semoga bahagia dunia akhirat

semoga bahagia dunia akhirat
~di bawah jalinan suci ikatan perkahwinan~
Iman bukan sekadar angan-angan, tetapi adalah sesuatu yang diyakini dalam hati dan dijelmakan dalam bentuk amal, dan sekiranya ajal itu dinampakkan kepada kamu pasti akan porak porandalah semua cita-cita.. pengalaman adalah cermin kegagalan dan penilaian terhadap segala kekurangan.. -Saidina Abu Bakar R.A.

Thursday, May 20, 2010

lagi2 kes di nursery...membimbangkan!

Assalamualaikum..
baru td menghantar post berkaitan Maxis Broadband yg kebelakangan ni sering buat hal.. tp try bukak n dapat lak internet..mungkin coz pekerrja2 binaan berdekatan dah stop wat kerja skg..tak tahu ke mana diorang pergi..tp mungkin sambung lg pas2 zuhur ni..

Ana membuka laman web Harian Metro, membaca kisah2 terbaru yg dipaparkan. Antara kisah yg menyayat hati dan menarik perhatian ana ialah kisah kematian anak kecil yg berlaku di nursery.

Anak kaku dalam ribaan
JOHOR BAHRU: Luluh hati seorang ibu melihat bayinya dua kali menyedut nafas dalam-dalam sebelum kaku di pangkuannya ketika dalam perjalanan ke klinik bagi menyelamatkan nyawa si kecil yang tidak sedarkan diri itu.
Sebaik sampai di klinik swasta, Aqil Adam Azrul, tiga bulan, yang tidak sedarkan diri dipercayai akibat tersedak susu ketika berada di sebuah pusat asuhan di Taman Impian Emas di sini disahkan sudah tidak bernyawa lagi apabila tidak memberi tindak balas selepas 10 minit diberikan bantuan pernafasan.

Menceritakan detik cemas itu, ibu mangsa, Noor Sarima Ruslan, 28, mendakwa menerima panggilan daripada petugas pusat jagaan kanak-kanak pada jam 2 petang Isnin lalu, mengatakan bayinya tidak sedarkan diri dipercayai akibat tersedak susu.

Menurutnya, dia bergegas ke pusat jagaan berkenaan kira-kira satu kilometer dari tempat kerjanya bersama seorang rakan.

“Ketika panggilan dibuat penjaga terbabit mengatakan anak saya sudah tak bernafas dan ketika sampai saya dapati Aqil dalam keadaan lemah manakala muka serta bibirnya pucat sebelum dikejarkan ke klinik berhampiran.

“Sejurus sampai, doktor memberikan bantuan alat pernafasan. Selepas menunggu lebih 10 minit dia mengatakan bayi saya tidak mempunyai harapan untuk hidup berikutan terlewat mendapatkan rawatan.

“Suami yang tiba kemudian tidak berputus harap lalu menghubungi hospital. Sebaik ambulans tiba, pasukan paramedik melakukan CPR, namun kesudahannya jururawat memaklumkan Aqil tiada lagi,” katanya sayu.

Sarima berkata, terdahulu pada pagi kejadian, dia berasa berat hati untuk meninggalkan bayinya ditambah pula dengan perangai luar biasa abang Akil, Amirul Adam Azrul, 3, yang merengek seperti tidak mahu ditinggalkan di pusat asuhan berkenaan.

Bagaimanapun, Sarima cuba menyedapkan hati dengan menganggap itu perkara biasa sehingga menerima panggilan petugas pusat asuhan berkenaan memberitahu bayinya sudah tidak bernyawa.

Katanya, ketika ditanya penjaga terbabit mendakwa kejadian itu akibat anaknya dihempap bayi lain berikutan ada dua lagi bayi dihantar ke pusat jagaan berkenaan, bagaimanapun kenyataan wanita berusia 20-an itu mencurigakan.

Menurutnya, penjaga terbabit mengatakan mangsa ditinggalkan seketika untuk membuat susu dan sebaik kembali, wanita itu mendapati Akil sudah tidak sedarkan diri.
Sementara itu, suami Sarima, Azrul Nuraizam Hamzah, 29, berkata dia serik menghantar anak ke mana-mana pusat jagaan berikutan trauma dengan kejadian menimpa mereka.

