semoga bahagia dunia akhirat

semoga bahagia dunia akhirat
~di bawah jalinan suci ikatan perkahwinan~
Iman bukan sekadar angan-angan, tetapi adalah sesuatu yang diyakini dalam hati dan dijelmakan dalam bentuk amal, dan sekiranya ajal itu dinampakkan kepada kamu pasti akan porak porandalah semua cita-cita.. pengalaman adalah cermin kegagalan dan penilaian terhadap segala kekurangan.. -Saidina Abu Bakar R.A.

Wednesday, January 27, 2010

Kerana takutkan jarum......


assalamualaikum wbt..

walaupun ruhul jadid dalam uterusku ini dah menjangkau 3 bulan, tp ana tak pergi2 pun jumpa doktor untuk buat kad pink, dan buat injection amik darah..semuanya sebab...

takut jarum

Masa nak nikah dulu pun, wat ujian HIV mcm nak pengsan rasanya bila doktor cucuk hujung jari dan titiskan darah pd alat penguji..aduh..mcmana ni...

dengar kata org mengandung akan banyak kna cucuk jarum..

ana tersangat2 risau..

berulangkali suami memujuk untuk ke klinik buat kad dan amik darah..tp ana bg mcm2 alasan..hehe..

masa kat Kelantan ni pun ma ada ajak gak g klinik ibu dan anak hari Ahad yg lalu untuk amik darah dan wat kad..tp ana fikir2..takut2..dan tak jadi pergi..

Akhirnya, ana buat syarat kat suami ana..

"Kalau abg nak yang g klinik, abang kna janji 1 benda"-ana
"Ye, abang janji..ape yg?"-abang
"belikan yg cd game, jd yg leh main dalam laptop..he(^^)"-ana
"ye, nanti kita beli..janji ayg g klinik k"-abang
"tp yg nak cd tu dulu baru yg g"-ana
"ok2..nanti abang beli..:p"

yes!
*isteri yg manja,suka main game mcm magic farm kalau x der keje..(^^)*

Saturday, January 23, 2010

anak2 saudara kami yang makin tembam dan cumiyl










assalamualaikum....
alhamdulillah, ni alkisah anak2 saudara kami..Rushdan dan Hasnaa' yanng makin lama makin bijak, comel, tembam dan nakal. Hasnaa' dah pandai sembur2 orang dengan air liur dia dr mulutnya yang kiut tu..Rushdan pulak dah pandai nak berdukung je, dan suka dah tarik perhatian orang nak suh org main dengan dia..Hasnaa' dah makin bising, suka bercakap walaupun bahasa yang x difahami..tp awas..jgn duk dekat sangat ngan dia, dia sembur2 nanti..hehe..comel sangat:)
Buat pengetahuan mak2 sedara Rushdan dan Hasnaa' yang jauh di perantauan dan di Malaysia pon ada gak, anak saudara kita ni makin cerdik..ni cik Ain ada uploadkan pict, harap cik Nani kat kelate dan cik Uni kat Mesir dapat tengok ye(^^)

Friday, January 22, 2010

~anakku kembar~


perasaan berdebar nak g Klinik untuk ultrasound..
baruni dah ultrasound kali pertama nak tahu kedudukan baby normal atau tidak, alhamdulillah..doktor kata semuanya tiada masalah..baby berada dalam rahim..cuma baby belum nampak dengan sempurna, doktor kata kalau nak nampak baby yang sempurna boleh datang 20 hb 1..

setelah doktor memulakan ultrasound kali keduanya, berdebar sangat rasanya..x sabar nak tengok baby pun ye..

tiba2 muncul dalam skrin scanner doktor tu..nampak baby..tp kenapa mcm lain sikit? doktor agak terkejut melihat apa yang dia scan tu..

eh, masyaallah, anak awak kembar ni ! kata doktor dengan nada terkejut dan gembira..

waktu tu, ana sedikit terkejut tp hati ana terasa riang sangat, alhamdulillah..suami di sisi pun nampak gembira dengan scan ni..x sangka ada 2 nyawa dalam rahimku..

*******************************tup**** tup*****************************************

aku tersedar dari tidur dalam keadaan terkejut..

tengok2 jam baru menunjukkan jam 4 pagi..masyaallah..

aduh, mimpi rupanya g scan baby dan dapat keputusan yang baby kembar..

hehe:) mungkin kerana x sabar kot nak g wat ultrasound lagi nak tengok baby..

harap2 dia sihat je ye..dan kalau betol2 kembar??macamana tu??? (^^)

Thursday, January 21, 2010

balik Q-Late esok malam !

......................................alhamdulillah....................................

4 subjek untuk examination pertengahan sem dah dilepasi, sekarang hanya tinggal 1 subjek lg iaitu Intro to Sociology & Anthropology, nasib baik exam subjek ni lepas cuti kalau tak mungkin pecah kepala study..:p **Hiperbola **

selepas habis exam Science of Quran td, hati ana terasa lega 1000 kali..kesyukuran dipanjatkan kepada Allah..lega sangat2..tak tahu kenapa..mungkin coz ana sangat score subjek ni, dan study habis2an semalam..yelah, nak study sebellum tu lak ada exam History, Phonetics, Drama..jd terpaksa bahagikan masa dengan adilnya..*inilah effect study last minute* sila jangan tiru ye:p

kepada sesiapa yang nak try jawab soalan yang ana jawab td (mengambil masa 1 jam 30 minit tp ana paling lambat keluar sbb duk asyik menulis dan menulis sampai terketar tangan)..di sini ana letak soalan2 untuk anda semua try jawab..gOOd Luck..

Subject : Sciences of the Quran

Question 1
(1) Define the following terms:
a) Qur'an
b) Hadith
(2) The Qur'an has used the term wahy in different surah to indicate various meanings. Briefly explain any three of the meanings of wahy as being used by the Qur'an.

