semoga bahagia dunia akhirat

semoga bahagia dunia akhirat
~di bawah jalinan suci ikatan perkahwinan~
Iman bukan sekadar angan-angan, tetapi adalah sesuatu yang diyakini dalam hati dan dijelmakan dalam bentuk amal, dan sekiranya ajal itu dinampakkan kepada kamu pasti akan porak porandalah semua cita-cita.. pengalaman adalah cermin kegagalan dan penilaian terhadap segala kekurangan.. -Saidina Abu Bakar R.A.

Monday, November 9, 2009

Mutiara indah ~Hikmah Ayat seriBu Dinar~

"Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkanlaranganNya), nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya). Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang di ketiap-tiap sesuathendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap2 sesuatu."

masih ana ingat waktu ana di Tingkatan 2 Maahad Syamsul Maarif, seorang ustazah yang ana hormati, Ustazah Mahizon sentiasa memberi peringatan2 berguna dan kisah2 menarik...
Salah satunya tentang kisah benar hikmah ayat seribu dinar...
Beliau menceritakan tentang seorang gadis Malaysia yang belajar di Mesir telah dikejar oleh Pak arab di sebuah jalan yang sunyi. Gadis itu berlari2 untuk melepaskan diri..namun akhirnya dia hanya menemui jalan mati...sekelilingnya merupakan bangunan yang tertutup..Lantas gadis melayu itu membaca ayat seribu dinar dan meyakini kuasa Allah sepenuhnya...Dengan kuasa Allah yang Maha Pemurah lg Maha Mengasihani...tiba2 terbentang luas sebuah jalan dari dalam bangunan tersebut padahal sebelumnya jalan mati...gadis itu mengambil kesempatan untuk melepaskan diri tanpa berfikir panjang...dan pak arab yang kejar dia tak dapat nak tangkap dia..
alhamdulillah, gadis itu berjaya menyelamatkan dirinya dan pulang ke rumahnya....esoknya dia ingin memastikan tentang keadaan bangunan itu kerana kehairanan bagaimana ada jalan yang besar secara tiba2 lalu ditemani kawannya, mereka melihat kembali tempat itu..sungguh ajaib bila mendapati di sana benar2 jalan mati...di sini terbuktilah kuasa Allah yang Maha Agung...
benarlah, Allah menurunkan Al-Quran sebagai mukjizat dal juga ayat2 tertentu yang penuh dengan kelebihan tersendiri..~Wallohua'lam~

No comments:

Post a Comment

~TetAmu diHorMati~syukran atas persinggahan(^^)

~jalinan ukhuwwah~