dia pulang ke rumah samada ana mahu ditemani atau tidak..almaklumlah, keseorangan dalam bilik yang ditinggalkan lebih seminggu..ana terus cakap mahu pulang ke rumah cz takut bersendirian..jd..kami balik ke kuarters imam Masjid Muqarrabin Bandar Tasik Selatan, tempat tinggal suami ana..

Kerana keletihan campur lapar, lepas solat isyak dan makan..ana tak mengambil masa yang lama untuk terus tidur..memang sangat2 mengantuk…Keesokan pagi, agak susah suami ana mahu mengejutkan ana bangun untuk solat subuh..tidur mcm org pengsan..hehe..:) kami solat jemaah subuh, lepas tu suami ana lihat ana masih mengantuk..jd dia minta ana baring di ribaannya coz dia mahu bacakan quran untuk baby..dia kata dia rindu baby..(dan mama baby)..terima kasih suamiku coz bacakan surah Yusuf dan Maryam untuk kami walaupun yang tidur nyenyak di ribaanmu..dan syukran coz buat sarapan untuk isterimu pagi tu..terima kasih coz memahami dan menyintai diri ini seadanya..

~TetAmu diHorMati~syukran atas persinggahan(^^)

~jalinan ukhuwwah~