semoga bahagia dunia akhirat

semoga bahagia dunia akhirat
~di bawah jalinan suci ikatan perkahwinan~
Iman bukan sekadar angan-angan, tetapi adalah sesuatu yang diyakini dalam hati dan dijelmakan dalam bentuk amal, dan sekiranya ajal itu dinampakkan kepada kamu pasti akan porak porandalah semua cita-cita.. pengalaman adalah cermin kegagalan dan penilaian terhadap segala kekurangan.. -Saidina Abu Bakar R.A.

Monday, January 18, 2010

kenangan yang tiba2 hadir

Hujung minggu baruni ana cuba menghabiskan bacaan dan mengulangkaji subjek HIST 1000-Introduction to History and Civilization. Menghafal apakah yang dimaksudkan dengan “History” dan konstitusinya jelas agak memeningkan kepala, tp tidak mengapa..cabaran disahut jua..chapter 1 dan 2 boleh tahan lg..masuk chapter 3 “Schools of History” membaca idea2 Karl Marx dalam Marxist school of History dan jua American School of History dan School of Annales bagai membuai2 ana dalam ayunan mimpi.Masuk Tamadun Mesopotamia (Mesopotamian Civilization) mata ana kembali celik..entahla..seronok rasanya mengetahui tentang bagaimana berkembangnya tamadun Mesopotamia yang vermula di lembah antara dua sungai iaitu Sungai Tigris dan Euruphrates, dan bagaimana Raja Hammurabi yang memerintah memperkenalkan undang2nya yang dikenali sebagai “Hammurabi code” di mana undang2 ini agak kejam..dan sangat tidak berperikemanusiaan juka dibandingkan dengan hokum hudud yang penuh saksama..namun ia dikatakan demi menjaga kesejahteraan rakyat..mungkin…namun ia jua satu penderaan bg mereka yang tidak bersalah..Melangkah pd Tamadun Egypt (Egyptian Civilization) memperlihatkan kuasa pentadbiran Firaun yang dianggap anak kepada “Tuhan Matahari” –The son of Sun God- mempelajari nama2 Firaun yang memerintah dan Tuhan2 yang mereka sembah memperingatkan ana pd cerita “The Mummy” yang pernah ditayangkan di TV3 dulu..hm..kdg2 seronok jugak baca sejarah ni ye..tambah2 lg kalau dpt tengok TV..:) tp, suami jua perlukan perhatian di saat isterinya ini mengulangkaji pelajaran..tengah seronok2 je orang bace buku, dia mungkin rasa sunyi sepi kehadirannya bagai tak dipedulikan..lantas meminta agar dapat rehat diribaan isteri..tak mintak lak tu, terus g baring atas riba..ana ckp “abang..yang kan nak bace buku ni”(dalam nada saje2 nak tengok reaksi suami merajuk tak)..dia pun ckp “ye..letak la buku atas kepala abang”lantas ana letak buku atas dahinya menutup alis dan bulu matanya yang panjang..”padan muke” ana ckp sambil bergurau..gelak tawa kami beriringan..ana membiarkan dia membaringkan kepalanya di ribaan ana dan terus mengulangkaji..sampai ana lenguh, ana gantikan riba dengan bantal..hehe..cian dia..walaupun suami ana tidak sama jurusan dengan ana, adanya dia di sisi cukup membuatkan ana bersemangat untuk belajar.Ana masih ingat dulu masa sekolah rendah sampailah sekolah menengah, guru di rumah ialah ayah, manakala ma pula sebagai pemberi semangat..setiap adik beradikku akan mengulangkaji di ruang tamu bersama ayah pd masa kecik2 dulu..saat2 itu sungguh indah, tiada galang gantinya..ayah pandai serba serbi..mendapat Diploma Pertanian di Universiti Pertanian Malaysia(kini UPM) ayah begitu fasih berbahasa arab dan Inggeris..malah dia sangat bijak matematik seperti ma..ma begitu cekap dalam pengiraan, semasa sekolah rendah..untuk subjek matematik, ma dan ayahlah pembimbing kami adik beradik..masih segar diingatan bagaimana ayah mengajar ana, abang2, kakak, dan adik2 dulu..Bahasa Inggeris meniti di bibir ayah bagai org putih..Matematik pula bak congak sahaja di kepala..walaupun tegas, namun ia berkesan..sehingga kami semua ke menara gading dan kerjaya sendiri..malah kejayaan kami semua adalah doa, tunjuk ajar, kasih sayang, semangat dari ma dan ayah..insan terbaik di dunia..jasanya melebihi guru..kasihnya melebihi segalanya..tiada gantinya buat ayah dan ma..air mata yang menitis sekarang tatkala mengingatkan kembali jasa ma dan ayah tak mungkin membayar kasih sayang ma dan ayah..tanpa ma dan ayah..siapalah kami..kami takkan disini..segenggam rindu, sejuta doa..buatmu ayah dan ibuku tersayang..

No comments:

Post a Comment

~TetAmu diHorMati~syukran atas persinggahan(^^)

~jalinan ukhuwwah~