“Apa yang saya kesalkan tindakan pusat jagaan terbabit yang lewat memaklumkan kami berhubung kejadian serta tidak menghantar Aqil mendapatkan rawatan segera selepas didapati tidak sedarkan diri kononnya kerana dihempap bayi lain.

“Kami tidak puas hati berikutan pusat jagaan terbabit seperti menyembunyikan sesuatu apabila enggan memberitahu punca sebenar kejadian dan kenyataan diberikan mengelirukan,” katanya.


Membaca tentang kisah2 yg berlaku di Pusat Asuhan apatah lg yg disebabkan kecuaian pengasuh membuatkan ana bimbang dengan anak sendiri nanti.. Ye la, dalam masa beberapa bulan lg dia bakal dilahirkan, dan cuti UIA akan habis awal bulan 7 ni.. walaupun due awal bulan 8, ana akan mengambil cuti bersalin selama 3 minggu..selepas itu kembali meneruskan pengajian di UIA dan ana serta suami bercadang mahu meletakkan bayi kami di Nursery..tp kalau boleh mahu mencari pengasuh sahaja memandangkan usianya yg masih di bawah 2 bulan..ana ada gak berbual dengan pensyarah ana, Dr Norbani waktu di UIA dulu dan dia menasihatkan agar tidak diletakkan anak di Nursery coz kemungkinan pelbagai perkara boleh berlaku memandangkan usianya masih kecil. Baby yg baru lahir ni katanya tak boleh selalu diusung ke sana ke mari atau bersama ramai baby2 lain coz kemungkinan nanti takut ada jangkitan penyakit dr anak2 lain dan antibody lemah jika selalu berpindah tempat.Itulah, kalau boleh ana memang nak elak letak di nursery tp skg susah nak cari pengasuh di sini..kalau di Kelantan mungkin ramai. dan kalau boleh, mahu cari seseorang yang jujur, amanah, penyayang dan betul2 boleh menjaga anak ini dengan baik..kalau nak letak kat kelantan x sanggup lak berpisah memandangkan ini anak pertama kami dan dia masih kecil.Lebih2 lagi, ana dah bertekad selepas bernikah, walau apepun terjadi tak mahu menyusahkan ma ayah yg banyak berkorban sejak ana kecil lagi..huhu..penin2..nak kna cari pengasuh...tak mau indon..semoga dipermudahkan Allah..Dr Norbani suggests amik study leave sahaja maksudnya sem depan tangguh dulu belajar so ana ada masa 4 bulan untuk menjaga baby sepenuhnya, but..ana x sanggup nak tinggalkan pelajaran selama itu..lgpun, ana dah berjanji pd ma pelajaran takkan tertangguh walaupun selepas berkahwin..kalau org2 yg masuk UIA sama tarikh dengan ana masuk UIA, maka kami akan mendapat ijazah pd Tarikh yg sama jugak..ana tak mahu ketinggalan..

Internet connection got problem

i am sorry, myb can't make any new posts coz my maxis broadband always make me headache..probably becoz a new house construction nearby my home..b4 this, everything is ok untill the workers start construct the building..then..the connection become very2 slow like a turtle..huh...so bored without internet at home..

Saturday, May 15, 2010

Syukur Alhamdulillah

Semalam alhamdulillah dapat buat ultrasound baby. Ana pun agak terkejut coz suami tibe2 ajak untuk tengok baby kat klinik, myb coz memujuk isterinya ini yg malam semalam merajuk cz selalu kna tinggal. Bile suami ajak g wat ultrasound, serta merta bibir tersenyum dan hati rasa girang sekali. Apatah lg suami ajak g beli barang baby..hehe..lg seronok..tak jadi merajuk lama2..kejap2 dah..

So kelmarin, pukul 3.30 pm kami keluar rumah untuk ke Masjid Muqarrabin terlebih dahulu cz suami kna jd imam asar. Lepas tu lah kami baru berangkat shopping di Tesco Selayang. Mule2 g cari barang baby dulu baru pergi cari barang2 dapur yg dah ana senaraikan.

