semoga bahagia dunia akhirat

semoga bahagia dunia akhirat
~di bawah jalinan suci ikatan perkahwinan~
Iman bukan sekadar angan-angan, tetapi adalah sesuatu yang diyakini dalam hati dan dijelmakan dalam bentuk amal, dan sekiranya ajal itu dinampakkan kepada kamu pasti akan porak porandalah semua cita-cita.. pengalaman adalah cermin kegagalan dan penilaian terhadap segala kekurangan.. -Saidina Abu Bakar R.A.

Thursday, January 7, 2010

Perancangan Allah lebih baik..dan teramat baik..

ya, kita hanya manusia, hanya mampu merancang dan berusaha..namun Allah lah yang menentukan segalanya, tak pernah ana terfikir sekalipun pd tahun ini ana bakal bergelar seorang ibu.Bagaimana agaknya perasaan itu? gementar? gembira? takut? semua ada..the combination of all..

masih lagi menari2 di sudut mindaku, hari pertama membuat pregnancy test 2 bulan yang lepas..Setelah 2 bulan berkahwin, hujung bulan 11 ana merasakan ada kelainan pd diri.ana cuba merungkai apa yang terjadi..mungkin sedikit peubahan emosi atau gangguan fikiran? segalanya terungkap setelah pulang ke rumah suami di Kedah sempena raya haji.petang hari raya pertama kami berdua bertolak ke Kedah, entah kenapa dalam kereta ana tak sedap duduk..tidur tak dapat, duduk pun tak senang..ana fikirkan ia simptom biasa perjalanan jauh tapi memandangkan sebelum ni cool sahaja ke mana2 malah ke KL pun dah biasa tanpa ada masalah..kepala yang pening ditambah dengan rasa mual menyebabkan perasaan nak muntah membuak2...kami berhenti makan di perhentian R & R dan meneruskan perjalanan..ana mintak dengan suami nak duduk di tempat duduk belakang supaya dapat baring..lebih kurang sejam, ana muntah dengan teruknya..suami merasa bimbang tapi ana yakinkan dia yang ana ok..

selepas berhenti solat, ana tukar tempat duduk hadapan pula..asam betik yang suami beli habis licin ana makan menimbulkan persoalan pd dirinya..biasanya ana x makan asam sekuat tu..dia dengan spontannya bertanya, "eh, sukanya ayg makan asam ni, ke dah mengandung?" tp ana tahu dia hanya berniat nak bergurau..petang sebelum sampai ke Sungai Petani, ana rasa nak sangat2 minum air limau..lalu suami belikan jus limau twister yang mana cukup membuatkan ana rasa lega setelah minum...

keesokan harinya di di rumah suami, kepala ana tersangatlah pening diikuti mual2 dan rasa sakit sangat di perut.sangkaan ana dah nak period, maklumlah belum lagi period di bulan 11..jd ana mintakan suami tolong belikan "bnda tu" spare kot2 datang bulan..mak mertua pulak mengandaikan mungkin ana sakit perut sebab penat jalan jauh, kak ipar pulak cakap myb sebab senggugut..ana katakan semuanya mungkin....sehinggalah........

pd keesokan harinya di mana sepatutnya tarikh datang bulan tiba tp tidak kunjung tiba, tergerak hati ana utk membuat pregnancy test menggunakan alat ujian yang dibeli di farmasi..suami membawa ana ke farmasi, pd mulanya dia tidak tahu ana akan membeli pregnancy test, coz mula2 ana cakap nak cari ubat sakit perut shj...

sampai di rumah, petang sebelum maghrib ana mulakan test....perasaan berdebar ke? tak lah sangat pd mulanya kerana ana rasa terlalu awal lagi..

setelah 5 minit, timbul double line pd alat test, menunjukkan ana positif pregnant..mulanya ana ingatke hanya ilusi, lepas tu ana asyik tengok banyak kali..terfikir2 ana alat ni boleh dipercayai atau tidak???hehe..padahal memang kesahihannya 99 %..ana bermonolog sendiri, seandainya ia benar, hanya pd Allah ku panjatkan syukur ini..

malam tu, ana tunjukkan keputusan ujian pd suami..dia membulatkan mata apabila tahu keputusan positif..bibirnya terukir senyuman nan terus nak keluar bg tahu keluarganya..ana menyekat dia dan menerangkan mungkin kesahihannya belum pasti sehinggalah bertemu doktor..

esoknya, ana ke Klinik berjumpa doktor..doktor lak macam gembira terlebih2..senyum je dia menyatakan awak memang betul disahkan mengandung 4 minggu atau hampiir sebulan..Allahuakbar, Alhamdulillah..hanya itu yang mampu ku katakan...doktor pun terus menasihati ana tentang banyak perkara..

dan kini, dengan izin Allah..insan baru dalam diriku ini akan mencapai umur 3 bulan hujung bulan 1..ana tidak sabar nak melepasi diri dari trimester pertama kerana ia merupakan tahap kritikal bg seorang ibu mengandung tambahan lg bagi ibu yang mengandungkan anak pertama..keguguran akan berlaku sekiranya kesihatan kandungan tidak dijaga dengan baik..kadang2 ana amat takut..almaklumlah, kerja sebagai pelajar di UIA ni..bergegas ke kelas, naik tangga turun tangga, jalan ke sana ke mari, study dan study..ana risau sangat akan kandungan ana..ana harap Allah menjaganya sehinggalah saat dia lahir ke dunia..kepada sahabat2 doakan ana, dan anak ini...kita hanya mampu merancang dan berusaha, hanya Allah yang menentukan...

No comments:

Post a Comment

~TetAmu diHorMati~syukran atas persinggahan(^^)

~jalinan ukhuwwah~