semoga bahagia dunia akhirat

semoga bahagia dunia akhirat
~di bawah jalinan suci ikatan perkahwinan~
Iman bukan sekadar angan-angan, tetapi adalah sesuatu yang diyakini dalam hati dan dijelmakan dalam bentuk amal, dan sekiranya ajal itu dinampakkan kepada kamu pasti akan porak porandalah semua cita-cita.. pengalaman adalah cermin kegagalan dan penilaian terhadap segala kekurangan.. -Saidina Abu Bakar R.A.

Wednesday, October 6, 2010

PINDAH BLOG..

Blog ini berpindah kepada:-

http://www.aufahibriyah.blogspot.com

syukran jaziilan

Tuesday, September 7, 2010

Ianya satu pengalaman

esok cukup lah 30 hari umur Aufa..

assalamualaikum..


Aufa~buah hatiku~


sekejap je dah tembam~menyusu menyusu dan menyusu kejenye..

Mengandung
Alhamdulillah, tersenyum lebar dan hati seakan2 tak percaya dengan apa yg dilihat walaupun itulah yg diharapkan. Double Line pd pregnancy test membuatkan hati berbunga riang.Apatah lg ana sangat sukakan kanak2 terutama baby. Tak disangka, muntah2 dan pening ssepanjang perjalanan pulang untuk Hari Raya AidilAdha di Kedah merupakan petanda awal hadirnya insane baru dalam rahim ini. Malam itu, ana x sabar2 nak bagitau suami ana yang kebetulan pulang ke Kampung di Kuala Ketil dan ana tinggal dulu di rumah di Sg Petani bersama kaki par ana. Sebai sahaja suami menjengah di muka pintu, ana tersenyum2 dan berdebar ingin memberitahunya. Hajat nak msj sahaja tp mcm x best lak.. so lepas dia balik ana ajak suami ke bilik sebentar. Dia kehairanan melihat reaksi wajah ana yg tersenyum simpul..malu pun ada..hehe=D ana tunjukkan pregnancy test yg ada double line tu.. dia kehairanan coz x tahu nak baca ape erti double line tu,.maka ana tunjukkan guideline die..lepastu, matanya bulat melihat ana… hehe..”abang akan jd ayah..sua x?” ana bertanya.. dia seolah2 x percaya.. ana wat mua ala2 merajuk..dia kata..sangat2 gembira..kalau boleh melompat dia dah lompat2 kegembiraan..tp katanya kna wat pengesahan dengan doctor dulu coz takut x accurate even pregnancy test menunjukkan ketepatan 99%, ana mengiyakan shj.. andai benar, x sabar nak bagitahu keluarga..
Pengesahan dengan doctor menunjukkan ana sudah hamil lebih kurang 4 minggu. Gembira tak terkata sang suami dan keluarga mentua coz dah lama x terima baby. Beitu juga keluarga ana..coz ia merupakan cucu ke-3 bg kedua2 belah pihak.pengalaman sepanjang mengandung menguji kekuatan emosi dan fizikal, tp alhamdulillah Allah beri kekuatan. Kalau nak tulis pengalaman mengandung banyak la pulak..hehe…

KOntraksi
Ana x pernah merasai sakit kontraksi kecuali 2 minggu sebelum bersalin dan semasa nak bersalin. Braxton Hicks Contraction ana rasai sekali pd waktu tengah malam haritu..Ana tiba2 tersedar dr tidur coz sakit belakang, perut, dan pinggul yg agak kuat menyebabkan ana x dpt tidur.coz waktu tu kandungan dah 38 weeks, suami ana pun turut terbangun dan bersengkang mata urutkan ana. Ana melihat jam setiap kali rasa sakit dtg..melihatkan waktu yg tak tetap, maka ana andaikan sahaja ia adalah Braxtin Hicks Contraction..even suami nak bawak ana g hospital tp ana tak nak lg..sangat takut dengan jarum2..dan alatan hospital..ana pon x nak sgt wat VE..hehe..takut sngt lau kna seluk..

