semoga bahagia dunia akhirat

semoga bahagia dunia akhirat
~di bawah jalinan suci ikatan perkahwinan~
Iman bukan sekadar angan-angan, tetapi adalah sesuatu yang diyakini dalam hati dan dijelmakan dalam bentuk amal, dan sekiranya ajal itu dinampakkan kepada kamu pasti akan porak porandalah semua cita-cita.. pengalaman adalah cermin kegagalan dan penilaian terhadap segala kekurangan.. -Saidina Abu Bakar R.A.

Tuesday, November 10, 2009

~khas kepada adik2 yang akan hadapi exam~


assalamualaikum warahmatullah...

Dalam fatrah kehidupan seorang pelajar, kita tidak dpt lari dr exam...exam..dan exam.. peperiksaan... Namun ia suatu jalan untuk menilai di mana kedudukan kita pd peringkat seterusnya..

Bagaimana mahu menjadikan belajar hanya untuk Allah dan bukan semata2 exam??
Capailah kejayaan yang gemilang, naikkan nama Islam dengan kejayaanmu...BUKTIKAN bahawa seorang muslim/muslimah mahupun hafiz/hafizah walaupun menuntut ilmu di sekolah Ugama Arab, namun mampu menjulang nama Islam !
Berikanlah kegembiraan kepada ibu bapa dengan kejayaan anda dan kita semua.. Sama2 lah kita jadikan ilmu2 yang kita pelajari yang mana bermanfaat sebagai pegangan di dada.. Hadapilah segala cabaran dengan hati terbuka...jadikannya sebagai pengalaman yang mendewasakan.. Jangan lupa mengamalkan amalan tertentu sebelum, semasa, dan selepas menjawab peperiksaan..Ingatlah pergantungan kepada Allah merupakan jalan terbaik sebagai seorang muslim...

amalan2 yang boleh diamalkan:-
(1) sebelum exam

>>> berwudhuk (sucikan hati dr segala sifat2 mazmumah, berikanlah kesegaran kepada mental & fizikal) >>> zikir subhanallah wal hamdulillah wa laa ilaaha Illallah wallohuakbar (zikir dapat meransangkan minda dan mententeramkan jiwa) >>> tarik nafas secara dalam2 sebanyak 3 kali (kemasukan oksigen ke dalam otak menjadikan seseorang akan berasa segar dan cerdas) >>> masuk dewan peperiksaan menggunakan kaki kanan, bacalah Bismillahirrohmaanirrohiim dan selawat kepada Rasulullah..tetapkan niat agar Allah menerima amalan ini... >>> sebaik sahaja duduk di tempat duduk, bacalah al-fatihah diikuti dengan ayat kursi, ayat penerang hati dan ayat seribu diinar >>> setelah selesai, selawatlah sebanyak2nya

(2) semasa exam

>>> sebelum membelek kertas exam, tadahlah tangan seketika memohon doa kepada Allah..mulakanlah dengan puji2an kepada Allah, selawat keatas junjungan besar Rasulullah, dan pohonlah kemudahan dalam menjawab exam dan kejayaan yang cemerlang..(masa kita tidak rugi dengan berdoa malah ia menambah keberkatan masa) Ayah ana telah mengajarkan doa untuk dibaca semasa exam:-
"Rabi Yassir walaa tu'assir, Rabbi tammim bilkhair" "Ya Tuhanku, permudahkan bagiku dan janganlah Engkau payahkan bg ku. Ya tuhanku, perlengkapkanlah ia dengan kebaikan"
>>>
mulakan dengan membelek satu persatu, check soalan2 supaya tidak ada yang tersalah cetak, lantas mulakanlah dengan basmalah.. >>> Jangan lupa berinteraksi dengan Allah semasa menjawab exam..bagaimana?? Sekiranya bertemu soalan2 yang mudah, katakanlah dalam hati "Alhamdulillah Ya Allah, soalan ni Kau permudahkan bg ku, aku yang hina ini bersyukur padamu atas kurniamu Ya Allah" Seandainya ada menghadapi soalan susah, katakanlah " Ya Allah, tunjukkanlah aku cara untuk menjawabnya, berikanlah aku hikmah dan idea2, sesungguhnya Ilmu dan kekuasaan milikmu Ya Allah" >>> Jangan gopoh dalam menjawab exam..ketenangan hati dan fikiran itu penting(^^)

(3) Selepasa exam
>>> Bacalah tasbih Kaffarah >>> Ucapkanlah syukur pada Allah

~sama2lah kita mengamalkannya~sekadar perkongsian amalan yang dititip dari mutiara2 hikmah ayahanda tercinta, guru2 dan penceramah terkemuka.....

No comments:

Post a Comment

~TetAmu diHorMati~syukran atas persinggahan(^^)

~jalinan ukhuwwah~