semoga bahagia dunia akhirat

semoga bahagia dunia akhirat
~di bawah jalinan suci ikatan perkahwinan~
Iman bukan sekadar angan-angan, tetapi adalah sesuatu yang diyakini dalam hati dan dijelmakan dalam bentuk amal, dan sekiranya ajal itu dinampakkan kepada kamu pasti akan porak porandalah semua cita-cita.. pengalaman adalah cermin kegagalan dan penilaian terhadap segala kekurangan.. -Saidina Abu Bakar R.A.

Monday, January 18, 2010

di sebalik mata yang berkaca...

Sebaik menghadiri kuliah Intro to History and Civilization yang habis jam 3.30 petang, ana dan Farah serta rakan2 yang lain membuat sedikit perbincangan tentang Presentation Science of the Quran.Buku karangan Aminah Wadud dikupas secara dasarnya oleh Ema tentang isu wanita yang terdapat dalam Al-Quran..walaupun ana agak kurang yakin dengan cetusan pemikiran Aminah Wadud yang pernah menggemparkan dunia beberapa tahun lalu atas isu dia menetuai solat Jemaah di gereja, namun..setelah diyakini oleh Lecturer,Prof Norbani bahawa tulisannya boleh dipakai serba sedikit jd kami mengambil sedikit kupasan dr tulisannya.Ana pulak mengupas sedikit isu yang diketengahkan oleh Barbara Freyer Stowasser yang mengkaji kisah2 wanita dalam Al-Quran dan interpretasi secara dasar.Ana lupa nak bawak buku tulisan Dr Nasruddin Baidan tentang upaya penggalian Konsep wanita dalam Al-Quran..”Discourse on the Women issues in the contemporary Interpretation of the Al-Quran”..iya, itulah topic presentation kami yang agak mencabar kalini..namun ia tidaklah sesusah Topik yang ana bentangkan dalam kelas Revelation of a Source of Knowledge pd sem lepas..tajuk yang kumpulan kami terima: “ Dichotomy of Science and Religion in The History of Modern Western Perspective” namun Alhamdulillah, berkat kesungguhan ahli kumpulan yang mencari bahan2, kerjasama dan usaha…Presentation yang mengambil masa selama 20 minit yang mana ana sebagai wakil Presenter Berjaya mengutip markah sebanyak 13/15 dan membuatkan Madam (juga Prof Norbani) berpuashati atas pembentangan itu.kami bersyukur usaha kami menggali Ensiklopedia2 Sejarah Eropah, buku2 Perbandingan agama, buku sejarah Western yang semuanya berbahasa Inggeris semuanya berbalas..terima kasih kepada Mdm Norbani atas tunjuk ajar beliau.
Setelah hampir jam 4.30 pm, perbincangan kami selesai, ana meminta diri terlebih dahulu kerana urusan mengambil buku yang difotostat di Photocopy Centre..Setelah itu, tiba2 fikiran teringatkan sesuatu..Al-Quran yang disandang dalam beg semestinya ada tujuannya..”Masyaallah, kelas Tahfiz!” ana hampir terlupa bahawa harini ada kelas tahfiz start jam 3.30 sampai 5.30 pm..pelajar hanya perlu tasmi’ dihadapan ustaz Khir bila2 masa sahaja dalam waktu tersebut..masa tinggal sejam lagi..ana mula risau, dan ana tak mahu tergagap baca dihadapan ustaz nanti..terus ana menuju ke masjid, mengambil ruang yang paling sunyi dan paling jauh dr orang ramai untuk mulakan Muroja’ah..tempat yang tenang dan sepi..ana berwudhuk dan mula membaca bayt2 ayat Al-Quran tanpa melihatnya terlebih dahulu demi menguji hafalan sendiri..
Helaian demi helaian dibelek..dalam bibir meniti ayat2 suci, fikiran pula menerawang ke masa lalu..Saat bermulanya kehidupan ana sebagai penghafaz..ana tidak layak digelar penghafaz al-Quran, kerana daya diri ini lemah dalam melengkapkan juzuk demi juzuk ayat yang pernah bernaung di memori..entah kenapa, saat ini begitu syahdu..air mata bergenang tidak dapat ditahan lagi..setitis demi setitis membasahi helaian kitab suciMu..suara bacaan ana mula bercampur tangisan..apa yang dalam fikiran ana??sebuah memori lalu yang begitu indah..saat2 ana dipertemukan dengan guru pertama hafazan..

