semoga bahagia dunia akhirat

semoga bahagia dunia akhirat
~di bawah jalinan suci ikatan perkahwinan~
Iman bukan sekadar angan-angan, tetapi adalah sesuatu yang diyakini dalam hati dan dijelmakan dalam bentuk amal, dan sekiranya ajal itu dinampakkan kepada kamu pasti akan porak porandalah semua cita-cita.. pengalaman adalah cermin kegagalan dan penilaian terhadap segala kekurangan.. -Saidina Abu Bakar R.A.

Friday, February 12, 2010

Pentingnya solat sebagai penghubung diri hamba dan Tuhannya



Dari Ali R.A meriwayatkan bahawa diakhir kalam Baginda Rasulullah S.A.W berwasiat : Sembahyang ! sembahyang ! Jagalah hamba- hamba sahaya kamu dan orang- orang di bawah kamu (Hadith riwayat Abu Daud)

“Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk.” ( Surah Al-Baqarah ayat 43)

Sahabat2…
Sinar mentari masih menerangi bumi, peredaran malam dan siang masih seperti biasa berjalan di bawah aturanNya Yang Maha Kaya. Selagi masih ada nyawa, selagi masih ada masa..segeralah tunaikan solat. Mesej ni jua ana sampaikan buat diri ana sendiri yang lemah dan hina. Solat itu tiang agama, solat itu penghubung jiwa..andai suatu ketika dulu ana pernah merasakan betapa manisnya saat2 bersama Allah dalam sujud sendu mengharap redhanya, di waktu diri masih belum dikotori masalah hati..namun kini susah untuk kembali..ana rindukan saat2 itu..satu saat yang ana sendiri tidak dapat ceritakan, satu saat yang palinng bermakna dalam hidup ana..

Kepada adik2, sahabat2..yang hatinya masih terjaga dalam rahmat Allah..teruskanlah menjagai hatimu..jangan sesekali biar ia dikotori..sekali ia dinodai titik hitam..sukar sekali untuk membersihkannya.Selagi belum bernikah, jangan sesekali termakan pujuk manis kaum Adam..jangan terjebak dengan maksiat, jangan mengingkari ibu bapa..walaupun sebaik mana lelaki yang anda semua jumpa, tp selagi belum bernikah, jangan bermain dengan perasaan dan khayalan..percayalah, ia akan memusnahkan..alam remaja satu alam yang indah..jagailah hatimu..berkahwinlah setelah bertemu insan yang benar2 meyayangi agama islam, menyintai Allah dan Rasul dan mampu menyintai diri anda seadanya..percayalah…ana berbicara melalui pengalaman…

No comments:

Post a Comment

~TetAmu diHorMati~syukran atas persinggahan(^^)

~jalinan ukhuwwah~