semoga bahagia dunia akhirat

semoga bahagia dunia akhirat
~di bawah jalinan suci ikatan perkahwinan~
Iman bukan sekadar angan-angan, tetapi adalah sesuatu yang diyakini dalam hati dan dijelmakan dalam bentuk amal, dan sekiranya ajal itu dinampakkan kepada kamu pasti akan porak porandalah semua cita-cita.. pengalaman adalah cermin kegagalan dan penilaian terhadap segala kekurangan.. -Saidina Abu Bakar R.A.

Wednesday, December 16, 2009

Moga artis2 lain dapat contohi Lim


Zauj ana pernah cerita yang Lim (Farid Amirul) yg berlakon dalam Gerak Khas arahan Yusuf Haslam tu..tinggal dekat kawasan Bandar Tasik Selatan dan sentiasa ke masjid.Kebetulan Zauj ana menjadi imam sambilan di Masjid Muqarrabin, Bandar Tasik Selatan..ceritanya lg, Lim selalu datang ke masjid dan rajin sangat bersama jema’ah2..kadang2 lepas solat, mereka sempat berbual..Kebetulan pada hari Ahad yang lepas, ana solat di Masjid tersebut di mana pd waktu itu zauj ana menjadi imam solat maghrib dan isya’..tabir masjid untuk jema’ah muslimin dan muslimat di buka oleh mak cik2..xtao knapa..tp myb mak cik2 nak tengok ceramah sebentar lg..Di saat ana me”ngintai” zauj yang sedang bersiap untuk mengetuai solat (cz dia Nampak segak pakai jubah ala2 kot imam..hehe^^) tibe2 ternampak inspector Lim kite ni yang turut menyertai solat jemaah..masyaallah…dia pakai jubah lg..ana terkejut gak..tp tengok sekali dah la ye..:p
Selesai solat maghrib, ada sedikit kuliah maghrib yang disampaikan oleh Ustaz Abdul Aziz (ore kelate..ore kelate ni mmg hebat..d mana2 shj ada..he3) mase tu inspector Lim yang berjubah hijau dan berkopiah ni mengedarkan kertas2 tazkirah termasuk kepada jemaah makcik2..masyaallah..bagus sungguh artis tempatan kita ni..mengikut husband ana, memang Lim kalau takder penggambaran dia akan habiskan masa di masjid, sangat baik dan tidak sombong…bagus sungguh..mcamana ea artis kita yang lain? Selain g kelab malam, kan bagus kalau jd ahli masjid..(^^) jd lah contoh kepada yg lain,wslm

Monday, December 14, 2009

Selamatkan Diri Di Padang Mahsyar

Setelah semua mahkluk yang bernyawa di alam nyata ini mati dan hancur binasa, Allah SWT memerintahkan Malaikat Israfil untuk meniupkan angin Sangakala yang hebat itu untuk menghidupkan semula semua mahkluk yang sudah mati Israfil meniup dan berteriak dengan sekuat-kuatnya : "Wahai nyawa yang telah keluar dari badan,tulang-tulang yang telah reput luluh, tubuh yang telah buruk, urat yang telah putus berkecai,kulit-kulit yang telah pecah hancur, rambut-rambut yang telah luruh. Bangunlah kamu semua untuk menjalani hukuman dari Allah SWT yang menjadi Hakim Besar dan Raja kepada semua raja!"



Maka dengan tiba-tiba mereka pun tegak bangun berdiri. Mereka lihat langit,didapati langit berjalan-jalan,mereka lihat bumi, didapati bertukar wajah, tidak seperti bumi yang dahulu, Dilihat bintang-bintang, semuanya telah berhimpun di satu kawasan dengan padatnya. Dilihat laut terdapat api yang sedang bernyala-nyala diatasnya. Dilihat Malaikat Zabaniah telah berada dihadapan mereka. Dilihat matahari telah hilang cahayanya. Maka sedarlah dan tahulah mereka bahawa mereka berada di tempat yang dijanjikan kiamat. Lantas mereka berkata : "Inilah dia sebagaimana yang telah Allah janjikan dan inilah menunjukkan kebenaran para Rasul."