_________________________________________________________________________________*
-Tingkatan 4, Maahad Muhammadi Lilbanat Kota Baru-
Di sini bermulanya coretan kehidupan yang penuh makna.Kenangan yang membaluti bisa menyentuh lubuk hati hingga cair titisan di sanubari ini..Pengumuman interview untuk Kelas Malam Tahfiz MMP yang akan diadakan pd hari itu menarik minat ana.Selepas rehat, ana tidak tahu bagaimana mahu menyertai interview itu..nasib baiklah ada seorang insan yang kini bergelar sahabat baikku dunia akhirat, Zulaikha.. “Jom la masuk kelas tahfiz..g la interview pahni Nina” kata2 Zulaikha menerjah corong telingaku..bagai orang mengantuk disorong bantal, memang inilah yang ana mahukan.. “Tp Zu, saya tak tahu gano nak masuk..tak tahu ni interview maso mano nga kat mano..saya rasa dah terlepas masa..” ana membalas dengan rasa sedikit kecewa..Lantas dia mengajakku bertemu Ustaznya, iaitu Ustaz Zakaria yang merupakan antara Ustaz yang akan menginterview pelajar yang mahu memasuki kelas tahfiz..itulah kali pertama ana bertemu Ustaz Zakaria yang kini telah menjadi Guruku..waktu tu agak lucu, geng2 ustaz tengah makan kat kantin kawasan ustaz lelaki, dan ana dan Zulaikha terpinga2 di luar menunggu mereka siap makan..tp lama sangat..jd Zulaikha mengajak ana masuk kedalam..ana rasa malu yang teramat sangat almaklumlah semuanya lelaki dalam tu..tp dia ajak gak dan akhirnya ana mengalah..sebaik kami melangkah, mata terus tertumpu pd kami semua,,ana tak tahu kat mana nak sorok muka dan terus tertunduk..nasib baik ustaz Zakaria kenal Zulaikha, jd Zulaikha terus ckp kat Ustaz..”Ustaz, ni kawan saya nak masuk gak kelas tahfiz..gano ustaz?” Ustaz Zakaria pun tengok dan cakap, “sebenarnya masa ni org2 yang nak interview dah start hafal Quran..masa tinggal 20 minit jah lagi dan interview nak start dah..sepatutnya sejam masa diberikan kepada plaja2 untuk hafal semuka ayat yang diberi.kiro awak lewat do’oh dah ni..tp takpolah, awak amik ayat ni, g ngafal mano2..dalam masa setengah jam jah saya wi ko awak, awak kena mari tasmi’, buleh ko dop?”ustaz Tanya..ana agak ragu2 nak jawab boleh..maklumlah kali pertama ana nak hafal..tp ana ckp gak “insyaallah ustaz, boleh”..ana terus mencari tempat sesuai nak menghafal 1 muka dr Surah Al-Baqarah Juz 2, manakala Zue masuk kelas sebab Ustaz Lokman agak strict..(masa tu kelas hadis)..ana masih ingat lg ayat2 yang ana kna hafal tu dr Juzuk 2, start dr ayat “Walaa Taquulu LimannYuqtalu Fii Sabiilillaahi amwaat…” sehingga akhir muka surat tersebut..sehingga kini ia jd kenangan yang tersimpan rapi..
Setelah 20 minit, ustaz2 yang akan menginterview mengarahkan pelajar2 masuk ke dewan..ana masuk ke dewan dalam keadaan terketar2..dalam hati ana terfikir tak sempat nak hafal setengah jam coz ustaz2 masuk mula awal..namun Alhamdulillah setakat tu hafalan ana agak lancar walaupun mungkin ada sedikit tersekat..ana cuba mengulang berulangkali namun disebabkan perasaan cuak..entah ana sudah tak dapat ulang lagi..waktu tu ada 3 orang ustaz yang menginterview, iaitu Ustaz Zakaria, Ustaz Hamzah dan Ustaz Wahab yang mana ketiga2 mereka ada dalam kantin td..ana teringatkan kelas Hadis