Sambung g Kelas
Walaupun tarikh due date dah dekat, ana tetap gagahkan diri ke kelas. Selepas Kontraksi main2 haritu ana dah x rasa sakit langsung..malah ana boleh jalan jauh2 dan naik turun tangga di tingat 4 untuk ke kelas..kadang2 ana sengaja naik tangga walaupun ada lif coz harap2 kepala baby masuk rongga pelvic, coz mase doctor check even dah 39 minggu kepala baby still tinggi…fuh..sangat takut kalo head not engaged…ni mybe gara2 berurut mase 8 bulan aritu..bidan tengok kepala baby dah turun dia angakat bg tinggi..even ana tahu kepala baby sulung memang cepat engaged..ana sedih x terkata..woooo…sampai 39 weeks kepala still tinggi…takuut.. tamao di operate,..takot sangat..hehe..jd ana sengaja jalan2 kuat, naik turun tangga coz doc kate ia membantu.2 hari sebelum due date ana tetap ke kelas dan ia merupakan kelas terakhir sebelum ana pulang ke Kg untuk “bersedia beranak”..hehe… lecturer2 dan kawan2 semua risau kot2 terberanak lam kelas..yela..2 hari lg due date..due date bukan betul sangat pon..just EXPECTED kan…tp ana relaks lg..ana kate bersalin mane2 pon ok…yela..kite kna bersedia menghadapi kemungkinan kan..hehe…

Pulang ke kampong
Yup…5 hb 8
Pg2 lg pukul 7.30 ana dan suami bertolak dr KL ke Kelantan..suami sengaja memilih jalan Raub-Bentong-Gua Musang coz banyak hospital tepi2 jalan tu..kot2 nak terberanak ke..hehe..lawak lak rasa..ana x sakit langsung pon..tengahari dah sampai kelantan..ingat nak wat balik baby dah..rupe2nye baby nak jd anak kelate dih…petang tu ana ajak suami g jogging lg..yup..jalan2 jauh2…exercise jalan kaki tepi taman…seronok….hehe…adala dekat2 setengah jam jalan kaki..cian suami lak..ana xpe..huhu..ana harap sgt kepala baby engaged..

6hb8
Wa..esok dah due….apesal baby takmao kuar2 lg nieh??/ keke…
Pagi tu sempat lg ajak suami g Pasar Tani coz ana nak cari buah jambu san sayur2 sikit… beli siit jer..jalan je banyak..memang aim ana nakk jalaaaaaaaaaaaaaaaaaaan je banyaaaaaaaak2……ana x sakit lg kat bawah..maknanya kepala baby x turun lg…wooooo..sadis2…
Petang tu ana cakap kat ma nak jumpa bidan lain(bukan yg urut ana mase 8 bulan tu)..ana nak minta dia ikhtiarkan bia kepala baby turun…… petang tu g jumpa bidan..panggilannya Mok Teh Esah.. hehe…dia sentuh2 poyot ana..dan tekan2 ..baca2 ayat quran, baca doa… dan dia cakap..”lor..kepala baby dah duk situu dah..dah duk bawah dah ni..” hehe….alhamdulillah… berbual2 dengan dia..dia Tanya adaq sakit2 pinggang x..ana ckp ada sekali dulu je..skg x sait langsung…”ish2…mek ni jenih mudoh beranok nieh..kalu nurun ma gak mudoh beranok la..meh urut2..puuh..bia male2 ni ko esok beranok la deh..dekat due pon x saket gapo2 mudoh la beranok”dia pon bg tips gak mcmana nak dudu mase nak bersalin tu..hehe..malu2..