KeExciTeDan memBeli Barang baby..
Tersangatlah teruja waktu duk cari barang2 baby ni terutama baju2..semua comel2 sgt..Cuma masalahnye kami tak tau our baby is boy or girl jd waktu nak pilih kaler utk something tu susah gak la...apepon, ana try elak cari warna pink coz kalau baby boy x sesuai la kan nak pakai pink..ana rase mcm baby boy je..x tahula..coz mak mertua ana kat Kedah ckp kalau dlm family ana yg sulung adelah lelaki dan family suami yg sulung pun lelaki maka myb anak sulung kami boy jugak..tp x semestinya, ana x kisah..suami lagi x kisah, yg penting, ape yg Allah kurniakan adalah yg terbaik dan kami gembira dengan kehadiran insan kecil ini.

Beli itu dan beli ini...bile nak bayar, dekat2 RM 300 dah..hehe..nak buat mcmana, campur ngan brg dapur jugak, nasib baik untuk persediaan menyambut baby dah ader akaun khas yg ana dan suami buat. Jd duit utk baby khas from akaun die, untungla baby..betapa sayangnye ayah die pd die ye, tiap2 bulan ayahnya peruntukkan wang khas untuk baby siap name akaun baby lagi.

ULTRASOUND
Ye..itulah saat2 yg kami tunggu..lepas makan kat cafe dengan suami after solat maghrib tu, kami terus ke Poliklinik Aisyah yg terletak di Batu Caves. Kalau ade masalah kesihatan, mmg di sinilah kami rujuk..1, cz doktornye perempuan.. 1, cz kos biase2 je.. 3, cz doktornye baik(^^)

Alhamdulillah, mengikut doktor, usia baby dah 28 minggu 2 hari = 6 bulan. Beratnya pula 1.18kg, berat jugak rupanya anak mama ni ye..ana duk agak berat die myb 700-800 gram je coz mak die kan kecik..x sangka dah sekilo lebih, patutla tiap kali nak bangun rasa berat je tummy. Mase doktor scan baby, baik je baby ni..dia diam dan gerak2 tangan je..mudah doktor nak ukur saiz kepala, tulang paha dan denyutannya, alhamdulillah..tp lepas je scan dah dup dap dup dap menendang..ish2..oo..alim depan doktor ye. Macamana dengan gender???boy ke girl? Hehe..mengikut doktor, coz x nampak scrotum maka doktor agak my baby is a GIRL. PROBABLY A GIRL Ok, myb seorang puteri..hehe..seronok2.. tp x pasti lagi coz anak ana ni mcm pemalu2 sikit depan org..jd waktu doktor nak intai tu x nampak sangatla..bagusla sayang, malu itu separuh dr iman(^^) hehe..apepun, semalam hari yg mengeembirakan buat ana dan suami.dapat tahu yg anak kami sihat dengan berat yg ideal, kami gembira sangat..apatah lg barang2 baby yg dibeli menceriakan suasana..alhamdulillah..


barang2 baby termasuk selimut, kain lampin, getah lapik, tilam&bantal,botol susu,warmer&botol susu(hadiah dr aida),tuala..


baju tido yg comel


baju2...


baju2 lg..yg ni bli kat kelate baru2ni


topi..npe biru ye...he..



tilam baby sekali dengan net

Friday, May 14, 2010

bile dah malas masak...

kalau suami ade kat umah rajin gak nak masak2 ape pun kat die..tp kalau die xder, balik malam ke..untuk sarapan dan makanan tengahari, ana memang rasa malas sangat nak masak untuk diri sendiri..hehe..rajin nak masak untuk org lain je..jd semalam coz suami terpaksa balik malam menghadiri bacaan yasiin di Masjid Negara, ana pon tak masak nasi...dah sure dah meti suami makan mase kat jamuan di sana..jd semalam tu pagi minum susu, tengahari makan kentang goreng dan jus epal, petang makan lempeng, malam lak..meggi..ops=) hehe..sekali je makan dah tak nak dah ye, cz meggi x elok untuk kesihatan tp semalam cz malas sgt nak masak nasik. Harini ingatnye malas lagi nak masak nasik cz suami ckp dia balik pas asar.tp td die msj ckp balik lepas zuhur lak. terpaksa ana batalkan niat nak makan nugget dengan kentang goreng sahaja sebagai makanan tengahari..kna la masak nasi bile abang ade..hehe..kdg2 ana makan koko crunch atau roti shj pagi2 kerana kemalasan ini. Stok koko crunch dah habis, jd petang ni kami bercadang nak ke Tesco beli makanan2 lg dan brg2 dapur sikit..yang pasti, ana kna tambahkan stok cornflakes dan roti lak sebagai persediaan kalau2 malas nak masak lagi.yela, duk sorang rasa malas nak masak unruk diri sendiri..tp kalau ade org rajin lak nak masak itu ini..Malam semalam ana bg pilihan pd suami pilih menu istimewa untuk hujung minggu ini samada nak makan nasi ayam ataupun nasi paprik cz ana leh beli bahan2 terus..die pilih paprik..so minggu ni sape2 nak dtg rasa paprik masakan ainina leh la..hehe..minggu depan suami nak nasi ayam lak..dan minggu 1 lg ana dah janji nak wat nasi tomato=) happy cooking:)