Question 2
Explain the possibility of wahy by way of logical argument, provide examples

Question 3
Explain the classification of reports of the asbab-annuzul.Provide examples.

inilah soalan2 td..agak senang kan?kalau senang try la jawab..hehe..sebenarnya soalan dia memang senang cuma bila kite 'terbaca' banyak sangat pasal benda lain isi jd tertukar2..alangkah bestnya kalau dpt tahu bnda2 ni je yang keluar exam...isk..isk..tp itulah, kita belajar untuk ilmu..exam hanyalah sebagai titik ujian:)

berbalik pd topik, insyaallah esok ana bersama sepupu akan pulang ke rumah kami di Kelantan, sangat2 x sabar nak balik apatah lg coz ada something special untuk ma..harap ma suka..walaupun ia tak mampu dibandingkan dengan jasa ma walaupun sebesar zarah..kerana jasanya begitu agung..

Monday, January 18, 2010

di sebalik mata yang berkaca...

Sebaik menghadiri kuliah Intro to History and Civilization yang habis jam 3.30 petang, ana dan Farah serta rakan2 yang lain membuat sedikit perbincangan tentang Presentation Science of the Quran.Buku karangan Aminah Wadud dikupas secara dasarnya oleh Ema tentang isu wanita yang terdapat dalam Al-Quran..walaupun ana agak kurang yakin dengan cetusan pemikiran Aminah Wadud yang pernah menggemparkan dunia beberapa tahun lalu atas isu dia menetuai solat Jemaah di gereja, namun..setelah diyakini oleh Lecturer,Prof Norbani bahawa tulisannya boleh dipakai serba sedikit jd kami mengambil sedikit kupasan dr tulisannya.Ana pulak mengupas sedikit isu yang diketengahkan oleh Barbara Freyer Stowasser yang mengkaji kisah2 wanita dalam Al-Quran dan interpretasi secara dasar.Ana lupa nak bawak buku tulisan Dr Nasruddin Baidan tentang upaya penggalian Konsep wanita dalam Al-Quran..”Discourse on the Women issues in the contemporary Interpretation of the Al-Quran”..iya, itulah topic presentation kami yang agak mencabar kalini..namun ia tidaklah sesusah Topik yang ana bentangkan dalam kelas Revelation of a Source of Knowledge pd sem lepas..tajuk yang kumpulan kami terima: “ Dichotomy of Science and Religion in The History of Modern Western Perspective” namun Alhamdulillah, berkat kesungguhan ahli kumpulan yang mencari bahan2, kerjasama dan usaha…Presentation yang mengambil masa selama 20 minit yang mana ana sebagai wakil Presenter Berjaya mengutip markah sebanyak 13/15 dan membuatkan Madam (juga Prof Norbani) berpuashati atas pembentangan itu.kami bersyukur usaha kami menggali Ensiklopedia2 Sejarah Eropah, buku2 Perbandingan agama, buku sejarah Western yang semuanya berbahasa Inggeris semuanya berbalas..terima kasih kepada Mdm Norbani atas tunjuk ajar beliau.
Setelah hampir jam 4.30 pm, perbincangan kami selesai, ana meminta diri terlebih dahulu kerana urusan mengambil buku yang difotostat di Photocopy Centre..Setelah itu, tiba2 fikiran teringatkan sesuatu..Al-Quran yang disandang dalam beg semestinya ada tujuannya..”Masyaallah, kelas Tahfiz!” ana hampir terlupa bahawa harini ada kelas tahfiz start jam 3.30 sampai 5.30 pm..pelajar hanya perlu tasmi’ dihadapan ustaz Khir bila2 masa sahaja dalam waktu tersebut..masa tinggal sejam lagi..ana mula risau, dan ana tak mahu tergagap baca dihadapan ustaz nanti..terus ana menuju ke masjid, mengambil ruang yang paling sunyi dan paling jauh dr orang ramai untuk mulakan Muroja’ah..tempat yang tenang dan sepi..ana berwudhuk dan mula membaca bayt2 ayat Al-Quran tanpa melihatnya terlebih dahulu demi menguji hafalan sendiri..
Helaian demi helaian dibelek..dalam bibir meniti ayat2 suci, fikiran pula menerawang ke masa lalu..Saat bermulanya kehidupan ana sebagai penghafaz..ana tidak layak digelar penghafaz al-Quran, kerana daya diri ini lemah dalam melengkapkan juzuk demi juzuk ayat yang pernah bernaung di memori..entah kenapa, saat ini begitu syahdu..air mata bergenang tidak dapat ditahan lagi..setitis demi setitis membasahi helaian kitab suciMu..suara bacaan ana mula bercampur tangisan..apa yang dalam fikiran ana??sebuah memori lalu yang begitu indah..saat2 ana dipertemukan dengan guru pertama hafazan..