Malam tu..dekat2 nak tido kul 11 lebih..ana asyik rasa nak buang air kecil je…baby sangat2 aktif malam tu..dapat rsa dia mengasak2 ke bawah.huh….sampai setiap 3- 5 minit rasa nak ..buang air je keje..jd keje malam tu ialah berulang alik ke tandas….rasa gak nak buang air besar to x nak lak..hehe…lepas tu dpt tido kejap walaupun baby sangat2 x duk diam..gera sane sini…hehe..x tao lak tu sign nak beranak dah..huhu…lepas tertido..terbangun lak dekat2 kul 3 kot..nak g buang air lg..berulang alik la ana ke tandas lg.. lepas tu x dpt tido coz baby kuat sangat gerak..ana mintak kebenaran suami nak bangun solat hajat n bace quran..suami bangun dan ckp nak temankan..ana ok jek..siap solat n bace quran..rasa nak buang air lg..ana g lagi…. Lepastu berwuduk dan sambung bce quran bali..ye r, dah x dpt tido….. ana bce quran dan letakkan air zamzam depan ana..pas siap bce ana minum air zam2 dengan slawat dan doa..ambi sikit sapu2 kat perut..dah rasa sakit sikit kat bawah..alhamdulillah…dah dpt rasa kepala baby dah engaged=D pastu ana ckp kat suami nak g klinik esok coz nak check kencing takut2 air kencing kotor coz kerap sgt nak buang air nieh..suami ok jer..pastu tibe2 rasa nak buang air besar..ana g tandas…teran2 x kuar pun “hasil”..hehe…tibe2 mase ana bangun….tik tik.. menitik darah kat tandas..ana tengok n terkejut..terus senyum..lam hati ckp “hehe..dah nak jumpa baby..sonoknyeeeee” mase nieh leh lg senyum2 gelak2 coz sakit sikit je baru…ana terus gtau suami..suamii terkejut dan nampa happy..ye r, malam tu dia duk pujuk baby suh kuar..hehe..suami suh gtau mak dan nak g hospital..jam menunjukkan pukul 5.30pg..ana ckp bia re tunggu ma bangun dulu.. lepas ma bangun Tanya ma, ma ckp lepas subuuh kite g hospital..coz waktu tu dah turun air dengan banyaknye..sakit kontraksi dah ade sikit2 baru..sempat lg breakfast..siap senyum2 dan gelak2 lg dengan suami

- - - - - - bersambung lg..part seterusnya lg best..hehe- - - - - -

Monday, August 30, 2010

Aufa permata hatiku

alhamdulillah...itulah kata2 sebaik sahaja terdengar tangisan si kecil ini setelah berhempas pulas berusaha untuk melahirkannya. Kesakitan yg dirasai terus hilang sepenuhnya malah perut tiba2 terasa ringan. Ana yg penakut terhadap jarum/ alatan hospital pd waktu itu tiba2 menjadi insan yg gagah melihat wajah seorang puteri yg dikandung selama 9 bulan. Tatkala nurse mencucuk sane sini dan menjahit luka yg agak banyak, ana hanya memandang sang puteri yg asyik menangis setibanya di dunia. Azan yg dialunkan oleh baba nya kedengaran syahdu sekali..lahirlah insan yg ditunggu2 oleh kami. Ana tersenyum puas, gembira, syukur.. sang puteri masih menangis..ana tahu ketakutannya dan kebimbangannya sebaik melihat dunia yg oenuh pancaroba ini..tangisannya kerna takut tak dapat menunaikan janji2 yg dimeterai dengan Pencipta sejak dia di alam kandungan lg.Ana berbisik padanya..anakku, jangan takut sayang, mama dan baba akan berusaha membawa dan mendidikmu mengenal Pencipta..mengenal RasulNya mendekati syurga dan menjauhi neraka walaupun ilmu mama secetek cuma..mama sayangkan aufa..

Aufa-sebaik sahaja keluar dr labour room-bersama tok ma

>


Aufa-hari ke-3

Aufa-hari ke-2


Aufa-hari ke-21 (the latest)


p/s:insyaallah seiranya ada kelapangan ana akan cerita pengalaman semasa sakit nak bersalin hingga saat melahirkan Aufa Hibriyah

the latest new

assalamualaikum..