Seperti yang telah Allah sebutkan dalam Al-Quran : "Mereka berkata: "Aduhai celakalah kami! Siapakah yang membangkitkan kami dari tempat tidur kami (kubur)" (Yassin: 52) Mereka pun keluar dari kubur tanpa pakaian, tidak berkasut dan sebagainya. Mereka bertelanjang bulat tanpa seurat benang pun di badan. Dalam masa bangkit itu, manusia dalam keadaan bermacam - macam rupa.



1. Sesetengah mereka ada yang berupa kera kerana di dunia mereka suka membuat fitnah kepada orang lain.
2. Ada yang berupa khinzir kerana suka makan rasuah ketika menjalankan hukuman.
3. Ada yang buta mata kerana keterlaluan pada menghukum manusia.
4. Ada yang pekak dan bisu kerana mereka hairan dengan amalan yang mereka lakukan.
5. Ada yang mengalir daripadanya nanah dan darah yang amat busuk dan sentiasa menikam-nikam lidah sendiri. Ini adalah kumpulan ULAMA yang bercakap dan mengajar tetapi perbuatannya tidak sama dengan apa yang diucapkan.
6. Ada pula yang luka-luka seluruh badan kerana suka menjadi saksi bohong.
7. Ada yang telapak kaki mereka terletak didahi dan terikat kepada ubun-ubun mereka serta menjadi sangat busuk, lebih busuk daripada bangkai. Mereka adalah orang yang sanggup membeli dunia dengan akhirat. (mencari kemewahan dunia dengan memperalatkan agama)
8. Ada seperti orang mabuk, rebah ke kiri, rebah ke kanan terhuyung-hayang. Mereka inilah yang sanggup menyimpan harta dari belanjakan ke jalan Allah.
9. Ada yang berkeadaan benar-benar mabuk, orang ini suka bercerita-cerita dalam masjid akan hal dunia.
10. Ada yang berupa khinzir kerana suka makan harta riba.
11. Ada yang tidak bertangan dan tidak berkaki.Mereka ini suka menyakiti orang-orang sekampungnya.
12. Ada yang berupa khinzir kerana mereka mempermudah-mudahkan sembahyang (lalai dalam sembahyang).
13. Ada pula yang bangkit dengan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking yang sentiasa mengigit-gigit dan menyengat-nyengat.Mereka ini di dunia payah hendak mengeluarkan zakat.
14. Ada yang berkeadaan di mana darah yang amat busuk sentiasa keluar dari mulut mereka. Orang ini suka berbohong dalam perniagaan.
15. Ada yang sampai terasing daripada manusia serta badannya sangat busuk dari bangkai. Mereka ini suka menyembunyikan maksiat kerana takutkan manusia, tidak takut pada Allah.
16. Ada yang terpotong halkum, keadaannya tercerai dari leher. Orang ini selalu sanggup untuk bersaksi bohong.
17. Ada yang bangun dari kubur tiada berlidah dan mengalir darah busuk dari dalam mulutnya. Orang itu malas mengucap kalimah syahdah.
18. Ada pula yang berjalan dengan kepala di bawah dan kaki di atas langit. Darah dan nanah sentiasa mengalir dari kemaluan mereka. Mereka itu suka berbuat zina semasa hidup.
19. Ada yang berkeadaan muka hitam dan perutnya penuh dengan api neraka. Mereka ini suka memakan harta anak yatim secara zalim.
20. Ada pula yang bangun dengan mengidap penyakit kusta dan sopak. Mereka inilah yang derhaka terhadap kedua ibu bapanya.
21. Ada yang gigi mereka seperti tanduk lembu,lidah mereka terjelir hingga ke perut, najis dan kencing sentiasa keluar dari perut mereka. Mereka adalah orang yang suka meminum arak.



Semoga kita tergolong dalam golongan yang segera menginsafi diri dan

bertaubat di atas dosa dan pengkhianatan yang dilakukan terhadap sesama

manusia.

SUMBER :http://tazkirah.blogdrive.com

YA ALLAH..andai aku lemah, kuatkan aku.....

bulan ke dua anakku di alam rahim, kini cabaran makin bertambah..setiap pagi badanku akan lemah2 dan mual..muntah2 di awal pagi, tengahari, malam..cukup menyeksakan, apatah lagi kelas yang setiap hari sehingga petang.Inilah cabaran, akan ku tempuhinya dengan kekuatan..Ya Allah..berikanlah ku kekuatan...

