semoga bahagia dunia akhirat

semoga bahagia dunia akhirat
~di bawah jalinan suci ikatan perkahwinan~
Iman bukan sekadar angan-angan, tetapi adalah sesuatu yang diyakini dalam hati dan dijelmakan dalam bentuk amal, dan sekiranya ajal itu dinampakkan kepada kamu pasti akan porak porandalah semua cita-cita.. pengalaman adalah cermin kegagalan dan penilaian terhadap segala kekurangan.. -Saidina Abu Bakar R.A.

Saturday, December 5, 2009

geMbiRa haTi......(^^)


Gembira hatiku menjadi isteri

Apabila dapat menjadi makmum suami di rumah mahupun di masjid

Mendengar bacaan quran suami di corong masjid tatkala dia menjadi imam

Menjadi pengikut setia suami ketika beliau member kuliah subuh dan maghrib

Menjadi teman perkongsian ilmu suami tatkala persediaannya menyampaikan kuliah

Apabila membasuh baju suami dengan tangan sendiri lantas dia berkata, “wanginya”

Apabila meng’iron’ baju suami lantas dia berkata “kemasnya”

Apabila mengemaskan biliknya lantas dia berkata “bersihnya”

Apabila berhias untuk suami lantas dia berkata, “cantik isteri abang”

Apabila memasak untuknya lantas dia berkata, “sedapnya isteri abang masak”

Apabila membantunya dalam kerjanya lantas dia berkata, “isteri abang pandai”

Apabila mendapat pemberian darinya lantas dia berkata, “tanda kasih sayang abang”

Apabila memberikan hadiah kepadanya lantas dia berkata,”terima kasih isteriku”

Apabila mengandungkan zuriatnya lantas dia berkata, “trima kasih sayang, abang sayang ain dan bakal anak kita”

Apabila menjadi teman hidupnya lantas dia berkata “abang bertuah dapat sayang.Kan ku bahagiakanmu hingga akhir hayatku”

Nukilan dari pengalaman selama 3 bulan menjadi isteri~Munajatmahabbah.blogspot.com~

1 comment:

  1. tieykah_88@yahoo.comMarch 17, 2010 at 1:25 AM

    -semoga masjid yg ainina dan zauj bina ini berkekalan hingga akhir hayat...
    -semoga ainina dan pasangan dikurniakan cahaya mata yg ramai...
    -semoga ainina dapat melahirkan ramai pejuang2 ALLAH...insyaALLAH

    ReplyDelete

~TetAmu diHorMati~syukran atas persinggahan(^^)

~jalinan ukhuwwah~