perkara terbaru..
7 hb 8 2010 ana selamat melahirkan seorang puteri yang diberi nama Aufa Hibriyah bt Mohamad Husaini. tepat dengan jangkaan yang tertera pd kad pink mengandung tuu..alhamdulillah...hehe...seminggu sebelum due date ana masih lg berlegar2 di kampus UIA menuntut ilmu..dan pd masa yg sama sentiasa exercise petang2 dan pg2 kalau ada kelapangan dengan berjalan kaki sebanyak2nye dan naik turun tangga di UIA yg tinggi nun agar baby turun bawah dan mudah bersalin.(dah 39 weeks doc ckp baby lom turun aritu..sgt sedey)
3 hari sebelum due date barulah ana pulang ke kampung untuk bersedia bersalin..(ceh..konon2 jangkaan tu tepat..hehe)dah rancang kalau bersalin sebelum tarikh due date cadangye di HKL sahaja,.alhamdulillah sempat bersalin di Hospital Machang, Kelantan..(layanan sgt best..misi2 baik..doktor2 lawak giler..cuma x leh ada peneman jer)

jd di kesempatan update blog ni perkenalkan...Aufa Hibriyah..lahir pd 7hb8 2010, secara normal, berat 3.0kg..

beberapa jam lepas lahir..baba teman mase di labour room=)



aufa-hari ke-2 dilahirkan..x bedung dah..coz die x suka,,hehe

Thursday, May 20, 2010

lagi2 kes di nursery...membimbangkan!

Assalamualaikum..
baru td menghantar post berkaitan Maxis Broadband yg kebelakangan ni sering buat hal.. tp try bukak n dapat lak internet..mungkin coz pekerrja2 binaan berdekatan dah stop wat kerja skg..tak tahu ke mana diorang pergi..tp mungkin sambung lg pas2 zuhur ni..

Ana membuka laman web Harian Metro, membaca kisah2 terbaru yg dipaparkan. Antara kisah yg menyayat hati dan menarik perhatian ana ialah kisah kematian anak kecil yg berlaku di nursery.

Anak kaku dalam ribaan
JOHOR BAHRU: Luluh hati seorang ibu melihat bayinya dua kali menyedut nafas dalam-dalam sebelum kaku di pangkuannya ketika dalam perjalanan ke klinik bagi menyelamatkan nyawa si kecil yang tidak sedarkan diri itu.
Sebaik sampai di klinik swasta, Aqil Adam Azrul, tiga bulan, yang tidak sedarkan diri dipercayai akibat tersedak susu ketika berada di sebuah pusat asuhan di Taman Impian Emas di sini disahkan sudah tidak bernyawa lagi apabila tidak memberi tindak balas selepas 10 minit diberikan bantuan pernafasan.

Menceritakan detik cemas itu, ibu mangsa, Noor Sarima Ruslan, 28, mendakwa menerima panggilan daripada petugas pusat jagaan kanak-kanak pada jam 2 petang Isnin lalu, mengatakan bayinya tidak sedarkan diri dipercayai akibat tersedak susu.

Menurutnya, dia bergegas ke pusat jagaan berkenaan kira-kira satu kilometer dari tempat kerjanya bersama seorang rakan.

“Ketika panggilan dibuat penjaga terbabit mengatakan anak saya sudah tak bernafas dan ketika sampai saya dapati Aqil dalam keadaan lemah manakala muka serta bibirnya pucat sebelum dikejarkan ke klinik berhampiran.

“Sejurus sampai, doktor memberikan bantuan alat pernafasan. Selepas menunggu lebih 10 minit dia mengatakan bayi saya tidak mempunyai harapan untuk hidup berikutan terlewat mendapatkan rawatan.

“Suami yang tiba kemudian tidak berputus harap lalu menghubungi hospital. Sebaik ambulans tiba, pasukan paramedik melakukan CPR, namun kesudahannya jururawat memaklumkan Aqil tiada lagi,” katanya sayu.

Sarima berkata, terdahulu pada pagi kejadian, dia berasa berat hati untuk meninggalkan bayinya ditambah pula dengan perangai luar biasa abang Akil, Amirul Adam Azrul, 3, yang merengek seperti tidak mahu ditinggalkan di pusat asuhan berkenaan.

Bagaimanapun, Sarima cuba menyedapkan hati dengan menganggap itu perkara biasa sehingga menerima panggilan petugas pusat asuhan berkenaan memberitahu bayinya sudah tidak bernyawa.

