semoga bahagia dunia akhirat

semoga bahagia dunia akhirat
~di bawah jalinan suci ikatan perkahwinan~
Iman bukan sekadar angan-angan, tetapi adalah sesuatu yang diyakini dalam hati dan dijelmakan dalam bentuk amal, dan sekiranya ajal itu dinampakkan kepada kamu pasti akan porak porandalah semua cita-cita.. pengalaman adalah cermin kegagalan dan penilaian terhadap segala kekurangan.. -Saidina Abu Bakar R.A.

Wednesday, December 16, 2009

Moga artis2 lain dapat contohi Lim


Zauj ana pernah cerita yang Lim (Farid Amirul) yg berlakon dalam Gerak Khas arahan Yusuf Haslam tu..tinggal dekat kawasan Bandar Tasik Selatan dan sentiasa ke masjid.Kebetulan Zauj ana menjadi imam sambilan di Masjid Muqarrabin, Bandar Tasik Selatan..ceritanya lg, Lim selalu datang ke masjid dan rajin sangat bersama jema’ah2..kadang2 lepas solat, mereka sempat berbual..Kebetulan pada hari Ahad yang lepas, ana solat di Masjid tersebut di mana pd waktu itu zauj ana menjadi imam solat maghrib dan isya’..tabir masjid untuk jema’ah muslimin dan muslimat di buka oleh mak cik2..xtao knapa..tp myb mak cik2 nak tengok ceramah sebentar lg..Di saat ana me”ngintai” zauj yang sedang bersiap untuk mengetuai solat (cz dia Nampak segak pakai jubah ala2 kot imam..hehe^^) tibe2 ternampak inspector Lim kite ni yang turut menyertai solat jemaah..masyaallah…dia pakai jubah lg..ana terkejut gak..tp tengok sekali dah la ye..:p
Selesai solat maghrib, ada sedikit kuliah maghrib yang disampaikan oleh Ustaz Abdul Aziz (ore kelate..ore kelate ni mmg hebat..d mana2 shj ada..he3) mase tu inspector Lim yang berjubah hijau dan berkopiah ni mengedarkan kertas2 tazkirah termasuk kepada jemaah makcik2..masyaallah..bagus sungguh artis tempatan kita ni..mengikut husband ana, memang Lim kalau takder penggambaran dia akan habiskan masa di masjid, sangat baik dan tidak sombong…bagus sungguh..mcamana ea artis kita yang lain? Selain g kelab malam, kan bagus kalau jd ahli masjid..(^^) jd lah contoh kepada yg lain,wslm

Monday, December 14, 2009

Selamatkan Diri Di Padang Mahsyar

Setelah semua mahkluk yang bernyawa di alam nyata ini mati dan hancur binasa, Allah SWT memerintahkan Malaikat Israfil untuk meniupkan angin Sangakala yang hebat itu untuk menghidupkan semula semua mahkluk yang sudah mati Israfil meniup dan berteriak dengan sekuat-kuatnya : "Wahai nyawa yang telah keluar dari badan,tulang-tulang yang telah reput luluh, tubuh yang telah buruk, urat yang telah putus berkecai,kulit-kulit yang telah pecah hancur, rambut-rambut yang telah luruh. Bangunlah kamu semua untuk menjalani hukuman dari Allah SWT yang menjadi Hakim Besar dan Raja kepada semua raja!"



Maka dengan tiba-tiba mereka pun tegak bangun berdiri. Mereka lihat langit,didapati langit berjalan-jalan,mereka lihat bumi, didapati bertukar wajah, tidak seperti bumi yang dahulu, Dilihat bintang-bintang, semuanya telah berhimpun di satu kawasan dengan padatnya. Dilihat laut terdapat api yang sedang bernyala-nyala diatasnya. Dilihat Malaikat Zabaniah telah berada dihadapan mereka. Dilihat matahari telah hilang cahayanya. Maka sedarlah dan tahulah mereka bahawa mereka berada di tempat yang dijanjikan kiamat. Lantas mereka berkata : "Inilah dia sebagaimana yang telah Allah janjikan dan inilah menunjukkan kebenaran para Rasul."