_________________________________________________________________________________*
-Tingkatan 4, Maahad Muhammadi Lilbanat Kota Baru-
Di sini bermulanya coretan kehidupan yang penuh makna.Kenangan yang membaluti bisa menyentuh lubuk hati hingga cair titisan di sanubari ini..Pengumuman interview untuk Kelas Malam Tahfiz MMP yang akan diadakan pd hari itu menarik minat ana.Selepas rehat, ana tidak tahu bagaimana mahu menyertai interview itu..nasib baiklah ada seorang insan yang kini bergelar sahabat baikku dunia akhirat, Zulaikha.. “Jom la masuk kelas tahfiz..g la interview pahni Nina” kata2 Zulaikha menerjah corong telingaku..bagai orang mengantuk disorong bantal, memang inilah yang ana mahukan.. “Tp Zu, saya tak tahu gano nak masuk..tak tahu ni interview maso mano nga kat mano..saya rasa dah terlepas masa..” ana membalas dengan rasa sedikit kecewa..Lantas dia mengajakku bertemu Ustaznya, iaitu Ustaz Zakaria yang merupakan antara Ustaz yang akan menginterview pelajar yang mahu memasuki kelas tahfiz..itulah kali pertama ana bertemu Ustaz Zakaria yang kini telah menjadi Guruku..waktu tu agak lucu, geng2 ustaz tengah makan kat kantin kawasan ustaz lelaki, dan ana dan Zulaikha terpinga2 di luar menunggu mereka siap makan..tp lama sangat..jd Zulaikha mengajak ana masuk kedalam..ana rasa malu yang teramat sangat almaklumlah semuanya lelaki dalam tu..tp dia ajak gak dan akhirnya ana mengalah..sebaik kami melangkah, mata terus tertumpu pd kami semua,,ana tak tahu kat mana nak sorok muka dan terus tertunduk..nasib baik ustaz Zakaria kenal Zulaikha, jd Zulaikha terus ckp kat Ustaz..”Ustaz, ni kawan saya nak masuk gak kelas tahfiz..gano ustaz?” Ustaz Zakaria pun tengok dan cakap, “sebenarnya masa ni org2 yang nak interview dah start hafal Quran..masa tinggal 20 minit jah lagi dan interview nak start dah..sepatutnya sejam masa diberikan kepada plaja2 untuk hafal semuka ayat yang diberi.kiro awak lewat do’oh dah ni..tp takpolah, awak amik ayat ni, g ngafal mano2..dalam masa setengah jam jah saya wi ko awak, awak kena mari tasmi’, buleh ko dop?”ustaz Tanya..ana agak ragu2 nak jawab boleh..maklumlah kali pertama ana nak hafal..tp ana ckp gak “insyaallah ustaz, boleh”..ana terus mencari tempat sesuai nak menghafal 1 muka dr Surah Al-Baqarah Juz 2, manakala Zue masuk kelas sebab Ustaz Lokman agak strict..(masa tu kelas hadis)..ana masih ingat lg ayat2 yang ana kna hafal tu dr Juzuk 2, start dr ayat “Walaa Taquulu LimannYuqtalu Fii Sabiilillaahi amwaat…” sehingga akhir muka surat tersebut..sehingga kini ia jd kenangan yang tersimpan rapi..
Setelah 20 minit, ustaz2 yang akan menginterview mengarahkan pelajar2 masuk ke dewan..ana masuk ke dewan dalam keadaan terketar2..dalam hati ana terfikir tak sempat nak hafal setengah jam coz ustaz2 masuk mula awal..namun Alhamdulillah setakat tu hafalan ana agak lancar walaupun mungkin ada sedikit tersekat..ana cuba mengulang berulangkali namun disebabkan perasaan cuak..entah ana sudah tak dapat ulang lagi..waktu tu ada 3 orang ustaz yang menginterview, iaitu Ustaz Zakaria, Ustaz Hamzah dan Ustaz Wahab yang mana ketiga2 mereka ada dalam kantin td..ana teringatkan kelas Hadis Ustaz Lokman, risau kena marah sebab lewat masuk..jd ana cuba nak masuk secepat yang mungkin..waktu tu, tanpa fikir panjang ana terus kedepan mengisi kerusi kosong di hadapan ustaz Wahab..masih ana ingat pandangan hairan ustaz Zakaria waktu tu..sedangkan ana peserta yang paling lewat dapat ayat..Ustaz Wahab pula tak percaya, dia bertanya “anti yakin ke yang anti dah ingat ni? Anti kan hafal agak lewat sakni?” ana menjawab..”insyaallah” walaupun hati kurang yakin dan tangan terketar2..setelah ustaz suruh mula baca, ana menarik nafas panjang dan baca..ayat demi ayat yang ana perdengarkan Alhamdulillah lancar..mungkin waktu tu suara ana paling kuat (coz nervous sangat) ..Cuma 1 ayat terakhir ana lupa kepala dia, tp setelah ustaz Wahab sebut perkataan depan ana dapat menyambungnya..alhamdulillah..setelah selesai, ustaz Wahab seakan terkejut, ana masih ingat lg dia berkata “anti ni memang boleh jadi Hafizah, insyaallah anti dpt masuk kelas tahfiz” dan kata2 itu ana anggap sebagai doa kerana Ustaz Whab terkenal dengan kewarakannya dalam ilmu agama dan kelancaran penghafalan Quran.ana tersenyum lega, seraya mengucap terima kasih dan berlalu ke kelas di sebelah dewan..Sebagaimana yang ana jangka, mesti kelewatan ana dipersoalkan oleh ustaz Lokman..ana memberitahu perkara sebenar..dan Alhamdulillah dia boleh terima walaupun kdg2 kata2nya kelihatan tegas.
