semoga bahagia dunia akhirat

semoga bahagia dunia akhirat
~di bawah jalinan suci ikatan perkahwinan~
Iman bukan sekadar angan-angan, tetapi adalah sesuatu yang diyakini dalam hati dan dijelmakan dalam bentuk amal, dan sekiranya ajal itu dinampakkan kepada kamu pasti akan porak porandalah semua cita-cita.. pengalaman adalah cermin kegagalan dan penilaian terhadap segala kekurangan.. -Saidina Abu Bakar R.A.

Wednesday, May 12, 2010

Bagaimana untuk benar2 bersedia?

Andai teman2 bertanya "seronokkah awak bergelar seorang isteri dan bakal menjadi ibu?" maka ana akan menjawab dengan senyuman, "sangat seronok, tak sabar menantikan kehadiran cahaya mata kami."
namun andai mereka bertanya "bersediakah untuk menjadi seorang ibu?" maka ana akan terdiam memikirkan. Sebuah amanah, sebuah tanggungjawab baru, seberat gunung yang harus dipikul, kerna ia akan dipersoalkan di akhirat kelak. Bukan mudah untuk menjadi ibu bapa, pahit manis pati kan dilalui...melihat pengalaman insan2 terdekat terutamanya ma ayah dan abang2, kdg2 ana rasa takut mahu melalui satu fasa kehidupan baru. Gembira memang ada, siapa yang tak gembira..dalam surah An-Nisa' ada memuatkan bahawa manusia dihiasi dengan sikap cintakan anak2..sebab tu bg mereka yang berkahwin lama tapi tidak mendapat rezeki untuk menimang cahaya mata lg akan berasa sedih dan sunyi, namun setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya.
Anak itu anugerah, anak itu penghibur dan penyejuk mata. kdg2 ana terfikir bagaimana cara untuk benar2 bersedia menjadi seorang ibu? cukupkah dengan melengkapkan diri melalui pembacaan? Check up klinik tiap2 bulan jua sentiasa dilengkapi dengan nasihat2 untuk menjaga kesihatan ibu dan bayi..namun ia hanya tarbiyah fizikal..bagaimana tarbiah rohani dan spiritual? sejak di awal kehamilan lg ana cuba untuk "bersedia" dengan mengisi mase2 lapang membaca buku2 ilmiah untuk pengetahuan. namun tak pasti andai ia persediaan yg benar2 mencukupi..setiap kali balik kampung pastinya ibu akan memberi nasihat terbaik tentang cara mendidik anak..ana seronok mendengarnya. apa yang pasti, sebenar2 persediaan belum ada namun belajar sedikit demi sedikit dan mengutip pengalaman dr mereka yang telah melaluinya=)


buku ini ana beli di Kelantan waktu usia kehamilan baru 4 minggu=)


buku ni dibeli di Kedah pd bulan 12..mase tu baby dah 3 bulan



buku ni kak Ila, jiran bg pinjam..die pun mengandung 8 bulan dah..kami selalu tukar2 buku dan berkongsi cerita..=) seronok dpt jiran yg baik..

semoga dengan pembacaan2 ini sedikit sebanyak dpt meningkatkan persediaan untuk menjadi "ibu"..bapanye lak kna bersedia gak..hehe=)

No comments:

Post a Comment

~TetAmu diHorMati~syukran atas persinggahan(^^)

~jalinan ukhuwwah~