Wednesday, May 12, 2010

Bagaimana untuk benar2 bersedia?

Andai teman2 bertanya "seronokkah awak bergelar seorang isteri dan bakal menjadi ibu?" maka ana akan menjawab dengan senyuman, "sangat seronok, tak sabar menantikan kehadiran cahaya mata kami."
namun andai mereka bertanya "bersediakah untuk menjadi seorang ibu?" maka ana akan terdiam memikirkan. Sebuah amanah, sebuah tanggungjawab baru, seberat gunung yang harus dipikul, kerna ia akan dipersoalkan di akhirat kelak. Bukan mudah untuk menjadi ibu bapa, pahit manis pati kan dilalui...melihat pengalaman insan2 terdekat terutamanya ma ayah dan abang2, kdg2 ana rasa takut mahu melalui satu fasa kehidupan baru. Gembira memang ada, siapa yang tak gembira..dalam surah An-Nisa' ada memuatkan bahawa manusia dihiasi dengan sikap cintakan anak2..sebab tu bg mereka yang berkahwin lama tapi tidak mendapat rezeki untuk menimang cahaya mata lg akan berasa sedih dan sunyi, namun setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya.
Anak itu anugerah, anak itu penghibur dan penyejuk mata. kdg2 ana terfikir bagaimana cara untuk benar2 bersedia menjadi seorang ibu? cukupkah dengan melengkapkan diri melalui pembacaan? Check up klinik tiap2 bulan jua sentiasa dilengkapi dengan nasihat2 untuk menjaga kesihatan ibu dan bayi..namun ia hanya tarbiyah fizikal..bagaimana tarbiah rohani dan spiritual? sejak di awal kehamilan lg ana cuba untuk "bersedia" dengan mengisi mase2 lapang membaca buku2 ilmiah untuk pengetahuan. namun tak pasti andai ia persediaan yg benar2 mencukupi..setiap kali balik kampung pastinya ibu akan memberi nasihat terbaik tentang cara mendidik anak..ana seronok mendengarnya. apa yang pasti, sebenar2 persediaan belum ada namun belajar sedikit demi sedikit dan mengutip pengalaman dr mereka yang telah melaluinya=)


buku ini ana beli di Kelantan waktu usia kehamilan baru 4 minggu=)


buku ni dibeli di Kedah pd bulan 12..mase tu baby dah 3 bulan



buku ni kak Ila, jiran bg pinjam..die pun mengandung 8 bulan dah..kami selalu tukar2 buku dan berkongsi cerita..=) seronok dpt jiran yg baik..

semoga dengan pembacaan2 ini sedikit sebanyak dpt meningkatkan persediaan untuk menjadi "ibu"..bapanye lak kna bersedia gak..hehe=)

Tuesday, May 11, 2010

mimpikan Hasnaa'



rindu same anak sedaraku yang motok2 dan kiut ni...
Hasnaa' mesti rindu cik ain gak kan kan?
semalam mimpi jumpa Hasnaa' dan dukung2 die..
mesti sekang makin berat dah..
hoho...my hasnaa', meh jalan umah cik ain, ajak ibu dan baba k..:)


hasnaa' yg comel dan tembam=)

Selamat Pengantin Baru buat kakak iparku..