Ustaz Lokman, risau kena marah sebab lewat masuk..jd ana cuba nak masuk secepat yang mungkin..waktu tu, tanpa fikir panjang ana terus kedepan mengisi kerusi kosong di hadapan ustaz Wahab..masih ana ingat pandangan hairan ustaz Zakaria waktu tu..sedangkan ana peserta yang paling lewat dapat ayat..Ustaz Wahab pula tak percaya, dia bertanya “anti yakin ke yang anti dah ingat ni? Anti kan hafal agak lewat sakni?” ana menjawab..”insyaallah” walaupun hati kurang yakin dan tangan terketar2..setelah ustaz suruh mula baca, ana menarik nafas panjang dan baca..ayat demi ayat yang ana perdengarkan Alhamdulillah lancar..mungkin waktu tu suara ana paling kuat (coz nervous sangat) ..Cuma 1 ayat terakhir ana lupa kepala dia, tp setelah ustaz Wahab sebut perkataan depan ana dapat menyambungnya..alhamdulillah..setelah selesai, ustaz Wahab seakan terkejut, ana masih ingat lg dia berkata “anti ni memang boleh jadi Hafizah, insyaallah anti dpt masuk kelas tahfiz” dan kata2 itu ana anggap sebagai doa kerana Ustaz Whab terkenal dengan kewarakannya dalam ilmu agama dan kelancaran penghafalan Quran.ana tersenyum lega, seraya mengucap terima kasih dan berlalu ke kelas di sebelah dewan..Sebagaimana yang ana jangka, mesti kelewatan ana dipersoalkan oleh ustaz Lokman..ana memberitahu perkara sebenar..dan Alhamdulillah dia boleh terima walaupun kdg2 kata2nya kelihatan tegas.
Sebulan lepas itu, keluarlah senarai2 nama pelajar2 yang diterima masuk ke kelas tahfiz dan yang Berjaya interview..alhamdulillah, nama ana tersenarai di tempat kedua..Nasihah mendahului di tempat pertama berdasarkan kiraan markah.Guru pertama yang mengajar kami ialah Ustaz Bedol Dat Awang. Pd hemah ana, ana sangkakan dia mungkin adal dr Filipina atau Thailand kerna namanya yang agak lain dr yang lain, dan wajahnya yang seakan2 cina tp kdg2 ana terpegun lihat cahaya dr wajahnya..ya, itulah cahaya penghafal quran yang kelihatan berseri dan bersinar..pd mulanya ana harap sangat dpt ustaz Zakaria jd dapat sekelas dengan Zue tp waktu tu semua anak murid ustaz Zakaria merupakan mereka yang dah senior2 hafal..maknanya dah berjuzuk2…jd kami yang baru ni dengan ustaz baru..
Tegasnya Ustaz Bedol menyebabkan ana pernah menangis setelah pulang dr kelasnya..dia memang amat tegas, sehingga beberapa anak murid keluar tahfiz kerana tak mahu di bawah ajarannya..namun, itulah..pahit itu ada manisnya..walaupun dia tegas, namun semuanya kerana Al-Quran..dia menekankan tajwid, fasohah, makhraj, dan bacaan tartil..kerana dia kata Al-Quran kalamullah yang agung, kita harus serius dengan Quran, dan jangan mengabaikan sedikitpun perkara2 td.beberapa kali dia memukul meja dengan kuatnya seolah2 bunyi guruh coz ada anak muridnya yang baca salah dr segi tajwid dan makhraj..malah suaranya yang tinggi sewaktu pelajar2 tak ingat ayat quran menyebabkan kecut perut kami semua..namun lama kelamaan kami sudah biasa dengan ketegasannya..ada yang manis, di mana dia suka berbual selepas anak muridnya tasmi’ dihadapannya..mcm2 yang dibualkan..kdg2 sampai hal keluarga..itulah kemanisannya, di sebalik ketegasannya, dia merupakan guru yang penyayang..ketegasannya hanyalah demi memperbaiki bacaan