semoga bahagia dunia akhirat

semoga bahagia dunia akhirat
~di bawah jalinan suci ikatan perkahwinan~
Iman bukan sekadar angan-angan, tetapi adalah sesuatu yang diyakini dalam hati dan dijelmakan dalam bentuk amal, dan sekiranya ajal itu dinampakkan kepada kamu pasti akan porak porandalah semua cita-cita.. pengalaman adalah cermin kegagalan dan penilaian terhadap segala kekurangan.. -Saidina Abu Bakar R.A.

Wednesday, February 3, 2010

~peristiwa pulang ke UIA~

30/01/2010
Harini hari yang agak menyedihkan..setelah seminggu bercuti di rumah yang tercinta di Kelantan, harini ana perlu bertolak pulang ke UIA memandangkan kelas akan start lusa. Barang2 ana x banyak pun, hanya mengambil masa 10 minit nak packing semua..jam 9.30, selepas bersalaman dengan abg, mak, adik,kakak, mak cik dan mok, ayah menghantar ana dan sepupu, Mira ke stesen bas machang..dekat je..5 minit dengan kereta..sebelum ke stesen bas, ana dan Mira singgah di Kedai Runcit Hassan di hadapan stesen bas untuk memfotostat IC kami..coz insyaallah 2 tahun lagi kami layak mengundi, jd IC yang di fotostat td akan diserahkan kepada AJK kampong bertugas untuk didaftarkan sebagai pengundi..bestnya dapat mengundi untuk Malaysia nanti..:)Bas datang agak lewat, dalam pukul 10.30..sedangkan dalam tiket tulis 9.50…xpe..biasalah, mungkin jem coz hari Sabtu…selesai bersalaman dengan ayah, kami menaiki bas dengan hati yg berat..tp walaupun ana agak sedih, ana jugak terasa girang nak bertemu suami tersayanng yang dah terpisah wajah selama seminggu.walaupun suami ana dah mintak nak jemput ana pulang dr Kelantan tp ana rasa tak nak membebankan dia, lgpun ana risau jika dia drive sorang2 dr KL-Kelantan..so, ana memilih nak naik bas sahaja..senang dan mudah..

Terseksanya ana dalam bas hanya Allah shj yang tahu..sebelum ni ana jarang pilih perjalanan pagi coz ana tak suka, tp kalini ana akur dengan kehendak sepupu ana yang nak sampai awal coz dia ada kerja..kalau diikutkan hati ana lebih selesa perjalanan malam coz ana akan tidur sepanjang perjalanan..tp skg, ana x dpt lelapkan mata walaupun dah berusaha..akibatnya, ana muntah teruk…5 kali muntah sepanjang perjalanan membuatkan badan terasa begitu letih, penat, pening dan macam2 lg..inilah dugaan..ana akur..nasib baiklah bas sampai agak awal..lebih kurang jam 4.30 di Stesen Putra, suami tersayang datang menjemput ana dan kawan2 yang mahu tumpang ke UIA..

Masalah kedua timbul apabila jalan Batu Caves jem teruk..kami tersekat hampir sejam di Jalan Batu Caves menuju ke UIA..kami tertanya2 apa yg menyebabkan ia jem..biasanya memang aka nada jem di MRR2 tp jem harini teruk semacam..rupanya2 apabila melihat di sekeliling kami ramai kaum India..baru kami tahu yang harini merupakan Thaipusam..Patung Buddha dan tempat ibadat yang sangat besar di Batu Caves menjadi tumpuan penganut hindu dr seluruh dunia bukan sahaja Malaysia..setelah meredah jem, akhirnya kami sampau di UIA..suasana sunyi sepi..mungkin kerana kebanyakn pelajar akan pulang esok (ahad) coz esok masih cuti..setibanya ana di bilik, tiada seorang pun, malah di blok ana sangat sepi..suami ana kol ana sebelum dia pulang ke rumah samada ana mahu ditemani atau tidak..almaklumlah, keseorangan dalam bilik yang ditinggalkan lebih seminggu..ana terus cakap mahu pulang ke rumah cz takut bersendirian..jd..kami balik ke kuarters imam Masjid Muqarrabin Bandar Tasik Selatan, tempat tinggal suami ana..

Kerana keletihan campur lapar, lepas solat isyak dan makan..ana tak mengambil masa yang lama untuk terus tidur..memang sangat2 mengantuk…Keesokan pagi, agak susah suami ana mahu mengejutkan ana bangun untuk solat subuh..tidur mcm org pengsan..hehe..:) kami solat jemaah subuh, lepas tu suami ana lihat ana masih mengantuk..jd dia minta ana baring di ribaannya coz dia mahu bacakan quran untuk baby..dia kata dia rindu baby..(dan mama baby)..terima kasih suamiku coz bacakan surah Yusuf dan Maryam untuk kami walaupun yang tidur nyenyak di ribaanmu..dan syukran coz buat sarapan untuk isterimu pagi tu..terima kasih coz memahami dan menyintai diri ini seadanya..

No comments:

Post a Comment

~TetAmu diHorMati~syukran atas persinggahan(^^)

~jalinan ukhuwwah~