Saturday, December 5, 2009

...selangkah menuju kejayaan...

hati berdebar2 saat membuka laptop, connect to the internet dan bukak laman web IIUM untuk mengetahui result exam sem lepas..sudah 3 minggu berlalu, kenangan belajar bersama sahabat2 di sem lepas masih segar di ingatan..


Jari jemari meng"klik"




HTTP://WWW.IIU.EDU.MY





STAFF & STUDENTS




EXAMINATION RESULT



NO MATRIK ~Di isi
No PIN ~Di isi


NUR AININA BT ABDUL KHALID

BACHELOR OF HUMAN SCIENCES, ENGLISH LITERATURE & LINGUISTIC


3.613, REMARKS : DEAN'S LIST


Alhamdulillah,
mendapat dean's list adalah suatu perkara yang sangat menggembirakan..
hadiah buat ibu bapa, hadiah buat suamiku, hadiah buat keluarga..
syukran Ya Allah...

geMbiRa haTi......(^^)


Gembira hatiku menjadi isteri

Apabila dapat menjadi makmum suami di rumah mahupun di masjid

Mendengar bacaan quran suami di corong masjid tatkala dia menjadi imam

Menjadi pengikut setia suami ketika beliau member kuliah subuh dan maghrib

Menjadi teman perkongsian ilmu suami tatkala persediaannya menyampaikan kuliah

Apabila membasuh baju suami dengan tangan sendiri lantas dia berkata, “wanginya”

Apabila meng’iron’ baju suami lantas dia berkata “kemasnya”

Apabila mengemaskan biliknya lantas dia berkata “bersihnya”

Apabila berhias untuk suami lantas dia berkata, “cantik isteri abang”

Apabila memasak untuknya lantas dia berkata, “sedapnya isteri abang masak”

Apabila membantunya dalam kerjanya lantas dia berkata, “isteri abang pandai”

Apabila mendapat pemberian darinya lantas dia berkata, “tanda kasih sayang abang”

Apabila memberikan hadiah kepadanya lantas dia berkata,”terima kasih isteriku”

Apabila mengandungkan zuriatnya lantas dia berkata, “trima kasih sayang, abang sayang ain dan bakal anak kita”

Apabila menjadi teman hidupnya lantas dia berkata “abang bertuah dapat sayang.Kan ku bahagiakanmu hingga akhir hayatku”

Nukilan dari pengalaman selama 3 bulan menjadi isteri~Munajatmahabbah.blogspot.com~

MAKIN RAMAI REMAJA TIDAK MEMPERCAYAI TUHAN


Siasatan ekslusif yang didedahkan oleh Majalah Al-Islam edisi Zulhijjah 1430 H bukan lg satu perkara yang mengejutkan ana. Malah, dalam fatrah zaman teknologi yang canggih dan kehidupan serba moden dengan pengabaian terhadap didikan agama menjadikan ia factor utama ketidakpercayaan kepada Allah.persoalan2 yang patut diutarakan :-

Dimanakah iman mereka?

Apakah didikan islam sudah cukup diterapkan dalam jiwa mereka?

Bagaimana kehidupan keluarga mereka?apakah ibu bapa mereka mengambil berat hal agama?

Sejauh manakah aplikasi ketinggian akhlak dlm diri mereka?

Pergaulan dengan rakan2?bagaimanakah akhlak rakan mereka?

Media massa?internet?handphone?dan teknologi2 yang lain?

Benarlah, akhlak berkait rapat dengan iman..darimana ingin perolehi kemanisan iman? Dengan cinta kepada Allah dan Rasul dan ketaatan kepada keduanya..bagaimana mencintai Allah? Lakukan suruhanNya dan tinggalkan laranganNya. Bagaimana pula untuk mentaati Rasul? Ikuti ajaran Rasulullah, turuti sunnahnya..namun andainya didikan agama jauh ditinggalkan, di manakah anak2 akan dapat mengenali Pencipta dan Pesuruh Allah?