Tanggal 1 Mei 2010 sahlah Fatimah bt Abu Bakar, kakak kepada suami ana disunting menjadi isteri kepada Abdul Rahim. Majlis pernikahan diadakan di Masjid berdekatan dengan Taman Ria Jaya, tempat tinggal family suami. Dan pada baru2ni, 9 Mei 2010 Majlis sambut menantu lak diadakan di Melaka secara besar2an..yg lawaknye pd hari itu ana kena jd pengapit secara bidan terjun. X sangka lak..segan pun ade coz mcm2 adat org Melaka ni buat. Semalam lepas pulang dr Melaka family mertua singgah bermalam di rumah ana..hehe..banyak makanan family Melaka bg jd panaskan yg tu je dan makan ramai2..pagi smlm semua dah pulang dan rumah terasa sunyi lak. Seronoknye bile ade tetamu rasa meriah sangat2 walaupun agak penat semalam cz baru balik dr tempat jauh dan kna layan tetamu tp xpe, seronok.

Buat kak Timah, selamat pengantin baru dan semoga bahagia hingga ke syurga. Semoga dapat membina rumahtangga bahagia dan harmoni.

di sini ade sedikit gambar tatapan buat kenangan. Hajatnye kalau ade mase nak pergi jalan2 di Zoo Melaka, perigi Hang Tuah n Kota a'famosa tp x sempat lak...sedih:(


gambar di hari pernikahan di Kedah, my husband's home.


ini di waktu majlis sambut menantu di Melaka


kami pun sempat gak bergambar kenangan di pelamin..pengantin baru gak okey:)


homestay di Melaka =)

Friday, May 7, 2010

..BuBur pUlUt hITAm..

waktu kenduri di Kedah minggu lepas, sempat merasa bubur pulut hitam yang dibuat sempena pemanis mullut kenduri. Ana ingatke bubur kacang merah coz warnanya hampir sama..

sampai di rumah, teringat2 lak bubur pulut hitam tu yg ana panggil "bubur kacang merah".. suami pon same..die tanya "ayang pandai tak masak bubur yg kite makan kat kedah baruni?" ana yang tengah tengok TV menjawab "erm..oo..bubur kacang merah tu ke? kalau bubur kacang hijau boleh je masak, tp bubur kacang merah tu tak pernah lg try. abang pergi la beli kacang merah tu nanti yg masak." abg jawab "bukan bubur kacang merah la sayang..bubur pulut hitam..kan waktu kite makan die keluar pulut.."
"eh, yeke? yang ingtke die campo dengan bersa sikit..hehe..tp mcm bubur kacang merah je..ala..bubur kacang merah jugak..tak kire.." abang pon jawab sambil gelak "lawak la ayang ni makan tak tengok ye makanan tu..ok la, nanti esok abg beli."

tibe2 esok suami pulang dengan membawa stengah kilo pulut hitam.ana terkejut..lantas bertanya.."aik? ni ape bang? kenapa pelik je mcm beras warna hitam?" " ni la pulut hitam..." "ala..kalau mcm ni ayang tak tahu nak masak mcmamana..yg tanya ma semalam cara nak masak bubur kacang merah je..ma ckp sama dengan masak bubur kcg hijau.tp xpe, nanti yg try wat"

maka, ana fikir punya fikir mcmana nak buat..pas asar semalam ana rendamkan dulu pulut hitam tu selama setengah jam, cz die pulut, bisenye pulut kna rendam lama2 bg lembut. waktu tu suami ana dah bertolak ke tempat mengajar ngajinya.. lama ana tunggu tengok x de perubahan pon pd pulut tu..hehe=) jd malas nak tunggu lg ana rebus je lama2 pas basuh 2, 3 kali.. sampaila maghrib duk rebus benda tu sampai die empuk.bile rebus tibe2 tengok air tukar jd kaler hitam lam periuk..ana dah start panik..betol ke aku masak mcm ni?huhu..nasib baik wat sikit je cz takut tak jd..
mase solat maghrib ana biarkan pulut hitam tu diatas api yang perlahan..lepas pastikan yang pulut tu dah empuk maka ana rasa misi pertama dah berjaya..yes!