Sebulan lepas itu, keluarlah senarai2 nama pelajar2 yang diterima masuk ke kelas tahfiz dan yang Berjaya interview..alhamdulillah, nama ana tersenarai di tempat kedua..Nasihah mendahului di tempat pertama berdasarkan kiraan markah.Guru pertama yang mengajar kami ialah Ustaz Bedol Dat Awang. Pd hemah ana, ana sangkakan dia mungkin adal dr Filipina atau Thailand kerna namanya yang agak lain dr yang lain, dan wajahnya yang seakan2 cina tp kdg2 ana terpegun lihat cahaya dr wajahnya..ya, itulah cahaya penghafal quran yang kelihatan berseri dan bersinar..pd mulanya ana harap sangat dpt ustaz Zakaria jd dapat sekelas dengan Zue tp waktu tu semua anak murid ustaz Zakaria merupakan mereka yang dah senior2 hafal..maknanya dah berjuzuk2…jd kami yang baru ni dengan ustaz baru..
Tegasnya Ustaz Bedol menyebabkan ana pernah menangis setelah pulang dr kelasnya..dia memang amat tegas, sehingga beberapa anak murid keluar tahfiz kerana tak mahu di bawah ajarannya..namun, itulah..pahit itu ada manisnya..walaupun dia tegas, namun semuanya kerana Al-Quran..dia menekankan tajwid, fasohah, makhraj, dan bacaan tartil..kerana dia kata Al-Quran kalamullah yang agung, kita harus serius dengan Quran, dan jangan mengabaikan sedikitpun perkara2 td.beberapa kali dia memukul meja dengan kuatnya seolah2 bunyi guruh coz ada anak muridnya yang baca salah dr segi tajwid dan makhraj..malah suaranya yang tinggi sewaktu pelajar2 tak ingat ayat quran menyebabkan kecut perut kami semua..namun lama kelamaan kami sudah biasa dengan ketegasannya..ada yang manis, di mana dia suka berbual selepas anak muridnya tasmi’ dihadapannya..mcm2 yang dibualkan..kdg2 sampai hal keluarga..itulah kemanisannya, di sebalik ketegasannya, dia merupakan guru yang penyayang..ketegasannya hanyalah demi memperbaiki bacaan quran.1 perkara lg, dia tidak akan memuji anak muridnya selagi mana dia tidak berpuas hati..selama hampir 5 bulan belajar bersama Ustaz Bedol,dia tidak pernah memuji bacaan ana walaupun sekali sehinggalah saat2 akhir kami berpisah..saat2 yang meruntun perasaan ana..kali terakhir pertemuannya itulah dia meluahkannya secara persendirian..bahwa dia gembira dengan peningkatan bacaan ana, dan dia memujinya..dan dia gembira coz ana satu2nya anak muridnya yang berjaya di tempat ke3 Musabaqah Hafazn Quran Kelantan 2005..masa tu ana sungguh terharu..terasa sebak di dada..namun bersyukur di hati kerana berjaya mengikut tunjuk ajar ustaz..masa tu dia berkata dia tidak dapat lg terus mengajar di Kelas Malam Tahfiz MMP disebabkan sekolahnya memerlukan dia sebagai guru tahfiz di sana..dan daia sudah tiada pilihan..majlis jamuan perpisahan serba ringkas kami adakan..di saat itu segala kenangan mengimbas memori..dan baru saat itulah pertama kali kami melihat senyumannya yang ikhlas kepada semua anak muridnya..
Pemergian Ustaz Bedol dr Kelas Tahfiz Malam MMP dan perpisahan dengannya membuatkan semangat ana untuk menghafal merudum..terngiang2 suara bacaan qurannya, nasihatnya, ajarannya..air mata kdg2 tanpa dipinta mengalir laju setiap malam yang sepatutnya ada kelas tahfiz..lama kelamaan, ana sedar, perjuangan dlm memartabatkan kalamullah di hati harus diteruskan..takkan nak dibiar ia berkubur semata2 kerana perpisahan dengan guru pertama?biarlah kenangan jd kenangan namun ajarannya perlu terus tersemat.berbangkit dr itulah, ana mula mengikut Zulaikha berguru dengan Ustaz Zakaria..pd mulanya ana sangka ustaz Zakaria garang..sedangkan dia amat lucu..namun tetap tegas..ilmunya terhadap bacaan quran, masyaallah..amat tinggi..sehingga dia mampu mendengar kesalahan sebutan2 walau satu sebutan huruf dr ayat yang kita baca..malah 5-6 orang pelajar boleh berada di hadapan ustaz dalam 1 masa untuk perdengarkan muroja’ah dan tasmi’.Otaknya sungguh pantas, ilmunya sungguh mendalam..sewaktu tegas sangat tegas namun sewaktu lawak sangat lucu..pernah ada seorang budak lelaki disuruh baca depan tiang sorang2 sebab baca cepat sangat..lucu lihat keadaan budak kecik tu..ustaz lak kellihatan nak tergelak tp dia tahan..terlalu banyak yang boleh diceritakan tentang ustaz Zakaria, sangat2 istimewa..mengajar tanpa mengharapkan balasan..anak2 muridnya Berjaya hingga mencipta nama ke Peringkat Kebangsaan..
Aduhai, andai guru2ku ini tahu bahawa anak muridnya ini sudah bersuami dan bakal menimang cahaya mata….segalanya sudah berlalu namun masih tersimpan rapi..inilah pengalaman, yang mengajar erti kehidupan, mengusik kalbu menghantar angin rindu….segalanya kenangan..
azan asar mengejutkanku dr memori lalu..air mata dilap..setelah tu ana terus melakukan solat asar dan bergegas ke bilik Ustaz Khir untuk tasmi'..