“Puas sudah usaha yang dilakukan. Berdoa, dan memohon perlindungan Allah setiap kali selesai solat namun nasibnya tetap sama, tetap menjadi nafsu serakah abg kandungnya yang sentiasa mengambil kesempatan ke atas dirinya. Walaupun telah diadukan kepada ibu, namun dia pula yang dimarahi dan dituduh mereka2 cerita. Ibunya tidak mempercayai kisah peritnya dirampas kehormatannya oleh abang kandung sendiri. Apa lg kudratnya, lalu difikir2..Kalau Allah itu wujud, kenapa tidak mahu menyelamatkannya?”

Inilah salah satu rintihan seorang gadis yang merupakan antara penghuni di SIDIM (Pertubuhan Sahabat Insan dan Iman Malaysia) yang akhirnya menafikan kewujudan Allah.Lalu, dia memilih untuk menjadi seorang ateis (tidak mempercayai Tuhan). (Majalah al-Islam, m/s 26, edisi Zulhijjah)

Sahabat sekalian, wajarkan gadis ini memilih jalan itu sedangkan masih ada jalan yang bakal memberikan sinar baru dalam hidupnya.Benarkah menjadi ateis satu2nya penyelesaian untuk dirinya yang telah dicabul kehormatan oleh abang kandung sendiri? Apakah yang dia dapat setelah menjadi Ateis?kebahagiaan diri?kepuasan?penyelesaian kepada masalah? Tidak wahai sahabat..masalah tidak akan selesai dengan memilih jalan yang terpesong dr landasan islam.

Perkara pertama yang perlu diketahui di sini adalah konsep Tawakkal kepada Allah. Konsep tawakkal menekankan ikhtiar yang bersungguh2 , usaha sehabis daya, lalu berdoa kepada Allah dan bertawakkal kepadaNya. Pd kisah gadis yang disebutkan td, di mana usahanya untuk mengelakkan diri dari dicabul abangnya? Hanya mengadu kpd ibunya yang menuduhnya mereka cerita?cukupkah?tidak..seharusnya dia cuba jalan lain memandangkan ibunya tidak mempercayainya..Jabatan Agama ada di setiap negeri di Malaysia, malah pejabat polis tidak kurang banyaknya ada di setiap daerah.mengapa tidak diadukan hal itu kepada pihak berkuasa lantas mereka akan mengambil tindakan sewajarnya.mengapakah gadis ini terus menyalahkan Tuhan tidak membantunya sedangkan konsep ikhtiar tidak digunakan..Allah mengurniakan pd nya keupayaan, kekuatan, dan pancaindera untuk digunakan dan otak untuk berfikir. Kita tidak seharusnya melimitkan pemikiran kepada jalan yang salah..Lihat pada analogi manusia dan makanan. Apakah makanan akan datang sendiri tanpa manusia itu berusaha untuk mendapatkannya?Malah, untuk memperolehi makanan, kita harus membeli lauk pauk, menanak nasi, memasak di dapur yang mana usaha dari diri kite diperlukan tidak hanya duduk bersenang lenang tanpa usaha. Islam menyarankan usaha yang bersungguh2 untuk sesuatu. Di sinilah terbitnya konsep jihad yang dipraktikkan sejak zaman Rasulullah s.a.w lagi..wallohua’lam. sekadar perkongsian rasa dr qalam munajat mahabbah

Monday, November 30, 2009

_____Ahlan Wa Sahlan________

Allah yang menciptakanmu..
kini dikau bakal menyinari hidup ummi dan walid..

Ahlan Wasahlan wahai insan baru..
yang lahir dengan cinta tulus suci..

dan kalimah syahadah pd saat akad nikah..

terharu atas kurniaan Ilahi ini..

Alhamdulillah..

Ya Allah..

jagailah ia..

semoga dia
bisa menjadi insan soleh bak perwira..
segah
nama yang bakal diberikan..