so..dalam keadaan pertama kali buat benda ni ana terus sambung masak gak..pulut td ditoskan, pastu masuk santan..kacau sampai mendidih..pastu letak gula..lepas masak tutup api dan ana g solat isyak dan tidur lak.. sampaila suami pulang agak lewat semalam, dalam kul 10.30 coz die kate ade mesyuarat Imam2 masjid pas isyak.. die balik2 tengok ana mcm mengantuk, terus die peluk dan ckp sian sayang abg ni..mengantuk ye? baby pon mengantuk? ana angguk je mcm tak nak ckp banyak semalam..dalam keadaan suami yang masih tak salin baju lg dan lawaknye masih pakai helmet die tolong urut2kan ana cz die ingat ana penat..hehe..ana pon ckp sambil nak tergelak ""helmet abg pon tak buang lg..lawakla abg ni..hehe" die pon ckp "eh, lupe lak.." melihat suami yg baik, ana pon terus bersemangat g dapur balik nak buatkan air.. die melarang dan ckp "ayang rehatla..cian ayang abg ni.." pas tu die datang ke dapur dan terkejut bile tengok ade bubur pulut hitam.."eh, wa..dah jadi..pandainye.."
hehe...maka makanlah kami semalam..tak sangka jd gak walaupun first time buat.alhamdulillah suami suke dan tambah 2 kali..hehe :)

buatmu suami




aku menilai bukan dari
keindahan paras rupa
tetapi
dari ketulusan hati
aku jatuh cinta bukan dari
kemanisan tutur bicara
tetapi dari
kejujuran kata2

hadir kamu dalam hidupku
ku hargai sepenuh jiwa

asalkan kejujuran menjadi teras
pasti cinta kan terus terpatri

Wednesday, May 5, 2010

dapat hadiah lg

sempena genap 7 bulan pernikahan kami, suami ana bg hadiah..jeng3..iaitu...DVD Player..hehe..seronok2:D happy sgt2.. die kate takut isteri die ni boring kat umah sorang waktu die g keje jd die bg hadiah ni. terima kasih abang..nanti sayang tengok citer hantu dan thriller banyak2 bile abg g keje..

ayat suami ana yg wat ana tergelak :
"nanti tiap2 minggu kite g langgan cd kat umah abang zul ye"

haha:) memang betul umah abg zul merupakan stokis citer2 yang best dan x best.. dulu umah abg ngah tp rasanya dah lama kot abg ngah tak beli citer2 baru.. jd umah abg zul jd mangsa.. so zoo..dapatkan dvd terbaru okeh.

suri rumah sepenuh masa

itulah title ana skg..alhamdulillah, awal minggu lepas dah start masuk umah baru..hajatnye nak buat jamuan sikit jemput family tp x kesampaian memandangkan suami selalu bz dan byk lg barang2 yang belum lengkap:) jd kami buat solat hajat masuk rumah baru sendiri dan baca yasiin serta al-Baqarah..alhamdulillah, selesai..semoga perkara yang tak diingini dijauhkan Allah..

cuti panjang skg, rasa lega sangat2..happy leh rehat2kan minda dan jaga kandungan dengan lebih baik, almaklumlah, bile di UIA kdg2 x sempat makan makanan berkhasiat, coz tiap kali nak g cafe, x lalu nak makan.naik muak dah makan makanan yg sama..bile di rumah, leh masak sendiri, makan bile2 masa shj:)

hujung minggu yang lepas, ana dan suami pulang ke Kedah selama 3 hari sempena majlis pernikahan kak ipar yg berlangsung pd 1 Mei 2010. bile kenduri, mcm2 persiapan kna buat..agak memenatkan dan meletihkan..tidur pon terpaksa tidur lewat..bile kenduri dah selesai, lega rasanya tp kerja belum selesai..barang2 perlu dikemas dan dibersihkan.ana hanya menolong mana yg termampu..dengan membawa baby yg makin besar ni, nasib baik semua faham:)tp x leh la duk rehat je, kna buat gak sikit2..hehe..

hujung minggu ni pulak, kami akan bertolak ke Melaka sempena majlis Sambut menantu kak ipa..mungkin hari Ahad pg kami bertolak pergi..sesungguhnya penat jalan jauh bg pmpuan mengandunng ni walaupun x drive pon:P tp xpela, sekali sekala ape salahnya jalan2..seronok gak makan angin.

x pernah ana sangka urusan rumah akan terletak di bahu ana sepenuhnya:) jd manager lak..hehe..kalau dulu ana hanya melihat ma ana yang mengurus dan menyusun semua hal dalam rumah, skg ana lak menguruskan rumah ini..susun atur perabot, list2 barang dapur, menu masakan, perbelanjaan harian..dah naik pangakat jd manager!

