semoga bahagia dunia akhirat

semoga bahagia dunia akhirat
~di bawah jalinan suci ikatan perkahwinan~
Iman bukan sekadar angan-angan, tetapi adalah sesuatu yang diyakini dalam hati dan dijelmakan dalam bentuk amal, dan sekiranya ajal itu dinampakkan kepada kamu pasti akan porak porandalah semua cita-cita.. pengalaman adalah cermin kegagalan dan penilaian terhadap segala kekurangan.. -Saidina Abu Bakar R.A.

Friday, April 23, 2010

"pandai dan cerdik anak baba nie ye"

ni la ayat yang suami ana gtau kat ana setiap kali ada perkembangan terbaru pasal baby.. dan insyaallah minggu depan masuklah umurnya 6 bulan dalam kandungan..tup2..anugerah Allah ni makin membesar dengan aktifnya.

perkembangan terbaru, baby suka sangat2 tidur lewat..semalam jam 1.30 a.m..die still galak lg menendang, berpusing, menyiku dan seumpama dengannya..kdg2 bile die menggeliat tu boleh rasa cz tegang jd tummy. cuma ana still x leh bezakan lg mane siku atau kakinya..hehe..seronok tp kdg2 tidur terganggu. ana risau kalau2 mengiring nanti tertindih kaki babyke, tangan die ke..cz kdg2 bile mengiring dapat rasa tendangan berkali2 kat tilam.nak tidur biase, x selesa..so sabar aje la..bile die sah senyap dalam tummy tu, leh la ana tidur dengan lenanya..tp die suke bangun awal..jd awal2 lg ana terjaga. kalau ana citer sume ni kat suami mesti die akan ckp "pandai dan cerdik anak baba nie"

kdg2 ana tergelak sorang2 bile rasa die berpusing, sampai benjol2 tummy dibuatnya..comel betul..

tp yang pelik bin ajaib nye, baby sangat mendengar kate2 baba nye, setiap kali baba kol (maklumlah skg kami berjauhan) dan bg nasihat suh duk diam2 dan jangan kacau mama, jd baby akan diam terus.. tp lama2 die start galak balik..ish2..

p/s: can't wait to see you my baby..(^^)

Wednesday, April 21, 2010

sebuah lagi kelahiran



NUR ANIS QISTINA RAUDHAH

Dilahirkan pada Ahad, 18 April 2010
merupakan anak ke enam bg ibu saudaraku sebelah ma (Su-Tie)
berat 3.59 kg, comel sangat2..tp sorry x dpt upload gambar lg..
semoga Qistina terus membesar dalam suasana islam dan iman..

bila tengok baby yang baru dilahirkan, rasa seronok dan tenang sangat2..
ish..x sabar lak nak tengok dan tatap wajah anak tersayang ni..
Ya Allah, jagailah ia sebaiknya...amiin..(^^)

Friday, April 16, 2010

~Darul Mahabbah menanti kami~

assalamualaikum warahmatullah..
kepulangan ana di kedah selama 5 hari disambut baik oleh keluarga mertua. Setelah itu, ana memohon keizinan suami untuk pulang ke kelantan bg mengambil langsir yang bakal menceriakan Darul Mahabbah kami.."Darul Mahabbah"..ye, itulah nama yang ana dan suami berikan pd teratak kami yang terletak 10 minit dr UIA..Rumah yang berada dalam kawasan Madrasah Tahfiz ini cukup menyejukkan mata memandang.mungkin kerana kawasannya di tempat kalimah2 Allah dibaca dan dimasukkan dalam hati pelajar2 sini..tuan rumah lak, alhamdulillah, sangat2 baik..masih muda lagi dan seperti kami, sedang menantikan kehadiran anak pertama yang bakal menyinari hidup sepasang suami isteri.
Cadangnya kami ingin menduduki Darul Mahabbah pd hujung minggu ni (esok)..tp memandangkan ana masih belum dapat plang lg ke Kuala Lumpur jd suami membuat keputusan untuk mngemas terlebih dahulu dan meletak barang2 di Darul Mahabbah. Ana mengiyakan sahaja..kalau ana ada pun, ana pastinya dilarang untuk melakukan kerja yang berat2 apatah lg memunggah barang2..
tak sabar rasanya mahu menduduki rumah baru dan membina kehidupan baru...(^^)
insyaallah..semoga Darul Mahabbah ini bakal dipenuhi kasih sayang seperti namanya.