Sunday, November 29, 2009

sebuah tanggungjawab baru


-giliran pulang beraya-kini ana baru merasainya...bagaimana kehidupan baru sebagai sepasang suami isteri yang perlu bertoleransi dalam pulang ke kampung halaman masing2...

jadi, sebagai konklusinya, setelah berbincang, hari raya pertama untuk raya haji di Kelantan, setelah itu, pd hari raya pertama jugak di sebelah petang pulang ke Kedah..asalnya zauj nak duk di kelantan lama tp memandangkan ada kerja di Kedah jd terpaksa pulang d hari raya pertama ke kedah..jd kepada mereka yang akan mendirikan rumahtanngga, bersiap sedialah..(^^) dan untung gak kalau kampung masing2 dekat..x perlu susah2 jalan jauh..apepun, jauh perjalanan luas pengalaman...

-musyawarah- betapa pentingnya konsep yang diajarkan oleh islam ini agar diaplikasikan ke dalam kehidupan kita. Dengan musyawarah dapat mencapai kesepekatan dan memuaskan hati semua pihak..kalau masih ada yang x puas hati perlu dilluahkan agar x disimpan..kadang2 sebagai perempuan, emosi lebih banyak digunakan waktu berbincang berbandingkan pemikiran..macam ana gak..kadang2 kita merasakan pendapat kita betul sedangkan mungkin ada sedikit kesilapan..so...learn from experience..(^^)

...wajah yang berseri dan rezeki...


Abu Yazid Al Busthami, pelopor sufi, pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut.Dengan murung lelaki itu mengadu,"Tuan Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tak pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang lain sudah lelap, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki. Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?" Sang Guru menjawab sederhana, "Perbaiki penampilanmu dan rubahlah roman mukamu. Kau tahu, Rasulullah SAW adalah penduduk dunia yang miskin namun wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria. Sebab menurut Rasulullah SAW, salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga kepadanya." Lelaki itu tertunduk. Ia pun berjanji akan memperbaiki penampilannya. Mulai hari itu, wajahnya senantiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar, tanpa mengeluh. Alhamdullilah sesudah itu ia tak pernah datang lagi untuk berkeluh kesah. Keserasian selalu dijaga. Sikapnya ramah,wajahnya senantiasa mengulum senyum bersahabat. Rupa mukanya berseri. Tak heran jika Imam Hasan Al Basri berpendapat, awal keberhasilan suatu pekerjaan adalah roman muka yang ramah dan penuh senyum.Bahkan Rasulullah SAW menegaskan, senyum adalah sedekah paling murah tetapi paling besar pahalanya. Demikian pula seorang suami atau seorang isteri. Alangkah celakanya rumah tangga jika suami isteri selalu berwajah tegang. Sebab tak ada persoalan yang diselesaikan dengan mudah melalui kekeruhan dan ketegangan. Dalam hati yang tenang, pikiran yang dingin dan wajah cerah, Insya Allah, apapun persoalannya nescaya dapat diatasi. Inilah yang dinamakan keluarga sakinah, yang didalamnya penuh dengan cinta dan kasih sayang..

Tuesday, November 10, 2009

~khas kepada adik2 yang akan hadapi exam~


assalamualaikum warahmatullah...

Dalam fatrah kehidupan seorang pelajar, kita tidak dpt lari dr exam...exam..dan exam.. peperiksaan... Namun ia suatu jalan untuk menilai di mana kedudukan kita pd peringkat seterusnya..

Bagaimana mahu menjadikan belajar hanya untuk Allah dan bukan semata2 exam??
Capailah kejayaan yang gemilang, naikkan nama Islam dengan kejayaanmu...BUKTIKAN bahawa seorang muslim/muslimah mahupun hafiz/hafizah walaupun menuntut ilmu di sekolah Ugama Arab, namun mampu menjulang nama Islam !
Berikanlah kegembiraan kepada ibu bapa dengan kejayaan anda dan kita semua.. Sama2 lah kita jadikan ilmu2 yang kita pelajari yang mana bermanfaat sebagai pegangan di dada.. Hadapilah segala cabaran dengan hati terbuka...jadikannya sebagai pengalaman yang mendewasakan.. Jangan lupa mengamalkan amalan tertentu sebelum, semasa, dan selepas menjawab peperiksaan..Ingatlah pergantungan kepada Allah merupakan jalan terbaik sebagai seorang muslim...