Katanya, ketika ditanya penjaga terbabit mendakwa kejadian itu akibat anaknya dihempap bayi lain berikutan ada dua lagi bayi dihantar ke pusat jagaan berkenaan, bagaimanapun kenyataan wanita berusia 20-an itu mencurigakan.

Menurutnya, penjaga terbabit mengatakan mangsa ditinggalkan seketika untuk membuat susu dan sebaik kembali, wanita itu mendapati Akil sudah tidak sedarkan diri.
Sementara itu, suami Sarima, Azrul Nuraizam Hamzah, 29, berkata dia serik menghantar anak ke mana-mana pusat jagaan berikutan trauma dengan kejadian menimpa mereka.

“Apa yang saya kesalkan tindakan pusat jagaan terbabit yang lewat memaklumkan kami berhubung kejadian serta tidak menghantar Aqil mendapatkan rawatan segera selepas didapati tidak sedarkan diri kononnya kerana dihempap bayi lain.

“Kami tidak puas hati berikutan pusat jagaan terbabit seperti menyembunyikan sesuatu apabila enggan memberitahu punca sebenar kejadian dan kenyataan diberikan mengelirukan,” katanya.


Membaca tentang kisah2 yg berlaku di Pusat Asuhan apatah lg yg disebabkan kecuaian pengasuh membuatkan ana bimbang dengan anak sendiri nanti.. Ye la, dalam masa beberapa bulan lg dia bakal dilahirkan, dan cuti UIA akan habis awal bulan 7 ni.. walaupun due awal bulan 8, ana akan mengambil cuti bersalin selama 3 minggu..selepas itu kembali meneruskan pengajian di UIA dan ana serta suami bercadang mahu meletakkan bayi kami di Nursery..tp kalau boleh mahu mencari pengasuh sahaja memandangkan usianya yg masih di bawah 2 bulan..ana ada gak berbual dengan pensyarah ana, Dr Norbani waktu di UIA dulu dan dia menasihatkan agar tidak diletakkan anak di Nursery coz kemungkinan pelbagai perkara boleh berlaku memandangkan usianya masih kecil. Baby yg baru lahir ni katanya tak boleh selalu diusung ke sana ke mari atau bersama ramai baby2 lain coz kemungkinan nanti takut ada jangkitan penyakit dr anak2 lain dan antibody lemah jika selalu berpindah tempat.Itulah, kalau boleh ana memang nak elak letak di nursery tp skg susah nak cari pengasuh di sini..kalau di Kelantan mungkin ramai. dan kalau boleh, mahu cari seseorang yang jujur, amanah, penyayang dan betul2 boleh menjaga anak ini dengan baik..kalau nak letak kat kelantan x sanggup lak berpisah memandangkan ini anak pertama kami dan dia masih kecil.Lebih2 lagi, ana dah bertekad selepas bernikah, walau apepun terjadi tak mahu menyusahkan ma ayah yg banyak berkorban sejak ana kecil lagi..huhu..penin2..nak kna cari pengasuh...tak mau indon..semoga dipermudahkan Allah..Dr Norbani suggests amik study leave sahaja maksudnya sem depan tangguh dulu belajar so ana ada masa 4 bulan untuk menjaga baby sepenuhnya, but..ana x sanggup nak tinggalkan pelajaran selama itu..lgpun, ana dah berjanji pd ma pelajaran takkan tertangguh walaupun selepas berkahwin..kalau org2 yg masuk UIA sama tarikh dengan ana masuk UIA, maka kami akan mendapat ijazah pd Tarikh yg sama jugak..ana tak mahu ketinggalan..

Internet connection got problem

i am sorry, myb can't make any new posts coz my maxis broadband always make me headache..probably becoz a new house construction nearby my home..b4 this, everything is ok untill the workers start construct the building..then..the connection become very2 slow like a turtle..huh...so bored without internet at home..