Ya Allah,
Aku rindukan guru2ku,
Aku rindukan tunjuk ajar mereka,
Rahmatilah mereka Ya Allah,
Sesungguhnya,
Ilmu yang dicurah,
Bak sungai yang mengalir,
Sehingga kini,
Membuahkan manfaat,
Bahagiakan mereka Ya Allah,
Di dunia dan akhirat…

kenangan yang tiba2 hadir

Hujung minggu baruni ana cuba menghabiskan bacaan dan mengulangkaji subjek HIST 1000-Introduction to History and Civilization. Menghafal apakah yang dimaksudkan dengan “History” dan konstitusinya jelas agak memeningkan kepala, tp tidak mengapa..cabaran disahut jua..chapter 1 dan 2 boleh tahan lg..masuk chapter 3 “Schools of History” membaca idea2 Karl Marx dalam Marxist school of History dan jua American School of History dan School of Annales bagai membuai2 ana dalam ayunan mimpi.Masuk Tamadun Mesopotamia (Mesopotamian Civilization) mata ana kembali celik..entahla..seronok rasanya mengetahui tentang bagaimana berkembangnya tamadun Mesopotamia yang vermula di lembah antara dua sungai iaitu Sungai Tigris dan Euruphrates, dan bagaimana Raja Hammurabi yang memerintah memperkenalkan undang2nya yang dikenali sebagai “Hammurabi code” di mana undang2 ini agak kejam..dan sangat tidak berperikemanusiaan juka dibandingkan dengan hokum hudud yang penuh saksama..namun ia dikatakan demi menjaga kesejahteraan rakyat..mungkin…namun ia jua satu penderaan bg mereka yang tidak bersalah..Melangkah pd Tamadun Egypt (Egyptian Civilization) memperlihatkan kuasa pentadbiran Firaun yang dianggap anak kepada “Tuhan Matahari” –The son of Sun God- mempelajari nama2 Firaun yang memerintah dan Tuhan2 yang mereka sembah memperingatkan ana pd cerita “The Mummy” yang pernah ditayangkan di TV3 dulu..hm..kdg2 seronok jugak baca sejarah ni ye..tambah2 lg kalau dpt tengok TV..:) tp, suami jua perlukan perhatian di saat isterinya ini mengulangkaji pelajaran..tengah seronok2 je orang bace buku, dia mungkin rasa sunyi sepi kehadirannya bagai tak dipedulikan..lantas meminta agar dapat rehat diribaan isteri..tak mintak lak tu, terus g baring atas riba..ana ckp “abang..yang kan nak bace buku ni”(dalam nada saje2 nak tengok reaksi suami merajuk tak)..dia pun ckp “ye..letak la buku atas kepala abang”lantas ana letak buku atas dahinya menutup alis dan bulu matanya yang panjang..”padan muke” ana ckp sambil bergurau..gelak tawa kami beriringan..ana membiarkan dia membaringkan kepalanya di ribaan ana dan terus mengulangkaji..sampai ana lenguh, ana gantikan riba dengan bantal..hehe..cian dia..walaupun suami ana tidak sama jurusan dengan ana, adanya dia di sisi cukup membuatkan ana bersemangat untuk belajar.Ana masih ingat dulu masa sekolah rendah sampailah sekolah menengah, guru di rumah ialah ayah, manakala ma pula sebagai pemberi semangat..setiap adik beradikku akan mengulangkaji di ruang tamu bersama ayah pd masa kecik2 dulu..saat2 itu sungguh indah, tiada galang gantinya..ayah pandai serba serbi..mendapat Diploma Pertanian di Universiti Pertanian Malaysia(kini UPM) ayah begitu fasih berbahasa arab dan Inggeris..malah dia sangat bijak matematik seperti ma..ma begitu cekap dalam pengiraan, semasa sekolah rendah..untuk subjek matematik, ma dan ayahlah pembimbing kami adik beradik..masih segar diingatan bagaimana ayah mengajar ana, abang2, kakak, dan adik2 dulu..Bahasa Inggeris meniti di bibir ayah bagai org putih..Matematik pula bak congak sahaja di kepala..walaupun tegas, namun ia berkesan..sehingga kami semua ke menara gading dan kerjaya sendiri..malah kejayaan kami semua adalah doa, tunjuk ajar, kasih sayang, semangat dari ma dan ayah..insan terbaik di dunia..jasanya melebihi guru..kasihnya melebihi segalanya..tiada gantinya buat ayah dan ma..air mata yang menitis sekarang tatkala mengingatkan kembali jasa ma dan ayah tak mungkin membayar kasih sayang ma dan ayah..tanpa ma dan ayah..siapalah kami..kami takkan disini..segenggam rindu, sejuta doa..buatmu ayah dan ibuku tersayang..

Saturday, January 16, 2010

.....1st n last time....

pengalaman baru..fikir2, sedih pun ada..nak gelak pun ada...

harini kali pertama dalam hidup ana memotong rambut seorang lelaki..

x pernah lak ana potong sebelum ni, yang pernah dulu potong rambut kakak atau adik perempuan, jd ana rasa kekok nak potong rambut lelaki.

lelaki itu ialah..siapa lg kalau bukan zauj tersayang..hehe..

ana pernah tengok ma kat kelantan selalu potong rambut ayah dan ma sangat profesional..

jd ana ckp kat suami ana nanti kalau nak potong rambut, ana nak try guntingkan..so x payah g kedai jauh2..zauj ana lak on je, dia mcm happy jer..dia kate sengaja tak g kedai gunting rambut bulan ni nak ana guntingkan..peluang keemasan tu..:)

bermulalah lepas solat zuhr td..kami makan mee..dan ana siapkan perkakas nak gunting rambut..

tp..ana mengambil masa sejam nak gunting rambutnya..sampai naik pening kepala ana..barulah ana tahu rambut lelaki susah nak digunting..apa yang buat ana sedih, ana tersilap potong banyak sangat tepi kanan kiri kat atas telinga sampai botak jd tepi tu...alamak..risau lak ana fikir..nasib baik cermin x der lg dpn ni..jd suami ana x tahu apa yg jd lg..

zauj ana dah mula risau cz ana duk auta belah kanan kiri kepala dia..ana nak samakan x nak nampak tampung2..hehe..

lepas siap, suami ana mintak cermin..dengan slownya, ana bg cermin kat dia..dan ana terus lari masuk bilik dan kunci pintu,masa tu gunting rambut kat ruang tamu..segan nak tengok reaksi dia macamana...terus ana duk lam bilik..

masa berlalu..ana x der dengar lak suami ana ckp ape2..ana cuba intai kat celah2 tombol pintu tp dia dah xder..alamak..

ana cuba nak baring2 dalam bilik dan nak tdur tp x dpt coz rasa lapar..lama2 ana keluar gak dr bilik, rupa2nya suami ana tengah mandi..yela, berpeluh2 dia tukang gunting ni duk auta rambut dia sejam lebih..

ana tunggu depan bilik air, hajat nak minta maaf kalau2 dia x suka potongan rambut tu..sebaik sahaja dia keluar, ana hulurkan towell dan dengan malu2 ana ucap kata2 maaf..dia tenung je dan terus senyum, dia wat muka selamba mcm xder ape2..ana ikot dia je..dia lak wat cm biasa, siap nyanyi2 lg..ana wat nuka sedih..dia tanya npe sedih ni, abang suka la ranbut abang ni..:)

sebenarnya ana tahu dia mesti x berapa berkenan potongan rambutnya gitu..tp dia ckp suka jugak..aduhai zaujku sorang ni..

tpx pelah, sebagai menebus kesalahan ana, ana masak sotong masak merah dan bayam goreng harini, cz dia suka sangat nampaknya..2, 3 kali tambah...

dan malam lak, ana buat roti arab kegemarannya, dan kuih donat..masakan sendiri dr isteri untuk suami sebagai minta maaf..hehe:)

dan itulah kali terakhir dan kali pertama ana potong rambutnya..x lg okey! (^^)

