semoga bahagia dunia akhirat

semoga bahagia dunia akhirat
~di bawah jalinan suci ikatan perkahwinan~
Iman bukan sekadar angan-angan, tetapi adalah sesuatu yang diyakini dalam hati dan dijelmakan dalam bentuk amal, dan sekiranya ajal itu dinampakkan kepada kamu pasti akan porak porandalah semua cita-cita.. pengalaman adalah cermin kegagalan dan penilaian terhadap segala kekurangan.. -Saidina Abu Bakar R.A.

Thursday, April 8, 2010

......Sardin.......

perbualan semalam..dekat2 maghrib..sebenarnya ana dah makan nasi tengahari, dan roti petang..tp malam rasa lapar lg..jd mengadu manja ka kat abang konon2nya...tp memang ana xde selera nak makan benda lain coz asyik teringat sardin je..(mengidam ke?hehe)

abang :"yang nak makan ape nanti? abang masakkan ye? ke nak abang beli ape2 "

ana : "sardin.."

abang : "aik, sardin? tak nak ayam ke? makanan bergoreng?"

ana :"tak nak bang, nak sardin je..yang tak lalu nak makan benda lain"

abang :"nak makan sardin sahaja ke? xnak nasi?"

ana :"nak makan nasi dengan sardinla bang, lapar.."

abang :"ok, abg jadi imam maghrib malam ni kat masjid, lepas tu abg kena bg kuliyah, pastu jd imam isyak terus.lepas solat isyak abg g bli sardin kat yang ye.pastu abang masak."

ana :"ok.tak nak abang masak.yang nak masak sendiri.kalau abang masak abang letak gula.yang tak suka masak letak gula.."

abang :"ye2..nanti yang masak sardin.abang masakkan nasi"

mungkin mengidam..atau mungkin gak coz boring dah makan ayam..ikan pun tak nak..jd teringin nak makan sardin..tp seriously, kalau perempuan mengandung mengidam, dia memang tak lalu nak makan benda lain sampaila apa yang diidamkan tu dapat..ish2..

skg bila kandungan 5 bulan, alhamdulillah ana dah dapat sedikit selera makan.kalau sebelum ni memang tak lalu langsung nak makan.kalau makan rasa nak muntah..kecualilah kalau makan masakan ma, tak rase nak muntah lak..jd bile kat umah d kelantan, memang lalu makan x kira di awal kandungan atau bulan bpe pon..sbb tu ma ckp "bagusla takder alahan..kalau setengah org lain kna masuk hospital coz muntah teruk2.." hehe..sebenarnya kat rumah di kelantan memang ana takder alahan..Wallohua'lam..tak tahu kenapa..tp bila balik UIA dulu..ish2..seksa sangat2..pg petang muntah..begitu jugak kalau balik umah suami sampai dia pun risau dan sedih tengok isteri asyik pening dan muntah2..

ana harap chek-up bulanan 19 hb 4 ni, berat badan dah lebih 45 kg..harap2nye..amiin..
coz asyik kna sound je berat badan tak cukup..tp nasib baik tiap2 bulan naik walaupun sekilo setengah..jd nurse tak la marah sangat..at least dalam keadaan morning sickness dulu ana dah usaha makan walaupun tak lalu..

ok, insyallah esok pulang ke Kedah rumah mertua..seronok sangat bila balik Kedah ni, alhamdulillah..ayah mertua dan mak mertua sangat menyayangi menantunya ni...hehe(^^)
ummi sendiri minta suruh balik..rindu kat menantu ngan cucu ye umi..:) haritu ada tetamu datang melawat waktu ana dan suami kat kedah..saudara mara abah..ummi ckp depan2 diorang ,"ni la menantu kesayangan abah.." waktu tu abah senyum je..ana lak tersipu2 malu..hehe..tp abah memang baik..abah orangnya lemah lembut, suara pun slow je kalau bercakap..selalu bg nasihat, tunjuk ajar dan selalu suh baca quran..alhamdulillah ana dijodohkan dengan anak mereka dan menjadi sebahagian dr family ni.

teringat lak kat ma & ayah di kelantan..
nak balik kelantan gk insyaallah..

No comments:

Post a Comment

~TetAmu diHorMati~syukran atas persinggahan(^^)

~jalinan ukhuwwah~