Seperti yang telah Allah sebutkan dalam Al-Quran : "Mereka berkata: "Aduhai celakalah kami! Siapakah yang membangkitkan kami dari tempat tidur kami (kubur)" (Yassin: 52) Mereka pun keluar dari kubur tanpa pakaian, tidak berkasut dan sebagainya. Mereka bertelanjang bulat tanpa seurat benang pun di badan. Dalam masa bangkit itu, manusia dalam keadaan bermacam - macam rupa.



1. Sesetengah mereka ada yang berupa kera kerana di dunia mereka suka membuat fitnah kepada orang lain.
2. Ada yang berupa khinzir kerana suka makan rasuah ketika menjalankan hukuman.
3. Ada yang buta mata kerana keterlaluan pada menghukum manusia.
4. Ada yang pekak dan bisu kerana mereka hairan dengan amalan yang mereka lakukan.
5. Ada yang mengalir daripadanya nanah dan darah yang amat busuk dan sentiasa menikam-nikam lidah sendiri. Ini adalah kumpulan ULAMA yang bercakap dan mengajar tetapi perbuatannya tidak sama dengan apa yang diucapkan.
6. Ada pula yang luka-luka seluruh badan kerana suka menjadi saksi bohong.
7. Ada yang telapak kaki mereka terletak didahi dan terikat kepada ubun-ubun mereka serta menjadi sangat busuk, lebih busuk daripada bangkai. Mereka adalah orang yang sanggup membeli dunia dengan akhirat. (mencari kemewahan dunia dengan memperalatkan agama)
8. Ada seperti orang mabuk, rebah ke kiri, rebah ke kanan terhuyung-hayang. Mereka inilah yang sanggup menyimpan harta dari belanjakan ke jalan Allah.
9. Ada yang berkeadaan benar-benar mabuk, orang ini suka bercerita-cerita dalam masjid akan hal dunia.
10. Ada yang berupa khinzir kerana suka makan harta riba.
11. Ada yang tidak bertangan dan tidak berkaki.Mereka ini suka menyakiti orang-orang sekampungnya.
12. Ada yang berupa khinzir kerana mereka mempermudah-mudahkan sembahyang (lalai dalam sembahyang).
13. Ada pula yang bangkit dengan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking yang sentiasa mengigit-gigit dan menyengat-nyengat.Mereka ini di dunia payah hendak mengeluarkan zakat.
14. Ada yang berkeadaan di mana darah yang amat busuk sentiasa keluar dari mulut mereka. Orang ini suka berbohong dalam perniagaan.
15. Ada yang sampai terasing daripada manusia serta badannya sangat busuk dari bangkai. Mereka ini suka menyembunyikan maksiat kerana takutkan manusia, tidak takut pada Allah.
16. Ada yang terpotong halkum, keadaannya tercerai dari leher. Orang ini selalu sanggup untuk bersaksi bohong.
17. Ada yang bangun dari kubur tiada berlidah dan mengalir darah busuk dari dalam mulutnya. Orang itu malas mengucap kalimah syahdah.
18. Ada pula yang berjalan dengan kepala di bawah dan kaki di atas langit. Darah dan nanah sentiasa mengalir dari kemaluan mereka. Mereka itu suka berbuat zina semasa hidup.
19. Ada yang berkeadaan muka hitam dan perutnya penuh dengan api neraka. Mereka ini suka memakan harta anak yatim secara zalim.
20. Ada pula yang bangun dengan mengidap penyakit kusta dan sopak. Mereka inilah yang derhaka terhadap kedua ibu bapanya.
21. Ada yang gigi mereka seperti tanduk lembu,lidah mereka terjelir hingga ke perut, najis dan kencing sentiasa keluar dari perut mereka. Mereka adalah orang yang suka meminum arak.



Semoga kita tergolong dalam golongan yang segera menginsafi diri dan

bertaubat di atas dosa dan pengkhianatan yang dilakukan terhadap sesama

manusia.