amalan2 yang boleh diamalkan:-
(1) sebelum exam

>>> berwudhuk (sucikan hati dr segala sifat2 mazmumah, berikanlah kesegaran kepada mental & fizikal) >>> zikir subhanallah wal hamdulillah wa laa ilaaha Illallah wallohuakbar (zikir dapat meransangkan minda dan mententeramkan jiwa) >>> tarik nafas secara dalam2 sebanyak 3 kali (kemasukan oksigen ke dalam otak menjadikan seseorang akan berasa segar dan cerdas) >>> masuk dewan peperiksaan menggunakan kaki kanan, bacalah Bismillahirrohmaanirrohiim dan selawat kepada Rasulullah..tetapkan niat agar Allah menerima amalan ini... >>> sebaik sahaja duduk di tempat duduk, bacalah al-fatihah diikuti dengan ayat kursi, ayat penerang hati dan ayat seribu diinar >>> setelah selesai, selawatlah sebanyak2nya

(2) semasa exam

>>> sebelum membelek kertas exam, tadahlah tangan seketika memohon doa kepada Allah..mulakanlah dengan puji2an kepada Allah, selawat keatas junjungan besar Rasulullah, dan pohonlah kemudahan dalam menjawab exam dan kejayaan yang cemerlang..(masa kita tidak rugi dengan berdoa malah ia menambah keberkatan masa) Ayah ana telah mengajarkan doa untuk dibaca semasa exam:-
"Rabi Yassir walaa tu'assir, Rabbi tammim bilkhair" "Ya Tuhanku, permudahkan bagiku dan janganlah Engkau payahkan bg ku. Ya tuhanku, perlengkapkanlah ia dengan kebaikan"
>>>
mulakan dengan membelek satu persatu, check soalan2 supaya tidak ada yang tersalah cetak, lantas mulakanlah dengan basmalah.. >>> Jangan lupa berinteraksi dengan Allah semasa menjawab exam..bagaimana?? Sekiranya bertemu soalan2 yang mudah, katakanlah dalam hati "Alhamdulillah Ya Allah, soalan ni Kau permudahkan bg ku, aku yang hina ini bersyukur padamu atas kurniamu Ya Allah" Seandainya ada menghadapi soalan susah, katakanlah " Ya Allah, tunjukkanlah aku cara untuk menjawabnya, berikanlah aku hikmah dan idea2, sesungguhnya Ilmu dan kekuasaan milikmu Ya Allah" >>> Jangan gopoh dalam menjawab exam..ketenangan hati dan fikiran itu penting(^^)

(3) Selepasa exam
>>> Bacalah tasbih Kaffarah >>> Ucapkanlah syukur pada Allah

~sama2lah kita mengamalkannya~sekadar perkongsian amalan yang dititip dari mutiara2 hikmah ayahanda tercinta, guru2 dan penceramah terkemuka.....

Monday, November 9, 2009

Mutiara indah ~Hikmah Ayat seriBu Dinar~

"Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkanlaranganNya), nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya). Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang di ketiap-tiap sesuathendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap2 sesuatu."

masih ana ingat waktu ana di Tingkatan 2 Maahad Syamsul Maarif, seorang ustazah yang ana hormati, Ustazah Mahizon sentiasa memberi peringatan2 berguna dan kisah2 menarik...
Salah satunya tentang kisah benar hikmah ayat seribu dinar...
Beliau menceritakan tentang seorang gadis Malaysia yang belajar di Mesir telah dikejar oleh Pak arab di sebuah jalan yang sunyi. Gadis itu berlari2 untuk melepaskan diri..namun akhirnya dia hanya menemui jalan mati...sekelilingnya merupakan bangunan yang tertutup..Lantas gadis melayu itu membaca ayat seribu dinar dan meyakini kuasa Allah sepenuhnya...Dengan kuasa Allah yang Maha Pemurah lg Maha Mengasihani...tiba2 terbentang luas sebuah jalan dari dalam bangunan tersebut padahal sebelumnya jalan mati...gadis itu mengambil kesempatan untuk melepaskan diri tanpa berfikir panjang...dan pak arab yang kejar dia tak dapat nak tangkap dia..
alhamdulillah, gadis itu berjaya menyelamatkan dirinya dan pulang ke rumahnya....esoknya dia ingin memastikan tentang keadaan bangunan itu kerana kehairanan bagaimana ada jalan yang besar secara tiba2 lalu ditemani kawannya, mereka melihat kembali tempat itu..sungguh ajaib bila mendapati di sana benar2 jalan mati...di sini terbuktilah kuasa Allah yang Maha Agung...
benarlah, Allah menurunkan Al-Quran sebagai mukjizat dal juga ayat2 tertentu yang penuh dengan kelebihan tersendiri..~Wallohua'lam~

