semoga bahagia dunia akhirat

semoga bahagia dunia akhirat
~di bawah jalinan suci ikatan perkahwinan~
Iman bukan sekadar angan-angan, tetapi adalah sesuatu yang diyakini dalam hati dan dijelmakan dalam bentuk amal, dan sekiranya ajal itu dinampakkan kepada kamu pasti akan porak porandalah semua cita-cita.. pengalaman adalah cermin kegagalan dan penilaian terhadap segala kekurangan.. -Saidina Abu Bakar R.A.

Friday, February 12, 2010

SEgaLanya AtURan ALLAH

Alhamdulillah
Masih lagi Allah panjangkan nyawa hambaNya ini untuk terus melihat alam ini..
Alhamdulillah
Masih Allah menjagai ruhul jadid dalam rahimku sehingga kini ku mampu merasai dan melihat denyutannya
Sungguh ajaib ciptaan Allah
Sungguh Allah itu Maha Besar
Dikala ana lemah saat2 mula2 mengandung hingga kini, Dia masih member ‘inayahNya.
Mendapat result Mid Sem Exam Science of Quran semalam, membuatku terfikir Pemurahnya Allah..

Dikala ana berjuang melawan lemahnya badan akibat morning sickness, muntah2 dan pening kepala saat berhempas pulas mengulangkaji pelajaran, Allah tetap memberikan kejayaan..23/25 markah untuk Science of Quran baru2 ini, dengan 4 helai tulisan penuh untuk menjawab soalan2 essay dan short essay, berbaloi rasanya..Alhamdulillah..
Dan semalam juga ana ke pejabat Human Science Student Affairs untuk mengambil sijil Dean’s List sem lepas..Alhamdulillah..nama ana turut tersenarai ke-13 dari 20 pelajar2 Bachelor of English Literature & Linguistic yang mendapat Dean’s List sem lepas.
Semuanya di bawah pertolongan Allah..

Ana bersyukur betapa Allah telah mengaturkan segala2nya dengan begitu baik sekali..
Ana dijangka melahirkan ruhul jadid pada 6 Ogos 2010, sem 2 ini akan berakhir pada awal bulan 4 2010 seterusnya ana akan bercuti selama 3 bulan coz ana tak ambil short sem..pada hemah ana, ana ingin berada di rumah sahaja supaya ana boleh memastikan kandungan ana mendapat nutrition secukupnya dalam proses membesar..bila kat asrama UIA ana memang tak suka makan..kadang2 buah2an dan sayuran pun susah nak cari.sayur banyak tp tak kena dengan selera ana. Jadi seterusnya insyaallah pada awal bulan 7 nanti ana akan kembali ke UIA..waktu tu ana hanya menanti lagi beberapa minggu untuk bersalin.jadi pada masa yang ada itu bolehlah ana menguruskan Maternity Leave (cuti bersalin) selama 2 bulan dan bersedia mencari nota2 subjek yang akan ana hadapi.Jika diizinkan Allah, insyaallah lebih kurang 2 bulan berehat di rumah, ana akan kembali ke UIA dan mengambil ujian Mid-Sem dan Final-Sem .insyaallah sempat jika Allah mengizinkan..kerana tarikh yang diaturkanNya ini cukup sempurna untuk segalanya..Alhamdulillah..inilah aturan Allah…

No comments:

Post a Comment

~TetAmu diHorMati~syukran atas persinggahan(^^)

~jalinan ukhuwwah~