Thursday, April 8, 2010

......Sardin.......

perbualan semalam..dekat2 maghrib..sebenarnya ana dah makan nasi tengahari, dan roti petang..tp malam rasa lapar lg..jd mengadu manja ka kat abang konon2nya...tp memang ana xde selera nak makan benda lain coz asyik teringat sardin je..(mengidam ke?hehe)

abang :"yang nak makan ape nanti? abang masakkan ye? ke nak abang beli ape2 "

ana : "sardin.."

abang : "aik, sardin? tak nak ayam ke? makanan bergoreng?"

ana :"tak nak bang, nak sardin je..yang tak lalu nak makan benda lain"

abang :"nak makan sardin sahaja ke? xnak nasi?"

ana :"nak makan nasi dengan sardinla bang, lapar.."

abang :"ok, abg jadi imam maghrib malam ni kat masjid, lepas tu abg kena bg kuliyah, pastu jd imam isyak terus.lepas solat isyak abg g bli sardin kat yang ye.pastu abang masak."

ana :"ok.tak nak abang masak.yang nak masak sendiri.kalau abang masak abang letak gula.yang tak suka masak letak gula.."

abang :"ye2..nanti yang masak sardin.abang masakkan nasi"

mungkin mengidam..atau mungkin gak coz boring dah makan ayam..ikan pun tak nak..jd teringin nak makan sardin..tp seriously, kalau perempuan mengandung mengidam, dia memang tak lalu nak makan benda lain sampaila apa yang diidamkan tu dapat..ish2..

skg bila kandungan 5 bulan, alhamdulillah ana dah dapat sedikit selera makan.kalau sebelum ni memang tak lalu langsung nak makan.kalau makan rasa nak muntah..kecualilah kalau makan masakan ma, tak rase nak muntah lak..jd bile kat umah d kelantan, memang lalu makan x kira di awal kandungan atau bulan bpe pon..sbb tu ma ckp "bagusla takder alahan..kalau setengah org lain kna masuk hospital coz muntah teruk2.." hehe..sebenarnya kat rumah di kelantan memang ana takder alahan..Wallohua'lam..tak tahu kenapa..tp bila balik UIA dulu..ish2..seksa sangat2..pg petang muntah..begitu jugak kalau balik umah suami sampai dia pun risau dan sedih tengok isteri asyik pening dan muntah2..

ana harap chek-up bulanan 19 hb 4 ni, berat badan dah lebih 45 kg..harap2nye..amiin..
coz asyik kna sound je berat badan tak cukup..tp nasib baik tiap2 bulan naik walaupun sekilo setengah..jd nurse tak la marah sangat..at least dalam keadaan morning sickness dulu ana dah usaha makan walaupun tak lalu..

ok, insyallah esok pulang ke Kedah rumah mertua..seronok sangat bila balik Kedah ni, alhamdulillah..ayah mertua dan mak mertua sangat menyayangi menantunya ni...hehe(^^)
ummi sendiri minta suruh balik..rindu kat menantu ngan cucu ye umi..:) haritu ada tetamu datang melawat waktu ana dan suami kat kedah..saudara mara abah..ummi ckp depan2 diorang ,"ni la menantu kesayangan abah.." waktu tu abah senyum je..ana lak tersipu2 malu..hehe..tp abah memang baik..abah orangnya lemah lembut, suara pun slow je kalau bercakap..selalu bg nasihat, tunjuk ajar dan selalu suh baca quran..alhamdulillah ana dijodohkan dengan anak mereka dan menjadi sebahagian dr family ni.

teringat lak kat ma & ayah di kelantan..
nak balik kelantan gk insyaallah..

Tuesday, April 6, 2010

baby, kite dah bercuti..!!!



alhamdulillah....
happy sangat..
lepas exam akhir td, rasa nak melompat2 lak..
beginilah perasaannya tiap kali lepas habis exam..
apatah lagi bila cuti panjang bakal bermula..
alhamdulillah..
seronok rasanya..
perjuangan selama 4 bulan di bumi uia untuk tahun pertama sudahpun selesai..
namun perjalanan masih jauh..
masih ada 3 tahun lagi..
dan 3 tahun lagi itulah..
hidup ini bakal direalisasikan bersama insan baru..
subhanallah..
masa yang berlalu..
sungguh menggamit rindu..
ana rasa gembira sangat..

ada 4 sebab :-
1. dah habis exam dan start cuti, dapat selalu bersama husband.
2. minggu depan nak masuk rumah baru
3. nak balik kampung kelantan dan kedah
4. leh tumpu perhatian nak jaga kesihatan diri dan baby (maklumlah sebelum ni bz study)

MERDEKA! itulah laungan tiap kali leps exam (laungan dalam hati je)