kami tinggal berdua sahaja di dalam rumah ni, jd senang sikit nak uruskan semua:) hehe..lgpon suami ana jenis tak cerewet..ape yg ana buat pd rumah, dia takkan komen..ana hias bahagian luar dengan bunga2an pun die buat biase je, takde lak komen ke, marah ke..jd ana leh buat ape yg ana suke..dan masak ape yg ana suke..alhamdulillah, bab masakan suami x cerewet..makan ape yg ada..kalau x de nasi dia makan biskut atau roti je..tp takdelah ana biarkan rumah x de nasik lak..

peti ais rumah dah penuh dengan makanan..coz suami nak berat bdn ana naik supaya nurse x marah bile g checkup bulanan nanti..bulan lepas berat badan ana naik gak dr 42kg kepada 44 kg:) tp still kna tanda dengn pen merah lg coz nurse nak pmpuan ngandung melebihi 45 kg..sebenarnya ana bukan suka sgt makan..huhu..tak tahu la nak wat mcmana lg..ana makan bile rasa lapar je, bile x lapar payah nak telan ape pon..kalaulah ana leh selera nakan mcm suami kan best..bile check up bulan lepas, HB (Hemoglobin) ana turun dr 11.0 kepada 10.8..kna dengar ceramah free la dr nurse tu..sepatutnya HB bg pmpuan mengandung 11 ke atas..tp nasib baik nurse tak marah2..cume bg nasehat je..baik2 nurse kat sane.. lepas suami ana amik dr checkup dan ana gtao ape yg terjadi terus die beli banyak buah2an kat ana..buah pisang, mangga, manggis..dan beli sayur bayam dan kangkung..tak larat den nak habiskan dalam masa terdekat..alamatnye, sayur bayam jd kering dah..sempat masak sikiy je baruni..hehe..maaf ye bang..lain kali kite kna bli sikit2 je dulu..yang tahu abg risau tp nanti yang makan sayur dan buah banyak2 lg..:)

rutin harian ana di umah skg..pagi2 lepas solat subuh, tolong suami bersiap..biasenye ana akan gosok pakaian die sehari sebelum tu lg jd pg2 just tolong lengkapkan barang2 dia nak bawak..letakkan beg, dompet, kunci2, helmet, fon, stokin,dan kopiah setempat je..pastu nanti senang die nak amik.suami ana jenis tak sarapan pg, jd tak perlu masa cuma kdg2 sediakan air shj.lepas suami bertolak ke tempat kerja lebih kurang kul 6.45pg, ana sambung bce quran n muroja'ah sampai la kul 7.30pg..lepas tu start basuh kain..nasib baik mesin auto..jd masukkan kain dan ana sambung tido jap..hehe..pas kain dah siap basuh (bunyi muzik) ana g sidai dulu..lepas tu sapu sampah, kemas umah..dan masak untuk sarapan diri sendiri..lepas makan, tengok TV atau DVD (kalau sempat) kalau tak ana sambung kemas barang2 yng banyak lg x dikemas dalam kotak2..buat sikit2 je cz suami dah pesan jgn wat keje berat..dekat2 zuhur ana kan masak utk makan tengahari cz biasenye pas habis waktu ngajar suami akan balik makan bersama dahulu..dekat2 asar die akan bertolak pergi lak untuk jd imam asar atau mengajar al-Quran di Sungai Besi..jd pas isyak baru suami akan balik.. gitulah sehari2..wat keje umah, memasak, berehat(hehe)

oh ye, perkara terbaru pasal baby, die dah pandai respond pd bunyi terutamanya muzik..kalau dipasang nasyid yang slow, die slow je gerak..kalau nasyid yang rancak sikit mcm intifada maka rancaklah jugak die gerak..ade malam baruni elok2 tengah solat jemaah dengan suami, tibe2 dengar org bg salam kat bawah (bukan pd kami tp pd jiran di bwah), baby tengah diam tp lepas dengar org bg salam kuat tu, die lak jawab salam..duk bergolek2 die dan menendang2 tummy ibunya ni sampai agak terganggu konsentrasi tengah solat..ish2..die ingat org bg salam kat die kot..coz biasenye bile ana mahu mulakan perbualan dengan baby, ana akan ucapkan salam dahulu sampai die respon (gerak) dan start berbual2 dengan baby..(tak taola die faham x..tp insyaallah faham:) )

doakan kami ye..dan jemputlah singgah di Darul Mahabbah:)

~TetAmu diHorMati~syukran atas persinggahan(^^)

~jalinan ukhuwwah~

There was an error in this gadget