semoga bahagia dunia akhirat

semoga bahagia dunia akhirat
~di bawah jalinan suci ikatan perkahwinan~
Iman bukan sekadar angan-angan, tetapi adalah sesuatu yang diyakini dalam hati dan dijelmakan dalam bentuk amal, dan sekiranya ajal itu dinampakkan kepada kamu pasti akan porak porandalah semua cita-cita.. pengalaman adalah cermin kegagalan dan penilaian terhadap segala kekurangan.. -Saidina Abu Bakar R.A.

Monday, August 30, 2010

Aufa permata hatiku

alhamdulillah...itulah kata2 sebaik sahaja terdengar tangisan si kecil ini setelah berhempas pulas berusaha untuk melahirkannya. Kesakitan yg dirasai terus hilang sepenuhnya malah perut tiba2 terasa ringan. Ana yg penakut terhadap jarum/ alatan hospital pd waktu itu tiba2 menjadi insan yg gagah melihat wajah seorang puteri yg dikandung selama 9 bulan. Tatkala nurse mencucuk sane sini dan menjahit luka yg agak banyak, ana hanya memandang sang puteri yg asyik menangis setibanya di dunia. Azan yg dialunkan oleh baba nya kedengaran syahdu sekali..lahirlah insan yg ditunggu2 oleh kami. Ana tersenyum puas, gembira, syukur.. sang puteri masih menangis..ana tahu ketakutannya dan kebimbangannya sebaik melihat dunia yg oenuh pancaroba ini..tangisannya kerna takut tak dapat menunaikan janji2 yg dimeterai dengan Pencipta sejak dia di alam kandungan lg.Ana berbisik padanya..anakku, jangan takut sayang, mama dan baba akan berusaha membawa dan mendidikmu mengenal Pencipta..mengenal RasulNya mendekati syurga dan menjauhi neraka walaupun ilmu mama secetek cuma..mama sayangkan aufa..

Aufa-sebaik sahaja keluar dr labour room-bersama tok ma

>


Aufa-hari ke-3

Aufa-hari ke-2


Aufa-hari ke-21 (the latest)


p/s:insyaallah seiranya ada kelapangan ana akan cerita pengalaman semasa sakit nak bersalin hingga saat melahirkan Aufa Hibriyah

No comments:

Post a Comment

~TetAmu diHorMati~syukran atas persinggahan(^^)

~jalinan ukhuwwah~