Friday, April 2, 2010

terhibur dengan gerakan

assalamualaikum warahmatullah..
sebenarnya sejak 3 minggu yang lepas lagi ana dah mula rasai gerakan baby dalam perut..
bukan ana sahaja, malah suami turut gembira tatkala dia dapat merasai baby menendang dan bergerak..ana suka suruh suami letak tapak tangan atas perut tiap kali baby menendang dan bergerak..pastinya suami kelihatan excited dan puji2 baby nya..
bila dapat rasai pergerakan baby, rasa sangat2 tehibur..malah ia pengalaman yang sangat indah..alhamdulillah..bersyukur pd Allah yang menggerakkan dan menghidupkan nyawa baru ini..alhamdulillah..
skg ana dah perasan waktu mana baby bangun, waktu mana baby tidur..mengikut pembacaan ana, bila masuk 4 bulan, baby akan mempunyai waktu tidur dan jaga seperti mana bila dia dilahirkan nanti..kdg2 dia akan jaga awal..pukul 5.30 pagi..dah mulai rasa tendangan, gerakan2 yang agak kuat..dan bila gerakan2 ni tak sop2 lg..ana akan terjaga dr tidur dan x dpt tidur dah,sampaila lepas solat subuh semua..kdg2 baby akan diam balik pas solat subuh..tp kdg2 tak jugak..
masa 1st exam..tak tao kenapa, baby sangat2 excited kot mama dia dan dia nak amik exam..hehe..dalam dewan exam, start dr kul 9 pagi..baby asyik menendang jer,aduhai anakku ni..geram rasa nak cubit2 pipi dia..hehe..hilang kekhusyukan nak jawab exam coz duk bercakap lak ngan baby..mesti pengawas exam tu ingat ana terputus wayar ijau..ala..tak cakap kuat pon..bisik2 je..dan ckp lam hati ngan baby..minta dia duk diam dan jawab exam mama dengan baik..:)
seronok lak bila ada peneman dalam dewan exam..insan bernyawa lak tu..lepas lama2 baru dia diam, dah tertidur kot coz mama dia duk perah otak jawab soalan demi soalan exam..
kalau malam2..biasanya baby tak tidur awal..tak tahula..coz aktif pergerakan dia malam2..kadang2 sampai kul 12..bila dia dah tak bergerak (tidur la tu) baru ana leh tidur dengan nyenyak..kalau tak..layan je:)
ape yang pasti, bila dibacakan quran, baby duk diam..inysaallah, moga soleh anak mama dan papa ni ye:) kdg2 dia tengah gerak2..ana start bacakan quran..dia dah slow down..moga baby mengayati kalamullah..amiin..
tp kan...kalau mama tengok movie..hm..aktif dia gerak, apetah lg movie kegemaran mama, cerita action2 dan citer seram..hehe...baby pon seronok ye tengok..hehe..cian dier..sorry, takleh lepas kegemaran yg 1 ni..asyik nak tengok citer seram je..huhu..
2 minggu yang lepas, mcm biasa, chec out bulanan di klinik keajaan..nurse ckp kandungan awak dah masuk 5 bulan, so nak kna bg injection lak.."alamak!"..takutnye..last2 nurse tu lupe yang dia nak inject..hehe..pas buat check denyutan jantung baby, dengar saranan sikit, den nurse cakap leh balik...yeay! nurse lupa nak inject padahal dalam kad pink tu dia dah tulis injection dos pertama untuk kancing gigi..ape lagi, seronok la..terlepas kalini..tp apepun, suami suh ckp balik kat nurse tu yang dia lupa nak inject coz takut bahaya bila bersalin nanti kalau2 x inject ubat tu..jd sebagai isteri..ana iyekan..insyaallah..bulan depan dah bersedia ok bang!

ok..ni perkembangan baby minggu ni..(from baby center blog)



Your baby now weighs almost 430g, measures about 28cm long from crown to heel, and is proportioned like a newborn, albeit a thinner version since her baby fat hasn't yet developed.

Although she's getting heavier every day, her skin still appears wrinkled and translucent because she needs to gain more weight. Her lips are distinct and her eyes are formed, though the the coloured part (the iris) still lacks pigment. The pancreas, essential in the production of hormones, is developing steadily.

Even this early, the first signs of teeth appear in the form of tooth buds beneath her gum line. Before you know it, your baby will be born, and soon after, her first teeth will come through.

You've probably gained between 5.5kg and 7kg. Starting now, you'll begin to put on weight more steadily, averaging about 225g per week. You may crave certain foods and you may notice an increased (but not bloody) vaginal discharge. Both are a normal part of being pregnant.

p/s..ooo..dah 430 gram..patutla makin berat dah perut ni...nak imbang badan pun susah dah,baby dah berat ye..:)

~TetAmu diHorMati~syukran atas persinggahan(^^)

~jalinan ukhuwwah~