semoga bahagia dunia akhirat

semoga bahagia dunia akhirat
~di bawah jalinan suci ikatan perkahwinan~
Iman bukan sekadar angan-angan, tetapi adalah sesuatu yang diyakini dalam hati dan dijelmakan dalam bentuk amal, dan sekiranya ajal itu dinampakkan kepada kamu pasti akan porak porandalah semua cita-cita.. pengalaman adalah cermin kegagalan dan penilaian terhadap segala kekurangan.. -Saidina Abu Bakar R.A.

Thursday, May 20, 2010

lagi2 kes di nursery...membimbangkan!

Assalamualaikum..
baru td menghantar post berkaitan Maxis Broadband yg kebelakangan ni sering buat hal.. tp try bukak n dapat lak internet..mungkin coz pekerrja2 binaan berdekatan dah stop wat kerja skg..tak tahu ke mana diorang pergi..tp mungkin sambung lg pas2 zuhur ni..

Ana membuka laman web Harian Metro, membaca kisah2 terbaru yg dipaparkan. Antara kisah yg menyayat hati dan menarik perhatian ana ialah kisah kematian anak kecil yg berlaku di nursery.

Anak kaku dalam ribaan
JOHOR BAHRU: Luluh hati seorang ibu melihat bayinya dua kali menyedut nafas dalam-dalam sebelum kaku di pangkuannya ketika dalam perjalanan ke klinik bagi menyelamatkan nyawa si kecil yang tidak sedarkan diri itu.
Sebaik sampai di klinik swasta, Aqil Adam Azrul, tiga bulan, yang tidak sedarkan diri dipercayai akibat tersedak susu ketika berada di sebuah pusat asuhan di Taman Impian Emas di sini disahkan sudah tidak bernyawa lagi apabila tidak memberi tindak balas selepas 10 minit diberikan bantuan pernafasan.

Menceritakan detik cemas itu, ibu mangsa, Noor Sarima Ruslan, 28, mendakwa menerima panggilan daripada petugas pusat jagaan kanak-kanak pada jam 2 petang Isnin lalu, mengatakan bayinya tidak sedarkan diri dipercayai akibat tersedak susu.

Menurutnya, dia bergegas ke pusat jagaan berkenaan kira-kira satu kilometer dari tempat kerjanya bersama seorang rakan.

“Ketika panggilan dibuat penjaga terbabit mengatakan anak saya sudah tak bernafas dan ketika sampai saya dapati Aqil dalam keadaan lemah manakala muka serta bibirnya pucat sebelum dikejarkan ke klinik berhampiran.

“Sejurus sampai, doktor memberikan bantuan alat pernafasan. Selepas menunggu lebih 10 minit dia mengatakan bayi saya tidak mempunyai harapan untuk hidup berikutan terlewat mendapatkan rawatan.

“Suami yang tiba kemudian tidak berputus harap lalu menghubungi hospital. Sebaik ambulans tiba, pasukan paramedik melakukan CPR, namun kesudahannya jururawat memaklumkan Aqil tiada lagi,” katanya sayu.

Sarima berkata, terdahulu pada pagi kejadian, dia berasa berat hati untuk meninggalkan bayinya ditambah pula dengan perangai luar biasa abang Akil, Amirul Adam Azrul, 3, yang merengek seperti tidak mahu ditinggalkan di pusat asuhan berkenaan.

Bagaimanapun, Sarima cuba menyedapkan hati dengan menganggap itu perkara biasa sehingga menerima panggilan petugas pusat asuhan berkenaan memberitahu bayinya sudah tidak bernyawa.

Katanya, ketika ditanya penjaga terbabit mendakwa kejadian itu akibat anaknya dihempap bayi lain berikutan ada dua lagi bayi dihantar ke pusat jagaan berkenaan, bagaimanapun kenyataan wanita berusia 20-an itu mencurigakan.

Menurutnya, penjaga terbabit mengatakan mangsa ditinggalkan seketika untuk membuat susu dan sebaik kembali, wanita itu mendapati Akil sudah tidak sedarkan diri.
Sementara itu, suami Sarima, Azrul Nuraizam Hamzah, 29, berkata dia serik menghantar anak ke mana-mana pusat jagaan berikutan trauma dengan kejadian menimpa mereka.

“Apa yang saya kesalkan tindakan pusat jagaan terbabit yang lewat memaklumkan kami berhubung kejadian serta tidak menghantar Aqil mendapatkan rawatan segera selepas didapati tidak sedarkan diri kononnya kerana dihempap bayi lain.

“Kami tidak puas hati berikutan pusat jagaan terbabit seperti menyembunyikan sesuatu apabila enggan memberitahu punca sebenar kejadian dan kenyataan diberikan mengelirukan,” katanya.


Membaca tentang kisah2 yg berlaku di Pusat Asuhan apatah lg yg disebabkan kecuaian pengasuh membuatkan ana bimbang dengan anak sendiri nanti.. Ye la, dalam masa beberapa bulan lg dia bakal dilahirkan, dan cuti UIA akan habis awal bulan 7 ni.. walaupun due awal bulan 8, ana akan mengambil cuti bersalin selama 3 minggu..selepas itu kembali meneruskan pengajian di UIA dan ana serta suami bercadang mahu meletakkan bayi kami di Nursery..tp kalau boleh mahu mencari pengasuh sahaja memandangkan usianya yg masih di bawah 2 bulan..ana ada gak berbual dengan pensyarah ana, Dr Norbani waktu di UIA dulu dan dia menasihatkan agar tidak diletakkan anak di Nursery coz kemungkinan pelbagai perkara boleh berlaku memandangkan usianya masih kecil. Baby yg baru lahir ni katanya tak boleh selalu diusung ke sana ke mari atau bersama ramai baby2 lain coz kemungkinan nanti takut ada jangkitan penyakit dr anak2 lain dan antibody lemah jika selalu berpindah tempat.Itulah, kalau boleh ana memang nak elak letak di nursery tp skg susah nak cari pengasuh di sini..kalau di Kelantan mungkin ramai. dan kalau boleh, mahu cari seseorang yang jujur, amanah, penyayang dan betul2 boleh menjaga anak ini dengan baik..kalau nak letak kat kelantan x sanggup lak berpisah memandangkan ini anak pertama kami dan dia masih kecil.Lebih2 lagi, ana dah bertekad selepas bernikah, walau apepun terjadi tak mahu menyusahkan ma ayah yg banyak berkorban sejak ana kecil lagi..huhu..penin2..nak kna cari pengasuh...tak mau indon..semoga dipermudahkan Allah..Dr Norbani suggests amik study leave sahaja maksudnya sem depan tangguh dulu belajar so ana ada masa 4 bulan untuk menjaga baby sepenuhnya, but..ana x sanggup nak tinggalkan pelajaran selama itu..lgpun, ana dah berjanji pd ma pelajaran takkan tertangguh walaupun selepas berkahwin..kalau org2 yg masuk UIA sama tarikh dengan ana masuk UIA, maka kami akan mendapat ijazah pd Tarikh yg sama jugak..ana tak mahu ketinggalan..

No comments:

Post a Comment

~TetAmu diHorMati~syukran atas persinggahan(^^)

~jalinan ukhuwwah~