semoga bahagia dunia akhirat

semoga bahagia dunia akhirat
~di bawah jalinan suci ikatan perkahwinan~
Iman bukan sekadar angan-angan, tetapi adalah sesuatu yang diyakini dalam hati dan dijelmakan dalam bentuk amal, dan sekiranya ajal itu dinampakkan kepada kamu pasti akan porak porandalah semua cita-cita.. pengalaman adalah cermin kegagalan dan penilaian terhadap segala kekurangan.. -Saidina Abu Bakar R.A.

Sunday, February 14, 2010

bayi dibuang~gejala jahiliyah moden~

hari Rabu baru2 ini, ana membaca paper Berita Harian..."kes buang bayi" sekali lagi menjadi antara tajuk yang terpapar dalam akhbar. Bayi dibuang berdekatan masjid (di Perak if i m not mistaken) dalam keadaan luka di bahagian kepala (mcm ditetak atau digigit anjing) dan dipercayai baru dilahirkan. Siapakah ibunya? Inna Lillah....

dan baru td ana menjengah blog sahabat tersayang, Jannah (http:www.tengku-jannah.blogspot.com) ana melihat entrinya tentang kes pembuangan bayi.

terasa sayu dan pilunya hati ni melihat wajah2 comel bayi yang tak berdosa dibuang tanpa rasa belas kasihan..

inilah hasil dr kemodenan yang mengabaikan didikan agama..

terfikir ana seketika, apakah ibu yang membuang bayi tu tidak langsung ada ihsan pd hatinya..tidakkah dia berasa sakit dan lemah tatkala mengandungkan bayinya? bukankah dia merasai kesengsaraan peritnya melahirkan seorang bayi?

dikala itu ana teringat perbicaraan ana dengan Jannah dalam fon sewaktu ana mula2 hamil dulu..Jannah antara sahabat yang gembira mendengar berita ini..ana luahkan perasaan takut nak bersalin pd nya..dan ana masih ingat kata2nya "org baik memang bersalin susah kak, kena banyak2 doa"

waktu tu jua ana mengimbas kembali bait bicara dr Ustaz Mat Nor sewaktu kuliyah maghribnya di asrama Maahad dulu .."sakit ke-2 yang paling sakit selepas mati ialah bersalin, pertama kesakitan yang amat sangat ialah tatkala datangnya Izrail mengambil nyawa..waktu tu seluruh badan bagai ditikam2 dengan pisau..sakit kedua paling sakit ialah bersalin, sebab itulah seorang ibu yang baru lepas bersalin wajahnya suci kerana terampunnya dosa2 nya diatas kesabaran mengandung dan sakit melahirkan anak.."

benar kata2nya...

tp..bagaimana dengan ibu2 yang membuang anak, dan membunuh anak meraka sejurus dilahirkan??
tak sakitkah mereka??

dalam majalah Mastika yang pernah ana baca dulu..kebanyakan ibu yang mengandung dan melahirkan anak secara haram di sisi syarak tidak mengalami kesakitan macam ibu2 lain yang mengandung secara halal..ada antara mereka yang mudah2 shj bersalin dalam tandas, dalam bilik...tanpa perlu doktor atau bidan..sebab tu kdg2 selepas bersalin mereka terus ada tenaga untuk buang anak, dan melarikan diri ke tempat lain.Ya Allah, ampunkan dosa2 mereka..

Allah berfirman dalam surah asy-Syura ayat 49-50 bermaksud: "Dia memberikan anak perempuan kepada sesiapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak lelaki kepada sesiapa yang Dia kehendaki atau dia menganugerahkan kedua jenis lelaki dan perempuan kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Dia juga menjadikan mandul kepada sesiapa yang dia kehendaki. Sesungguhnya Dialah yang maha Mengetahui lagi Maha Berkuasa."





Sabda Rasulullah bermaksud, "Hak anak ke atas ayahnya ialah memberinya nama yang baik, mengajarnya menulis, mengahwinkannya apabila cukup umur dan mengajarnya al-Quran" (riwayat al-Hakim dan ad-Dailamy).

semoga masalah sosial di Negara ini dapat diatasi biiznillah..

No comments:

Post a Comment

~TetAmu diHorMati~syukran atas persinggahan(^^)

~jalinan ukhuwwah~