SUMBER :http://tazkirah.blogdrive.com

YA ALLAH..andai aku lemah, kuatkan aku.....

bulan ke dua anakku di alam rahim, kini cabaran makin bertambah..setiap pagi badanku akan lemah2 dan mual..muntah2 di awal pagi, tengahari, malam..cukup menyeksakan, apatah lagi kelas yang setiap hari sehingga petang.Inilah cabaran, akan ku tempuhinya dengan kekuatan..Ya Allah..berikanlah ku kekuatan...

Saturday, December 5, 2009

...selangkah menuju kejayaan...

hati berdebar2 saat membuka laptop, connect to the internet dan bukak laman web IIUM untuk mengetahui result exam sem lepas..sudah 3 minggu berlalu, kenangan belajar bersama sahabat2 di sem lepas masih segar di ingatan..


Jari jemari meng"klik"




HTTP://WWW.IIU.EDU.MY





STAFF & STUDENTS




EXAMINATION RESULT



NO MATRIK ~Di isi
No PIN ~Di isi


NUR AININA BT ABDUL KHALID

BACHELOR OF HUMAN SCIENCES, ENGLISH LITERATURE & LINGUISTIC


3.613, REMARKS : DEAN'S LIST


Alhamdulillah,
mendapat dean's list adalah suatu perkara yang sangat menggembirakan..
hadiah buat ibu bapa, hadiah buat suamiku, hadiah buat keluarga..
syukran Ya Allah...

geMbiRa haTi......(^^)


Gembira hatiku menjadi isteri

Apabila dapat menjadi makmum suami di rumah mahupun di masjid

Mendengar bacaan quran suami di corong masjid tatkala dia menjadi imam

Menjadi pengikut setia suami ketika beliau member kuliah subuh dan maghrib

Menjadi teman perkongsian ilmu suami tatkala persediaannya menyampaikan kuliah

Apabila membasuh baju suami dengan tangan sendiri lantas dia berkata, “wanginya”

Apabila meng’iron’ baju suami lantas dia berkata “kemasnya”

Apabila mengemaskan biliknya lantas dia berkata “bersihnya”

Apabila berhias untuk suami lantas dia berkata, “cantik isteri abang”

Apabila memasak untuknya lantas dia berkata, “sedapnya isteri abang masak”

Apabila membantunya dalam kerjanya lantas dia berkata, “isteri abang pandai”

Apabila mendapat pemberian darinya lantas dia berkata, “tanda kasih sayang abang”

Apabila memberikan hadiah kepadanya lantas dia berkata,”terima kasih isteriku”

Apabila mengandungkan zuriatnya lantas dia berkata, “trima kasih sayang, abang sayang ain dan bakal anak kita”

Apabila menjadi teman hidupnya lantas dia berkata “abang bertuah dapat sayang.Kan ku bahagiakanmu hingga akhir hayatku”

Nukilan dari pengalaman selama 3 bulan menjadi isteri~Munajatmahabbah.blogspot.com~

MAKIN RAMAI REMAJA TIDAK MEMPERCAYAI TUHAN


Siasatan ekslusif yang didedahkan oleh Majalah Al-Islam edisi Zulhijjah 1430 H bukan lg satu perkara yang mengejutkan ana. Malah, dalam fatrah zaman teknologi yang canggih dan kehidupan serba moden dengan pengabaian terhadap didikan agama menjadikan ia factor utama ketidakpercayaan kepada Allah.persoalan2 yang patut diutarakan :-

Dimanakah iman mereka?

Apakah didikan islam sudah cukup diterapkan dalam jiwa mereka?

Bagaimana kehidupan keluarga mereka?apakah ibu bapa mereka mengambil berat hal agama?

Sejauh manakah aplikasi ketinggian akhlak dlm diri mereka?

Pergaulan dengan rakan2?bagaimanakah akhlak rakan mereka?

Media massa?internet?handphone?dan teknologi2 yang lain?

