semoga bahagia dunia akhirat

semoga bahagia dunia akhirat
~di bawah jalinan suci ikatan perkahwinan~
Iman bukan sekadar angan-angan, tetapi adalah sesuatu yang diyakini dalam hati dan dijelmakan dalam bentuk amal, dan sekiranya ajal itu dinampakkan kepada kamu pasti akan porak porandalah semua cita-cita.. pengalaman adalah cermin kegagalan dan penilaian terhadap segala kekurangan.. -Saidina Abu Bakar R.A.

Wednesday, February 3, 2010

again..diary of the day..

3/02/2010

Harini ana bangun awal..tp tidur balik cz pening..kelas akan mula jam 11.30, tp ana keluar jam 9 lebih lg cz bercadang mahu ke Klinik UIA nak buat sedikit pemeriksaan dan ambik vitamin B dan ubat alahan.alhamdulillah, ana dirawat oleh doctor perempuan yg sangat2 memahami dan baik hati.dia turut memberi ana surat pengesahan mengandung.skg, my baby is 3 bulan lebih..seronok..alhamdulillah..

Lepas tu, mcm biasa, ke kelas Intro to Sociology..dan balik bilik..disebabkan geram tengok bilik yang agak bersepah cz sebelum ni ana sangat2 tak larat nak mengemas..ana mengambil masa sejam lebih duk kemas bilik..alhamdulillah, skg ana rasa makin sihat..walaupun masih muntah2 tp dah kurang..alhamdulillah sangat2..harap2 morning sickness ni cepat berakhir..lega rasanya lihat bilik dah bersih..lepas solat zuhur dan baca quran..ana mula kepenatan dan ngantuk..insyaallah suami ana akan dtg petang nanti cz ana minta dia belikan sabun basuh kain dan bawak makanan yang ummi kirim (rendang)..terima kasih ummi di Kedah atas kiriman makanan yang sedap..ana sengaja tak makan nasik lg harini cz nak makan rendang ummi..suami ana datang dalam jam 6 lebih.rindu rasanya.tp nak buat macamana, selagi ana belajar dan tinggal di Hostel ni..jarang2 je kami leh jumpa.apepun, insyaallah pas dapat baby awal bulan 8 ni kitorang akan ada rumah.dia ajak ana dating esok atau lusa..hehe..dating ke? Ana ckp insyaallah kalau tak menyusahkan dia..sebenarnya kami dah merancang nak jumpa hujung minggu ni cz kitorang nak lawan badminton di Taman Kepong..Ainina Vs Husaini..siapa menang??hehe(^^) dah lama tak main badminton..seronoknya…

~Pesan ibu tersayang~
Ma selalu pesan, waktu2 mengandung ni selalulah bg nasihat kat baby..baca yasiin banyak2 dan minta pd Allah agar dapat bersalin normal dan mudah..banyakkan baca surah2 pilihan..Ummi jugak pesan agar ana mengkhatamkan quran selama mengandung ni, semoga Allah menjaga dan mempermudahkan segalanya..

Expected Due Date awal bulan 8 (6hb 8 2010)..skg dah 3 hb 2 2010..ada 6 bulan lg…Ya Allah..takutnya menghitung hari tp hati ana jugak tak sabar rasanya mahu melihat anak sendiri(^^) hanya pd Allah ana berserah..pd Nya ana mohon segalanya…wahai sahabat & teman..doakan kami..

2 comments:

  1. Salam..Alhamdulillah..tahniah pada ina dan zauj..ustaz doakan agar anak yg bakal lahir nnt akan menjadi seorang yg dapat menegakkn syiar islam..Amin..

    ReplyDelete
  2. hohoho...akhirnya ore berjaya mencari laman blog dia yang perasan....hari ni jumaat 12 Feb 2010, ore akan kelik ke kelantan bawak hasnaa' n kak lah..ikah akan ikut skali..so...selama sebulan nih kalu dio nok tengok hasnaa'...keliklah kelate deh.....hohoho...sungguh perasan blog dio...

    ReplyDelete

~TetAmu diHorMati~syukran atas persinggahan(^^)

~jalinan ukhuwwah~