quran.1 perkara lg, dia tidak akan memuji anak muridnya selagi mana dia tidak berpuas hati..selama hampir 5 bulan belajar bersama Ustaz Bedol,dia tidak pernah memuji bacaan ana walaupun sekali sehinggalah saat2 akhir kami berpisah..saat2 yang meruntun perasaan ana..kali terakhir pertemuannya itulah dia meluahkannya secara persendirian..bahwa dia gembira dengan peningkatan bacaan ana, dan dia memujinya..dan dia gembira coz ana satu2nya anak muridnya yang berjaya di tempat ke3 Musabaqah Hafazn Quran Kelantan 2005..masa tu ana sungguh terharu..terasa sebak di dada..namun bersyukur di hati kerana berjaya mengikut tunjuk ajar ustaz..masa tu dia berkata dia tidak dapat lg terus mengajar di Kelas Malam Tahfiz MMP disebabkan sekolahnya memerlukan dia sebagai guru tahfiz di sana..dan daia sudah tiada pilihan..majlis jamuan perpisahan serba ringkas kami adakan..di saat itu segala kenangan mengimbas memori..dan baru saat itulah pertama kali kami melihat senyumannya yang ikhlas kepada semua anak muridnya..
Pemergian Ustaz Bedol dr Kelas Tahfiz Malam MMP dan perpisahan dengannya membuatkan semangat ana untuk menghafal merudum..terngiang2 suara bacaan qurannya, nasihatnya, ajarannya..air mata kdg2 tanpa dipinta mengalir laju setiap malam yang sepatutnya ada kelas tahfiz..lama kelamaan, ana sedar, perjuangan dlm memartabatkan kalamullah di hati harus diteruskan..takkan nak dibiar ia berkubur semata2 kerana perpisahan dengan guru pertama?biarlah kenangan jd kenangan namun ajarannya perlu terus tersemat.berbangkit dr itulah, ana mula mengikut Zulaikha berguru dengan Ustaz Zakaria..pd mulanya ana sangka ustaz Zakaria garang..sedangkan dia amat lucu..namun tetap tegas..ilmunya terhadap bacaan quran, masyaallah..amat tinggi..sehingga dia mampu mendengar kesalahan sebutan2 walau satu sebutan huruf dr ayat yang kita baca..malah 5-6 orang pelajar boleh berada di hadapan ustaz dalam 1 masa untuk perdengarkan muroja’ah dan tasmi’.Otaknya sungguh pantas, ilmunya sungguh mendalam..sewaktu tegas sangat tegas namun sewaktu lawak sangat lucu..pernah ada seorang budak lelaki disuruh baca depan tiang sorang2 sebab baca cepat sangat..lucu lihat keadaan budak kecik tu..ustaz lak kellihatan nak tergelak tp dia tahan..terlalu banyak yang boleh diceritakan tentang ustaz Zakaria, sangat2 istimewa..mengajar tanpa mengharapkan balasan..anak2 muridnya Berjaya hingga mencipta nama ke Peringkat Kebangsaan..
Aduhai, andai guru2ku ini tahu bahawa anak muridnya ini sudah bersuami dan bakal menimang cahaya mata….segalanya sudah berlalu namun masih tersimpan rapi..inilah pengalaman, yang mengajar erti kehidupan, mengusik kalbu menghantar angin rindu….segalanya kenangan..
azan asar mengejutkanku dr memori lalu..air mata dilap..setelah tu ana terus melakukan solat asar dan bergegas ke bilik Ustaz Khir untuk tasmi'..


Ya Allah,
Aku rindukan guru2ku,
Aku rindukan tunjuk ajar mereka,
Rahmatilah mereka Ya Allah,
Sesungguhnya,
Ilmu yang dicurah,
Bak sungai yang mengalir,
Sehingga kini,
Membuahkan manfaat,
Bahagiakan mereka Ya Allah,
Di dunia dan akhirat…

No comments:

Post a Comment

~TetAmu diHorMati~syukran atas persinggahan(^^)

~jalinan ukhuwwah~