Saturday, May 15, 2010

Syukur Alhamdulillah

Semalam alhamdulillah dapat buat ultrasound baby. Ana pun agak terkejut coz suami tibe2 ajak untuk tengok baby kat klinik, myb coz memujuk isterinya ini yg malam semalam merajuk cz selalu kna tinggal. Bile suami ajak g wat ultrasound, serta merta bibir tersenyum dan hati rasa girang sekali. Apatah lg suami ajak g beli barang baby..hehe..lg seronok..tak jadi merajuk lama2..kejap2 dah..

So kelmarin, pukul 3.30 pm kami keluar rumah untuk ke Masjid Muqarrabin terlebih dahulu cz suami kna jd imam asar. Lepas tu lah kami baru berangkat shopping di Tesco Selayang. Mule2 g cari barang baby dulu baru pergi cari barang2 dapur yg dah ana senaraikan.

KeExciTeDan memBeli Barang baby..
Tersangatlah teruja waktu duk cari barang2 baby ni terutama baju2..semua comel2 sgt..Cuma masalahnye kami tak tau our baby is boy or girl jd waktu nak pilih kaler utk something tu susah gak la...apepon, ana try elak cari warna pink coz kalau baby boy x sesuai la kan nak pakai pink..ana rase mcm baby boy je..x tahula..coz mak mertua ana kat Kedah ckp kalau dlm family ana yg sulung adelah lelaki dan family suami yg sulung pun lelaki maka myb anak sulung kami boy jugak..tp x semestinya, ana x kisah..suami lagi x kisah, yg penting, ape yg Allah kurniakan adalah yg terbaik dan kami gembira dengan kehadiran insan kecil ini.

Beli itu dan beli ini...bile nak bayar, dekat2 RM 300 dah..hehe..nak buat mcmana, campur ngan brg dapur jugak, nasib baik untuk persediaan menyambut baby dah ader akaun khas yg ana dan suami buat. Jd duit utk baby khas from akaun die, untungla baby..betapa sayangnye ayah die pd die ye, tiap2 bulan ayahnya peruntukkan wang khas untuk baby siap name akaun baby lagi.

ULTRASOUND
Ye..itulah saat2 yg kami tunggu..lepas makan kat cafe dengan suami after solat maghrib tu, kami terus ke Poliklinik Aisyah yg terletak di Batu Caves. Kalau ade masalah kesihatan, mmg di sinilah kami rujuk..1, cz doktornye perempuan.. 1, cz kos biase2 je.. 3, cz doktornye baik(^^)

Alhamdulillah, mengikut doktor, usia baby dah 28 minggu 2 hari = 6 bulan. Beratnya pula 1.18kg, berat jugak rupanya anak mama ni ye..ana duk agak berat die myb 700-800 gram je coz mak die kan kecik..x sangka dah sekilo lebih, patutla tiap kali nak bangun rasa berat je tummy. Mase doktor scan baby, baik je baby ni..dia diam dan gerak2 tangan je..mudah doktor nak ukur saiz kepala, tulang paha dan denyutannya, alhamdulillah..tp lepas je scan dah dup dap dup dap menendang..ish2..oo..alim depan doktor ye. Macamana dengan gender???boy ke girl? Hehe..mengikut doktor, coz x nampak scrotum maka doktor agak my baby is a GIRL. PROBABLY A GIRL Ok, myb seorang puteri..hehe..seronok2.. tp x pasti lagi coz anak ana ni mcm pemalu2 sikit depan org..jd waktu doktor nak intai tu x nampak sangatla..bagusla sayang, malu itu separuh dr iman(^^) hehe..apepun, semalam hari yg mengeembirakan buat ana dan suami.dapat tahu yg anak kami sihat dengan berat yg ideal, kami gembira sangat..apatah lg barang2 baby yg dibeli menceriakan suasana..alhamdulillah..


barang2 baby termasuk selimut, kain lampin, getah lapik, tilam&bantal,botol susu,warmer&botol susu(hadiah dr aida),tuala..


baju tido yg comel


baju2...


baju2 lg..yg ni bli kat kelate baru2ni


topi..npe biru ye...he..



tilam baby sekali dengan net

~TetAmu diHorMati~syukran atas persinggahan(^^)

~jalinan ukhuwwah~