semoga bahagia dunia akhirat

semoga bahagia dunia akhirat
~di bawah jalinan suci ikatan perkahwinan~
Iman bukan sekadar angan-angan, tetapi adalah sesuatu yang diyakini dalam hati dan dijelmakan dalam bentuk amal, dan sekiranya ajal itu dinampakkan kepada kamu pasti akan porak porandalah semua cita-cita.. pengalaman adalah cermin kegagalan dan penilaian terhadap segala kekurangan.. -Saidina Abu Bakar R.A.

Saturday, December 5, 2009

MAKIN RAMAI REMAJA TIDAK MEMPERCAYAI TUHAN


Siasatan ekslusif yang didedahkan oleh Majalah Al-Islam edisi Zulhijjah 1430 H bukan lg satu perkara yang mengejutkan ana. Malah, dalam fatrah zaman teknologi yang canggih dan kehidupan serba moden dengan pengabaian terhadap didikan agama menjadikan ia factor utama ketidakpercayaan kepada Allah.persoalan2 yang patut diutarakan :-

Dimanakah iman mereka?

Apakah didikan islam sudah cukup diterapkan dalam jiwa mereka?

Bagaimana kehidupan keluarga mereka?apakah ibu bapa mereka mengambil berat hal agama?

Sejauh manakah aplikasi ketinggian akhlak dlm diri mereka?

Pergaulan dengan rakan2?bagaimanakah akhlak rakan mereka?

Media massa?internet?handphone?dan teknologi2 yang lain?

Benarlah, akhlak berkait rapat dengan iman..darimana ingin perolehi kemanisan iman? Dengan cinta kepada Allah dan Rasul dan ketaatan kepada keduanya..bagaimana mencintai Allah? Lakukan suruhanNya dan tinggalkan laranganNya. Bagaimana pula untuk mentaati Rasul? Ikuti ajaran Rasulullah, turuti sunnahnya..namun andainya didikan agama jauh ditinggalkan, di manakah anak2 akan dapat mengenali Pencipta dan Pesuruh Allah?

“Puas sudah usaha yang dilakukan. Berdoa, dan memohon perlindungan Allah setiap kali selesai solat namun nasibnya tetap sama, tetap menjadi nafsu serakah abg kandungnya yang sentiasa mengambil kesempatan ke atas dirinya. Walaupun telah diadukan kepada ibu, namun dia pula yang dimarahi dan dituduh mereka2 cerita. Ibunya tidak mempercayai kisah peritnya dirampas kehormatannya oleh abang kandung sendiri. Apa lg kudratnya, lalu difikir2..Kalau Allah itu wujud, kenapa tidak mahu menyelamatkannya?”

Inilah salah satu rintihan seorang gadis yang merupakan antara penghuni di SIDIM (Pertubuhan Sahabat Insan dan Iman Malaysia) yang akhirnya menafikan kewujudan Allah.Lalu, dia memilih untuk menjadi seorang ateis (tidak mempercayai Tuhan). (Majalah al-Islam, m/s 26, edisi Zulhijjah)

Sahabat sekalian, wajarkan gadis ini memilih jalan itu sedangkan masih ada jalan yang bakal memberikan sinar baru dalam hidupnya.Benarkah menjadi ateis satu2nya penyelesaian untuk dirinya yang telah dicabul kehormatan oleh abang kandung sendiri? Apakah yang dia dapat setelah menjadi Ateis?kebahagiaan diri?kepuasan?penyelesaian kepada masalah? Tidak wahai sahabat..masalah tidak akan selesai dengan memilih jalan yang terpesong dr landasan islam.

Perkara pertama yang perlu diketahui di sini adalah konsep Tawakkal kepada Allah. Konsep tawakkal menekankan ikhtiar yang bersungguh2 , usaha sehabis daya, lalu berdoa kepada Allah dan bertawakkal kepadaNya. Pd kisah gadis yang disebutkan td, di mana usahanya untuk mengelakkan diri dari dicabul abangnya? Hanya mengadu kpd ibunya yang menuduhnya mereka cerita?cukupkah?tidak..seharusnya dia cuba jalan lain memandangkan ibunya tidak mempercayainya..Jabatan Agama ada di setiap negeri di Malaysia, malah pejabat polis tidak kurang banyaknya ada di setiap daerah.mengapa tidak diadukan hal itu kepada pihak berkuasa lantas mereka akan mengambil tindakan sewajarnya.mengapakah gadis ini terus menyalahkan Tuhan tidak membantunya sedangkan konsep ikhtiar tidak digunakan..Allah mengurniakan pd nya keupayaan, kekuatan, dan pancaindera untuk digunakan dan otak untuk berfikir. Kita tidak seharusnya melimitkan pemikiran kepada jalan yang salah..Lihat pada analogi manusia dan makanan. Apakah makanan akan datang sendiri tanpa manusia itu berusaha untuk mendapatkannya?Malah, untuk memperolehi makanan, kita harus membeli lauk pauk, menanak nasi, memasak di dapur yang mana usaha dari diri kite diperlukan tidak hanya duduk bersenang lenang tanpa usaha. Islam menyarankan usaha yang bersungguh2 untuk sesuatu. Di sinilah terbitnya konsep jihad yang dipraktikkan sejak zaman Rasulullah s.a.w lagi..wallohua’lam. sekadar perkongsian rasa dr qalam munajat mahabbah

No comments:

Post a Comment

~TetAmu diHorMati~syukran atas persinggahan(^^)

~jalinan ukhuwwah~