Friday, January 15, 2010

sabar itu tarbiyah

seringkali kia mendengar ungkapan "Assobru minal iman" sabar merupakan separuh dari iman.kisah sirah para Rasul yang menghadapi segala mehnah dan cabaran semata2 mahu menyampaikan mesej LA ILAA HA ILLALLAH MUHAMMADURRASUULULLAH..dan menyebarkan islam ke serata dunia..cabaran dihadapi dengan kesabaran, walaupun kadangkala ada titisan syahdu pengaduan kepada Allah, melakar apa yang tersirat dalam hati,namun tak pernah berpaling dari perjuangan..itulah para anbiya', para mursaliin yang diantaranya digelar ulul azmi kerana mehnah dan cabaran yang besar dihadapi..

bagaimana dengan kita sebagai insan biasa? sesampai manakah tahap kesabaran yang kita miliki?mampukah kita mencontohi para anbiyaa' dalam melalui duri2 perjuangan?

sebagai manusia biasa, ana akui kelemahan tetap ada pada diri,kadang2 tangisan dibiar berlalu demi ekspresi perasaan pd diri.tangisan sebagai teman, kdg2 doa diiringi mutiara air mata..apatah lg cabaran kesakitan dan lemah menghadapi perjuangan.bukan tidak redha, tp sekadar luahan perasaan...alhamdulillah, ada yang memahami..Allah kurniakannya yang begitu sabar dalam menghadapikerenah pasangannya..itulah suamiku Mohamad Husaini Abu Bakar..kadang2 terasa kesabarannya bagai tiada batasan..tak pernah sikitpun dia meninggikan suara..apatah lg semenjak ana berbadan dua, mcm2 perasaan yang ana hadapi..perubahan emosi yang ketara..kadang2 ana mampu atasi tp kadang2 ana x mampu atasinya..suamilah pemberi semangat..begitu jua nasihat ibu-bapa yang tersemat dalam diri..

kadang2 rasa pening, mual, lemah2 badan menyebabkan ana x lalu nak makan nasi..kalau makan pun mesti tak habis..suami berusaha mencari makanan yang boleh ana makan..dia belikan pizza, kentucky, satay, mcm2 lg makanan bergoreng supaya ana tidak mengabaikan pemakanan..tp tu lah, setengahnya ana lalu tp setengahnya tidak2 jugak..tiap2 minggu suami ana akan belikan buah-buahan, minuman soya, ais krim la..hehe..kadang2 ana rasa bersalah lak pd dia..mcm menyusahkan tp dia sentiasa ckp dia sanggup buat apa shj, kerana cintanya pd ana dan kasih pd anak kami..terima kasih abang..kdg2 malam2 lak ana selalu menggannggu tidurnya, pening kepala la, tak dpt tidur..kdg2 sakit pinggang.. namun dia tetap sabar, dia bangun mlm2 dan urut2kan, usap rambut isterinya sampai ana tertidur dan berikan air n mcm2 lg..
ya Allah, untungnya aan bersuamikan dia..

selagi ana mampu, ana tetap bangun ke kelas walau sesakit mana pun yang ana rasa..ana tahu sabar itu ada kemanisannya..andai sahabat2 bertanya keadaan ana, pasti ana menjawab ana sihat, x sakit, dan ok2 sahaja..bagi ana..biarlah kesakitan tu ana kongsi dengan suami sahaja..ana tak mahu sahabat melihat ana sebagai insan yang lemah, bukan simpati yang ana mahukan..ana tak pernah lg tinggal kelas sebab morning sickness setakat ni, kelas yang ana tinggal 2 hari bulan 12 baruni pon sebab pulang kenduri di Kedah..moga Allah terus berikan ana kekuatan dalam menitip mutiara ilmu di UIA ini..

Thursday, January 7, 2010

Perancangan Allah lebih baik..dan teramat baik..

ya, kita hanya manusia, hanya mampu merancang dan berusaha..namun Allah lah yang menentukan segalanya, tak pernah ana terfikir sekalipun pd tahun ini ana bakal bergelar seorang ibu.Bagaimana agaknya perasaan itu? gementar? gembira? takut? semua ada..the combination of all..

masih lagi menari2 di sudut mindaku, hari pertama membuat pregnancy test 2 bulan yang lepas..Setelah 2 bulan berkahwin, hujung bulan 11 ana merasakan ada kelainan pd diri.ana cuba merungkai apa yang terjadi..mungkin sedikit peubahan emosi atau gangguan fikiran? segalanya terungkap setelah pulang ke rumah suami di Kedah sempena raya haji.petang hari raya pertama kami berdua bertolak ke Kedah, entah kenapa dalam kereta ana tak sedap duduk..tidur tak dapat, duduk pun tak senang..ana fikirkan ia simptom biasa perjalanan jauh tapi memandangkan sebelum ni cool sahaja ke mana2 malah ke KL pun dah biasa tanpa ada masalah..kepala yang pening ditambah dengan rasa mual menyebabkan perasaan nak muntah membuak2...kami berhenti makan di perhentian R & R dan meneruskan perjalanan..ana mintak dengan suami nak duduk di tempat duduk belakang supaya dapat baring..lebih kurang sejam, ana muntah dengan teruknya..suami merasa bimbang tapi ana yakinkan dia yang ana ok..

selepas berhenti solat, ana tukar tempat duduk hadapan pula..asam betik yang suami beli habis licin ana makan menimbulkan persoalan pd dirinya..biasanya ana x makan asam sekuat tu..dia dengan spontannya bertanya, "eh, sukanya ayg makan asam ni, ke dah mengandung?" tp ana tahu dia hanya berniat nak bergurau..petang sebelum sampai ke Sungai Petani, ana rasa nak sangat2 minum air limau..lalu suami belikan jus limau twister yang mana cukup membuatkan ana rasa lega setelah minum...

keesokan harinya di di rumah suami, kepala ana tersangatlah pening diikuti mual2 dan rasa sakit sangat di perut.sangkaan ana dah nak period, maklumlah belum lagi period di bulan 11..jd ana mintakan suami tolong belikan "bnda tu" spare kot2 datang bulan..mak mertua pulak mengandaikan mungkin ana sakit perut sebab penat jalan jauh, kak ipar pulak cakap myb sebab senggugut..ana katakan semuanya mungkin....sehinggalah........