....Exam...

assalamualaikum warahmatullah..

alhamdulillah, i have been going through 2 subjects for final examination paper which are :-
(1) Revelation as a Source of Knowledge
(2) Introduction to Linguistic

there are 3 more subjects of final exam that i have to face and strive for the excellence this week. After this insyaallah i will be free and my life become normal..Right now, we ( my friends & i) always with book anywhere we go..

The last 2 papers can be considered as easy, alhamdulillah... thanks a lot to our beloved lecturers, Mdm Norbani Ismail & Miss Maimunah...

I am quiet happy answering the Revelation as a Source of Knowledge examination paper, due to the fact that all the answer in the question is in the mind. Alhamdulillah, a feel very grateful to Allah because of his Mercy and the gifts of "fast & long term-memorizing" for this small creation. Alhamdulillah..despite of a limited time to study as i have to fulfill my responsibility as a wife to clean the husband's house, wash his dress, cook and so on, Allah give blessing from all of this...Alhamdulillah...

Last night, my husband accommpany me to study..when he is in front of my eyes, my spirit to study become harder and harder... i will never bored looking at his cute & handsome face..but it gives me miscellaneous inspiration and powerful attemption..that's why i love my husband so much..When i am reading the Linguistic book and using my pen to write something, he romantically feeding the dinner for me with his own hand...the moment is very romantic, calm, and full of happiness and enjoyment..

In this early morning, while i got to prepare myself to go to UIA, my husband reads the notes for me..even he did not have any idea about what the topic is all about, but he tried his hard to read it to me...i feel glad and great having a husband like Muhammad Husaini..

While in UIA, before entering the examination hall, i got a mobile message from my husband, in which he text me that he had already pray "solat hajat" for my success and smoothness during the answering final exam's questions..alhamdulillah...Allah makes it easy for me and for my love..

For mum & dad, i will give present for both of you with my success...
i love mum & dad & my family..
i love my husband & his family..

Wednesday, November 4, 2009

AL-KisAh budAk2 nGonot & kiuT..

alhamdulillah, happy rasanya bergelar ibu saudara nie..dapat 2 org anak saudara sekaligus lak tu..tambahan lagi, sorang boy & sorang lg girl...


ni gambar si comel Hasnaa'...dilahirkan di Tumpat..anak abg Zul& Kak Lah


Hasnaa' mase baby suka tidur n tidur n tidur je..pastu nangis nak susu..hehe..gambar hasnaa' tak banyak sgt sebab duk jauh...nanti auntie amik lg banyak2 ye..cayang hasnaa'(^^)





ini dia baby Muhammad Rushdan yang comel n kiut..mse dia baby ni..suka tidur gak tp jaga malam..cian abah dia.Rushdan anak abang Ngah & Kak Ity


gambar2 di bawah ni merupakan gambar2 terbaru Rushdan, baru shj diambil 2 hari lepas mase auntie dia g jalan2 Kajang bersama Uncle nye.....

rushdan dah pandai senyum n tegur2 org dah..
bulat sangat nampak......:)
rushdan bersama pak cik Zul..pastu lama2 dia nanges...

nampak sihat nye budak bulat niiiiiii

LovEly preSent fRom my husBand

syukran kpd zauji yg menghadiahkan sebuah frame dengan kata2 y indah 2 hari lepas..

dan juga hadiah cincin berlian sempena ulangtahun perkahwinan yang ke-sebulan (^^)

kata2 yang tertulis dalam ni sangat indah..bait ayat yang amat mengharukan..


cincin berlian dari encik zauji sempena anniversary ke sebulan(^^)

Tanggungjawab melebihi masa yang ada?

Tak cukup masa?

