semoga bahagia dunia akhirat

semoga bahagia dunia akhirat
~di bawah jalinan suci ikatan perkahwinan~
Iman bukan sekadar angan-angan, tetapi adalah sesuatu yang diyakini dalam hati dan dijelmakan dalam bentuk amal, dan sekiranya ajal itu dinampakkan kepada kamu pasti akan porak porandalah semua cita-cita.. pengalaman adalah cermin kegagalan dan penilaian terhadap segala kekurangan.. -Saidina Abu Bakar R.A.

Wednesday, February 3, 2010

~ASEAN Logics Conference 2010~Tun Mahathir masih di hati rakyat

2/02/2010

Ana, Farah, Mira, Ayu dan Kak Teh antara peserta yang terawal daftar untuk menyertai persidangan Asia ni yang bertempat di Cultural Activity Centre, CAC, Universiti Islam Antarabangsa..sebenarnya kami tertarik nak join coz ada Tun Dr Mahathir Mohammad, mantan Perdana Menteri Malaysia..

Pukul 9.00pagi, persidangan beremula dengan ucapan Rektor UIA, seterusnya Timbalan Menteri Pengajian Tinggi (ganti Khalid Nordin), Pengerusi ASEAN, dan ramai lagi org yang berucap..everything was conducted in English..
Apabila Timb Menteri Pengajian Tinggi masuk dan berjalan di atas karpet merah bersama Pengerusi ASEAN, dan menteri2 lain, pelajar2 yang menghadiri persidangan ini (termasuk pelajar dr Universiti lain dan pelajar luar Negara-wakil ASEAN)..diorang relax je tengok orang2 besar ni masuk..ada la sorang dua amik gambar..tp kebanyakan nye tengok tanpa perasaan je..mungkin tak kenal sangat menteri2 ni..ana pun tak kenal sangat diorang..suasana biasa je..begitu juga lepas ucapan2 diorang, ada slide show pasal speaker2 yang akan berucap petang nanti..1 demi 1 wajah tidak menimbulkan sebarang sorakan dr pelajar2 ni sampailah tiba pd wajah Tun Dr Mahathir Mohammad, semua menepuk tangan dengan kuat dan bersorak..ana ingatke ana sdan farah je yang menantikan kehadiran Tun tp semua org hanya nak tengok dia je.

Menjelang jam 3.30pm..diumumkan Tun Dr Mahathir bakal tiba..penyambut2 tetamu berbaris di tepi karpet merah..belum pun pintu terbuka, keadaan dah jd tak terkawal..semua pelajar yang ada bangun duk mengerumuni karpet merah..sampai berasak2..bukan shj pelajar Malaysia yang bersungguh tp jugak pelajar2 arab, dan yang lainnya..sebaik pintu terbuka, Tun Mahathir melambaikan tangannya..semua bersorak dan menjerit kegembiraan..kameraman pun ape lg..makin bertambah..sampai memerlukan ramai bodyguard untuk melindungi Tun Dr Mahathir dr budak2 ni yang sangat2 excited..terkejut jugak ana..td masa menteri2 malaysia datang semua org biasa2 je..skg keadaan sangat2 berubah..semua org berebut nak bersalaman dengan Tun dan melihatnya dr dekat..sampai bertolak2..masa Tun bg ucapan pon, sering di iringi tepukan sokongan dr pelajar2..setiap bibit bernas ucapannya menjadi inspirasi buat kami semua..begitu juga saat2 Tun Mahathir selesai member ucapan dan turun ke karpet merah..polis2 terpaksa berlari cz pelajar2 dah start menyerbu Tun Mahathir..

tahulah ana, dia menjadi idola semua..tak kira dalam dan Negara Malaysia..dialah pemimpin penuh wawasan yang melonjakkan nama Malaysia ke persada dunia..bagaikan tiada gantinya..kepimpinan yang penuh wawasan..sehingga sekarang menjadi sebutan semua orang..ana secara peribadinya pun sangat2 menghormati Tun Dr Mahathir Mohammad..pd ana, ada 2 orang yang ana kagumi..1, Tuan Guru Nik Abdul Aziz, dan yang ke 2 Tun Dr Mahathir Mohammad..2 orang pemimpin ni sangat2 ana minati, kagumi., dan hormati..tiada umpamanya lg..tiada berganti..ana harap rakyat lain masih mengambil kira pendapat Tun Dr Mahathir walaupun dia tidak lg menjadi PM..coz beliau merupakan seorang yang berpandangan jauh dan berpengalaman luas.

No comments:

Post a Comment

~TetAmu diHorMati~syukran atas persinggahan(^^)

~jalinan ukhuwwah~