pd keesokan harinya di mana sepatutnya tarikh datang bulan tiba tp tidak kunjung tiba, tergerak hati ana utk membuat pregnancy test menggunakan alat ujian yang dibeli di farmasi..suami membawa ana ke farmasi, pd mulanya dia tidak tahu ana akan membeli pregnancy test, coz mula2 ana cakap nak cari ubat sakit perut shj...

sampai di rumah, petang sebelum maghrib ana mulakan test....perasaan berdebar ke? tak lah sangat pd mulanya kerana ana rasa terlalu awal lagi..

setelah 5 minit, timbul double line pd alat test, menunjukkan ana positif pregnant..mulanya ana ingatke hanya ilusi, lepas tu ana asyik tengok banyak kali..terfikir2 ana alat ni boleh dipercayai atau tidak???hehe..padahal memang kesahihannya 99 %..ana bermonolog sendiri, seandainya ia benar, hanya pd Allah ku panjatkan syukur ini..

malam tu, ana tunjukkan keputusan ujian pd suami..dia membulatkan mata apabila tahu keputusan positif..bibirnya terukir senyuman nan terus nak keluar bg tahu keluarganya..ana menyekat dia dan menerangkan mungkin kesahihannya belum pasti sehinggalah bertemu doktor..

esoknya, ana ke Klinik berjumpa doktor..doktor lak macam gembira terlebih2..senyum je dia menyatakan awak memang betul disahkan mengandung 4 minggu atau hampiir sebulan..Allahuakbar, Alhamdulillah..hanya itu yang mampu ku katakan...doktor pun terus menasihati ana tentang banyak perkara..

dan kini, dengan izin Allah..insan baru dalam diriku ini akan mencapai umur 3 bulan hujung bulan 1..ana tidak sabar nak melepasi diri dari trimester pertama kerana ia merupakan tahap kritikal bg seorang ibu mengandung tambahan lg bagi ibu yang mengandungkan anak pertama..keguguran akan berlaku sekiranya kesihatan kandungan tidak dijaga dengan baik..kadang2 ana amat takut..almaklumlah, kerja sebagai pelajar di UIA ni..bergegas ke kelas, naik tangga turun tangga, jalan ke sana ke mari, study dan study..ana risau sangat akan kandungan ana..ana harap Allah menjaganya sehinggalah saat dia lahir ke dunia..kepada sahabat2 doakan ana, dan anak ini...kita hanya mampu merancang dan berusaha, hanya Allah yang menentukan...

Perancangan Allah lebih baik..dan teramat baik..

ya, kita hanya manusia, hanya mampu merancang dan berusaha..namun Allah lah yang menentukan segalanya, tak pernah ana terfikir sekalipun pd tahun ini ana bakal bergelar seorang ibu.Bagaimana agaknya perasaan itu? gementar? gembira? takut? semua ada..the combination of all..

masih lagi menari2 di sudut mindaku, hari pertama membuat pregnancy test 2 bulan yang lepas..Setelah 2 bulan berkahwin, hujung bulan 11 ana merasakan ada kelainan pd diri.ana cuba merungkai apa yang terjadi..mungkin sedikit peubahan emosi atau gangguan fikiran? segalanya terungkap setelah pulang ke rumah suami di Kedah sempena raya haji.petang hari raya pertama kami berdua bertolak ke Kedah, entah kenapa dalam kereta ana tak sedap duduk..tidur tak dapat, duduk pun tak senang..ana fikirkan ia simptom biasa perjalanan jauh tapi memandangkan sebelum ni cool sahaja ke mana2 malah ke KL pun dah biasa tanpa ada masalah..kepala yang pening ditambah dengan rasa mual menyebabkan perasaan nak muntah membuak2...kami berhenti makan di perhentian R & R dan meneruskan perjalanan..ana mintak dengan suami nak duduk di tempat duduk belakang supaya dapat baring..lebih kurang sejam, ana muntah dengan teruknya..suami merasa bimbang tapi ana yakinkan dia yang ana ok..

selepas berhenti solat, ana tukar tempat duduk hadapan pula..asam betik yang suami beli habis licin ana makan menimbulkan persoalan pd dirinya..biasanya ana x makan asam sekuat tu..dia dengan spontannya bertanya, "eh, sukanya ayg makan asam ni, ke dah mengandung?" tp ana tahu dia hanya berniat nak bergurau..petang sebelum sampai ke Sungai Petani, ana rasa nak sangat2 minum air limau..lalu suami belikan jus limau twister yang mana cukup membuatkan ana rasa lega setelah minum...

keesokan harinya di di rumah suami, kepala ana tersangatlah pening diikuti mual2 dan rasa sakit sangat di perut.sangkaan ana dah nak period, maklumlah belum lagi period di bulan 11..jd ana mintakan suami tolong belikan "bnda tu" spare kot2 datang bulan..mak mertua pulak mengandaikan mungkin ana sakit perut sebab penat jalan jauh, kak ipar pulak cakap myb sebab senggugut..ana katakan semuanya mungkin....sehinggalah........

pd keesokan harinya di mana sepatutnya tarikh datang bulan tiba tp tidak kunjung tiba, tergerak hati ana utk membuat pregnancy test menggunakan alat ujian yang dibeli di farmasi..suami membawa ana ke farmasi, pd mulanya dia tidak tahu ana akan membeli pregnancy test, coz mula2 ana cakap nak cari ubat sakit perut shj...

sampai di rumah, petang sebelum maghrib ana mulakan test....perasaan berdebar ke? tak lah sangat pd mulanya kerana ana rasa terlalu awal lagi..

setelah 5 minit, timbul double line pd alat test, menunjukkan ana positif pregnant..mulanya ana ingatke hanya ilusi, lepas tu ana asyik tengok banyak kali..terfikir2 ana alat ni boleh dipercayai atau tidak???hehe..padahal memang kesahihannya 99 %..ana bermonolog sendiri, seandainya ia benar, hanya pd Allah ku panjatkan syukur ini..