Statement “x ada masa” “ x cukup masa” “sibuk memanjang” merupakann statement2 yang biasa didengar dari pelajar2 mahupun pekerja. Tidak kiralah di peringkat Universiti atau sekolah menengah. Pengurusan masa yang tidak dititikberatkan akhirnya mengundang padah apabila sesuatu perkara yang penting tidak dapat diselesaikan pd waktunya.

Sahabat2, percayalah..apa yang kita lakukan di zaman pembelajaran ni akan kita bawa ke alam pekerjaan. Sekiranya kita sentiasa bersikap positif, maka insyaallah di alam pekerjaan nanti tiada masalah. Namun, jika sebaliknya…who knows what will happen?

Penekanan pd memahami konsep masa ini amat dititik beratkan dalam islam sebagaimana firman Allah dalam surah al-‘asr..semuan dah tahu tentang hal ini kerana kita dilatih sejak kecil lagi untuk membaca surah al’asr sebaik sahaja habis pembelajaran atau selepas mendengar mana2 ceramah..

Apakah faktor2 yang membawa kepada “tidak cukup masa???”

(1) >>>>>>>Tidak pandai urus masa

(2) >>>>Suka menunda kerja

(3) >>>>>>>>Sengaja tunggu last minute

Faktor2 di atas merupakan “musush” kepada masa..so tangganilah dengan bijaksana…rancang apa yang akan kita lakukan sebaik sahaja bangun dr tidur..atau, malam sebelum tidur lg, fikirkan apa yang akan dilakukan pd keesokan hari..yang paling penting..jangan lupa bahawa hidup ini adalah kerana Allah..dunia merupakan persinggahan menuju hari akhirat..so..isikanlah hari2 anda dengan benda bermanfaat…sekiranya anda membuat jadual harian, semak jadual sebetul2nya, dan jangan lupa di isi waktu2 bersama Pencipta…(solat sunat, membaca quran, zikir dll…)

Tuesday, November 3, 2009

alBum PerKahwINan



setiap kali bukak laptop..mata x jemu2 membuka folder "yaumussa'ied lil'aruus".. x pernah boring walau dah tengok berpuluh2 kali....(^^)


ana & zauj

menjadi guru tasmi' encik zauji d tepi tasik



encik zauji sedang muroja'ah sorang2...(sambil posing kot)



semasa jalan2 di Pusat Peranginan yang berangin pastu hujan..



..di Taman Tasik Kepong lg..


jalan2 d zoo negara.p/s..spek tu hanyalah dipakai mase posing shj..masa jalan x pun...


masjid tempat zauji jd Imam..di Bandar Tasik SeLatan..menjadi makmumnya pd ujung minggu dah jd rutin mingguan..


my husband's house in front of the mosque (quarters imam)

buat dia yang bernama suami..

Alhamdulillah..
ana bersyukur sangat2 pd Allah..
menciptakan Muhammad Husaini sebagai jodoh ana..
menjadikan dia suami ana di dunia ini..
moga dia juga peneman ana di akhirat nanti..
ana bahagia bersamanya..

kini, dah 1 bulan 10 hari kami bernikah...

alhamdulillah..
hati kami lebih tenang..
mungkin ini yg Allah janjikan..."sakiinah, mawaddah & rahmah "
alhamdulillah..
ana bersyukur sangat2..
kerana hafalan quran kami lebih terjaga..
moga menjadi semakin baik..
bila bertemu..
pastinya dia menjadi guru tasmi' ana...
dan ana pun guru tasmi; dia..(^^)
indahnya hidup ini..jika mahabbah hanya kerana Allah...
terima kasih zauji..
kerana menerima ana seadanya..
tidak pernah sekalipun zauji memberi komen, mengkritik, atau cuba mengatakan suatu yang ana tidak suka,
malah bahasa dan tutur katanya amat terjaga..
mungkin kerana tugasnya sebagai guru agama dan imam masjid menjaga tingkah lakunya..
tp ana minta maaf kerana manja yang teramat sangat..
dan kadang2 nakal yang terlebih..
tp zauji tetap layan je..macam cara layan baby jer :p
comelnyer....
Ya Allah....
...........................................Alhamdulillah..............................................

~TetAmu diHorMati~syukran atas persinggahan(^^)

~jalinan ukhuwwah~