Benarlah, akhlak berkait rapat dengan iman..darimana ingin perolehi kemanisan iman? Dengan cinta kepada Allah dan Rasul dan ketaatan kepada keduanya..bagaimana mencintai Allah? Lakukan suruhanNya dan tinggalkan laranganNya. Bagaimana pula untuk mentaati Rasul? Ikuti ajaran Rasulullah, turuti sunnahnya..namun andainya didikan agama jauh ditinggalkan, di manakah anak2 akan dapat mengenali Pencipta dan Pesuruh Allah?

“Puas sudah usaha yang dilakukan. Berdoa, dan memohon perlindungan Allah setiap kali selesai solat namun nasibnya tetap sama, tetap menjadi nafsu serakah abg kandungnya yang sentiasa mengambil kesempatan ke atas dirinya. Walaupun telah diadukan kepada ibu, namun dia pula yang dimarahi dan dituduh mereka2 cerita. Ibunya tidak mempercayai kisah peritnya dirampas kehormatannya oleh abang kandung sendiri. Apa lg kudratnya, lalu difikir2..Kalau Allah itu wujud, kenapa tidak mahu menyelamatkannya?”

Inilah salah satu rintihan seorang gadis yang merupakan antara penghuni di SIDIM (Pertubuhan Sahabat Insan dan Iman Malaysia) yang akhirnya menafikan kewujudan Allah.Lalu, dia memilih untuk menjadi seorang ateis (tidak mempercayai Tuhan). (Majalah al-Islam, m/s 26, edisi Zulhijjah)

Sahabat sekalian, wajarkan gadis ini memilih jalan itu sedangkan masih ada jalan yang bakal memberikan sinar baru dalam hidupnya.Benarkah menjadi ateis satu2nya penyelesaian untuk dirinya yang telah dicabul kehormatan oleh abang kandung sendiri? Apakah yang dia dapat setelah menjadi Ateis?kebahagiaan diri?kepuasan?penyelesaian kepada masalah? Tidak wahai sahabat..masalah tidak akan selesai dengan memilih jalan yang terpesong dr landasan islam.

Perkara pertama yang perlu diketahui di sini adalah konsep Tawakkal kepada Allah. Konsep tawakkal menekankan ikhtiar yang bersungguh2 , usaha sehabis daya, lalu berdoa kepada Allah dan bertawakkal kepadaNya. Pd kisah gadis yang disebutkan td, di mana usahanya untuk mengelakkan diri dari dicabul abangnya? Hanya mengadu kpd ibunya yang menuduhnya mereka cerita?cukupkah?tidak..seharusnya dia cuba jalan lain memandangkan ibunya tidak mempercayainya..Jabatan Agama ada di setiap negeri di Malaysia, malah pejabat polis tidak kurang banyaknya ada di setiap daerah.mengapa tidak diadukan hal itu kepada pihak berkuasa lantas mereka akan mengambil tindakan sewajarnya.mengapakah gadis ini terus menyalahkan Tuhan tidak membantunya sedangkan konsep ikhtiar tidak digunakan..Allah mengurniakan pd nya keupayaan, kekuatan, dan pancaindera untuk digunakan dan otak untuk berfikir. Kita tidak seharusnya melimitkan pemikiran kepada jalan yang salah..Lihat pada analogi manusia dan makanan. Apakah makanan akan datang sendiri tanpa manusia itu berusaha untuk mendapatkannya?Malah, untuk memperolehi makanan, kita harus membeli lauk pauk, menanak nasi, memasak di dapur yang mana usaha dari diri kite diperlukan tidak hanya duduk bersenang lenang tanpa usaha. Islam menyarankan usaha yang bersungguh2 untuk sesuatu. Di sinilah terbitnya konsep jihad yang dipraktikkan sejak zaman Rasulullah s.a.w lagi..wallohua’lam. sekadar perkongsian rasa dr qalam munajat mahabbah

~TetAmu diHorMati~syukran atas persinggahan(^^)

~jalinan ukhuwwah~