malam tu, ana tunjukkan keputusan ujian pd suami..dia membulatkan mata apabila tahu keputusan positif..bibirnya terukir senyuman nan terus nak keluar bg tahu keluarganya..ana menyekat dia dan menerangkan mungkin kesahihannya belum pasti sehinggalah bertemu doktor..

esoknya, ana ke Klinik berjumpa doktor..doktor lak macam gembira terlebih2..senyum je dia menyatakan awak memang betul disahkan mengandung 4 minggu atau hampiir sebulan..Allahuakbar, Alhamdulillah..hanya itu yang mampu ku katakan...doktor pun terus menasihati ana tentang banyak perkara..

dan kini, dengan izin Allah..insan baru dalam diriku ini akan mencapai umur 3 bulan hujung bulan 1..ana tidak sabar nak melepasi diri dari trimester pertama kerana ia merupakan tahap kritikal bg seorang ibu mengandung tambahan lg bagi ibu yang mengandungkan anak pertama..keguguran akan berlaku sekiranya kesihatan kandungan tidak dijaga dengan baik..kadang2 ana amat takut..almaklumlah, kerja sebagai pelajar di UIA ni..bergegas ke kelas, naik tangga turun tangga, jalan ke sana ke mari, study dan study..ana risau sangat akan kandungan ana..ana harap Allah menjaganya sehinggalah saat dia lahir ke dunia..kepada sahabat2 doakan ana, dan anak ini...kita hanya mampu merancang dan berusaha, hanya Allah yang menentukan...

ibu..kasihku padamu kekal sampai ke akhirnya..


For my mother..you are the greatest mom of all..

Time passed, and I grow up with my mother besides me. She gives me courage, support, love, care, and everything that I needed. I m always thinking of her, no matter what..because she is part of my life..Long time ago, I was in her womb..i can hear her heart’s beat that make me feel calm and secure. She gave birth to me on 8th Sept 1988, the day that until now become part of my identity. I love my mother with all of my heart..i can non-stop crying when thinking of her..ma, now I am able to become a “person” because of you…even though myself has been a “property” of my husband, but I am still yours.. I will never forget you, no matter what…I can still hear your voice, I can still review your face in my mind..you are the greatest diamond for me, nobody can replace it..today, 6/01/2010, my mother’s birthday..Allah, please take care of her..because I love her, and because she is my mother..i have done a lot of mistakes to you, forgive me ma..please forgive me…maybe I can’t utter the words “I love you” in front of you..but deeply in my heart, I really really really love you ma! I am sorry for all my mistakes..i really love you ma…


Ya Allah,
Berkatilah hidupnya,
Panjangkan umurnya,
Murahkan rezekinya,
Sayangilah dia Ya Allah,
Kasihilah dia Ya Allah,
Rahmatilah dia Ya Allah,
Balaslah kebaikannya dengan pahalamu,
Berikanlah dia syurgaMu Ya Allah,
Kerana
dia lah yang melahirkanku….
Dialah ibuku..
Dunia akhirat aku menyayanginya…

Wednesday, January 6, 2010

welcome my Broadband! ~

alhamdulillah, dengan rezki Allah, dapat jugak akhirnya memiliki broadband tp ditanggung oleh zauj tersayang..
jadi apabila nak online, x perlu lagi keluar dr bilik, cari plug kosong dalam tv room atau cafe, so terus dalam bilik..
semoga Allah jadikan ia bermanfaat untuk ana, suami, dan semua..
dapat buat latihan exam melalui internet..
kepada kawan2 yang ingin lebih mendalami grammar, latihan melalui internet sangat membantu..dia terus bg markah..
em..perkara terbaru, minggu lepas pulang ke rumah husband pd hujung minggu..dapatlah peluang memasak sendiri dan teringin nak makan masakan sendiri..selama di UIA asyik beli je makanan..jd hari Jumaat malam bertolak balik, singgah di Gian beli barang masakan..makan malam nasi ayam goreng dengan sup sayur lobak + cendawan..di masak sepenuhnya oleh ana sendiri tp zauj ana kupaskan bawang, tukang basuh pinggan, periuk, kuali ialah encik zauji..hehe..kna la gilir2 x..
pagi esoknya pula, lepas solat subuh dan baca quran, terus rasa lapar..ana kedapur dan masak cendawan goreng, makan dengan nasi bersama zauji..
tengahari lak masak ayam masak merah dan sup sayur..
malam lak makan kentucky goreng sendiri...seronok2...alhamdulillah..
tiba2 keesokan harinya, (hari Ahad) ana muntah2 pd waktu pagi..terus hilang selera nak makan nasik..pg2 lagi tak larat nak bangun jd terbaring shj, ntah mcmana tertidur, bangun2 lihat suami ana dah siap sediakan sarapan pagi, cucur..jd kami makan sarapan dengan masakan suami ana, cucur dia buat sedap tp agak keras sikit je, myb kurang air tp sgt sedap..tengahari lak, ana x dpt makan nasik..jadi suami tolong belikan mee dan rempah..so haritu ana masak mee asam laksa, suami ckp sedap..tp tak tahulah kot2 dia nak jaga hati isteri je..:) apepun, setiap kali ana masak..suami akan basuh barang2 yang ana guna, dia tahu ana x suka diganggu bila memasak, ana kna masak sorang2 shj..nasib baik dapat dia, memahami dan prihatin..alhamdulillah..

Monday, January 4, 2010

1 warkah kehidupan-kesibukan yang melanda..

maaf diucapkan kepada para sahabat semua...
sebulan dua ni diselubungi kesibukan...
minggu lepas baru dapat pindah blok, setelah urusan hampir 3 minggu ke ofis mahallah..
operasi pemindahan barang, mengemas bilik baru sangat memenatkan..
dan assignment yang mula menjengah..
juga latihan drama yang perlu dimulakan..
dan persediaan untuk exam mid sem bulan januari ini..
maaf kepada sahabat2..
sekiranya msj tak terbalas..
dan blog x diupdate..
take care!
wassalamualaikum

~TetAmu diHorMati~syukran atas persinggahan(^^)

~jalinan ukhuwwah~